Harapan Memperkukuh Ekosistem Penjagaan untuk Masyarakat

July 22, 2026

Bila kita bercakap tentang Ekonomi Penjagaan/Care Economy ini satu ekosistem yang besar dan tidak boleh digerakkan oleh kerajaan sahaja. Semalam, saya mengadakan lawatan ke Lotus Care Premium Assisted Living.

Alhamdulillah, disambut baik oleh Group Chief Financial Officer (CFO), Encik Karthiik R. Doraisingam serta Medical Director, Dr. Vignesvari Subramaniam. Tidak lupa juga, pengerak utama Ekonomi Penjagaan iaitu Wanita Berdaya Selangor .Terima kasih saya ucapkan. Fokus perbincangan mengenai cara memperkasakan sektor penjagaan melalui kerjasama yang lebih erat antara kerajaan negeri dan pihak swasta.

Membina Jaringan, Memperkasa Sektor Penjagaan

 

Bagi saya, inilah semangat yang ingin kita bawa melalui Care Economy, Care Expo dan Selangor Care Network dalam menghimpunkan pelbagai pemain ekosistem penjagaan supaya kita dapat berkongsi kepakaran, membuka ruang kolaborasi dan membina penyelesaian yang lebih baik untuk masyarakat.

Meninjau Kemudahan Lotus Care yang Menitikberatkan Keselesaan Penghuni

Kerajaan boleh menyediakan dasar dan membuka ruang tetapi kekuatan sebenar ekosistem penjagaan terletak pada kerjasama semua pihak. Insya-Allah, kita terus bina jaringan ini bersama-sama supaya sektor penjagaan di Selangor bukan sahaja lebih tersusun tetapi turut berkembang sebagai satu ekosistem yang memberi manfaat kepada individu, keluarga, penjaga dan penyedia perkhidmatan. Kerana penjagaan bukan tanggungjawab satu pihak sahaja. Ia adalah tanggungjawab kita bersama.

Melangkah ke Arah Masa Depan Penjagaan yang Lebih Terjamin
https://anfaalsaari.com/wp-content/uploads/2025/07/Logo-Anfaal-Saari-08-scaled.jpg
Hubungi
03-61276080 | 03-55447150
wanitakebajikan.selangor@gmail.com
n15tmntempler@gmail.com
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer, No. 3, Jalan Besar, Taman Selayang Segar, 68100, Batu Caves, Selangor
Platform Rasmi
ANFAAL SAARI