Setiap anak panah ada sasarannya. Begitu juga setiap usaha yang kita mulakan. 🏹
Hari ini saya turun ke Gelanggang Memanah BBS2B untuk melihat sendiri persiapan kerja-kerja naik taraf di sini melalui Projek Kecil DUN Taman Templer 2026.
Antara yang akan dilaksanakan ialah pembinaan zon selamat dan zon penampan Mini Range Fasa 2B. Hari ini juga kita serahkan tapak kepada kontraktor dan semak semula perancangan supaya pelaksanaan kerja nanti berjalan mengikut pelan yang telah dihantar kepada Pejabat Daerah dan Tanah Gombak.
Turut bersama saya ialah Pegawai Pembangunan Luar Bandar (PLB) PDT Gombak, Tok Mail dari KRT BBS2B dan Encik Omar, Pengerusi Persatuan Memanah.
Sukan memanah ini merupakan antara aktiviti yang dekat dengan Rasulullah SAW. Baginda sendiri menggalakkan para sahabat untuk belajar memanah, satu kemahiran yang bukan sahaja melatih ketepatan dan fokus tetapi juga membina kekuatan serta disiplin diri.
Mudah-mudahan dengan penambahbaikan ini, ruang ini dapat dimanfaatkan dengan lebih baik dan selamat oleh komuniti, khususnya anak-anak muda yang menjadikan memanah sebagai aktiviti mereka.
InsyaAllah kita sama-sama nantikan perubahan yang bakal berlaku di sini tak lama lagi. Siapa tahu, dari gelanggang ini, mungkin lahirnya atlet memanah yang suatu hari nanti akan mengharumkan nama Selangor dan Malaysia. 🏹



