Itulah semangat di sebalik usaha mengarusperdanakan Dasar OKU Selangor dan memperkukuh Reka Bentuk Sejagat (Universal Design).
Semalam, saya bersama YB Tuan Danial Al-Rashid, Pengerusi MTOS, berkongsi perkembangan usaha bersama PBT, termasuk perancangan menghasilkan Garis Panduan Reka Bentuk Sejagat bagi Selangor.
Kerjasama ini penting supaya aspek akses dan keperluan OKU terus diambil kira dalam perancangan serta pembangunan kemudahan dan persekitaran awam.
Kerana apabila kita membina sesuatu untuk semua, semua orang seharusnya dapat menggunakannya. Selangor yang inklusif bukan sekadar tentang dasar tetapi bagaimana kita bekerja bersama untuk memastikan tiada siapa yang tertinggal.

