Adakah ekonomi penjagaan mampu untuk kekal mampan bagi jangka masa panjang?
Ekonomi penjagaan merupakan satu ekosistem yang mampu menjana peluang ekonomi dan pekerjaan daripada perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dan warga emas, penyediaan fasiliti, tenaga kerja penjagaan hinggalah kepada perkhidmatan rawatan dan sokongan khusus.

Untuk memastikan ekosistem ini terus berkembang dan mampu memenuhi keperluan masyarakat yang semakin meningkat, pembiayaan yang mampan serta kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan.
Atas semangat itu, Kerajaan Negeri Selangor bersama agensi, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat terus melihat bagaimana ekosistem penjagaan dapat diperkukuhkan untuk jangka masa panjang melalui Round Table Disscusion (RTD).
Antara perkara menarik yang dibincangkan adalah konsep intergenerational care atau penjagaan antara generasi yang menyatukan ruang kanak-kanak dan warga emas untuk berinteraksi, belajar dan melakukan aktiviti bersama.
Kerana ekonomi penjagaan yang mampan bukan hanya tentang siapa yang menjaga, tetapi bagaimana kita membina sebuah ekosistem di mana setiap generasi saling menyokong antara satu sama lain.

