Mama bekerja bukan sekadar memikul tanggungjawab di tempat kerja tetapi juga memastikan anak-anak mendapat penjagaan yang terbaik.
Kita memahami bahawa kos penjagaan anak merupakan antara cabaran yang dihadapi oleh ramai ibu untuk terus melangkah dalam kerjaya sambil membina masa depan keluarga.
Sebab itu, Kerajaan Negeri Selangor terus memperkukuhkan komitmen melalui MamaKerja 2.0.
Daripada pelaksanaan sebelum ini, seramai 4,538 penerima telah menerima insentif RM1,000 menerusi program MamaKerja. Kini, MamaKerja 2.0 diperluaskan dengan tambahan peruntukan sebanyak RM10 juta, sekali gus menyasarkan manfaat kepada 10,000 penerima keseluruhan.
Syarat permohonan:
Kerana apabila ibu terus diperkasa untuk bekerja dan membina kerjaya, keluarga turut mendapat sokongan untuk membina masa depan yang lebih baik.

