Taman Rakyat MADANI Selayang, Ruang Untuk Semua.

July 26, 2026

Bayangkan pagi-pagi, ada yang datang berjoging. Ada yang bawa anak-anak bermain. Ada yang datang bersenam, beriadah dengan keluarga atau sekadar duduk santai menikmati petang. Mungkin ada juga yang niat datang nak bersenam tapi akhirnya lebih banyak bersembang.

Tak apa, yang penting keluar rumah dan jumpa orang!

Datang nak tengok Taman Rakyat MADANI Selayang, sekali terjebak main pickleball!

Itulah yang saya harapkan apabila Taman Rakyat MADANI Selangor (TRMS) ini dibuka.

Saya mahu taman ini jadi ruang untuk semua. Anak-anak boleh bermain, anak muda boleh beriadah, ibu bapa boleh luangkan masa bersama keluarga, warga emas boleh berjalan santai dan rakan-rakan OKU juga boleh menggunakan kemudahan yang disediakan.

Ada laluan yang mesra kerusi roda, susur tangan, pencahayaan LED, kawasan permainan dengan lapik keselamatan, alatan senaman luar dan ruang lapang untuk pelbagai aktiviti.

Pendek kata, tak kira umur atau keupayaan, semua ada tempat di sini.

Semoga Taman Rakyat MADANI Selayang terus menjadi ruang yang menghubungkan kita dan menguatkan semangat kejiranan.

Sebenarnya, untuk wujudkan ruang yang baik untuk masyarakat, bukan satu pihak sahaja yang boleh buat semuanya. Ada usaha Kerajaan Negeri, ada peranan PBT, ada sokongan agensi berkaitan dan yang paling penting, ada komuniti yang sentiasa menyuarakan apa yang mereka perlukan.

Terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) serta semua pihak yang bersama-sama menjayakan pembinaan taman ini.

Sekarang, taman ini dah siap dan menjadi milik kita bersama. Jadi, sama-sama kita meriahkan dan jaga ruang ini. Jaga kebersihannya, jaga kemudahannya dan gunakan sebaiknya.

Kalau datang berjoging, joginglah. Kalau datang bersenam, bersenamlah. Kalau datang nak bersembang dengan jiran pun, bersembanglah. Yang penting, biarlah Taman Rakyat MADANI Selangor ini sentiasa hidup dengan aktiviti dan menjadi ruang yang mendekatkan kita sebagai satu komuniti.

Semoga apa yang kita bina hari ini terus memberi manfaat kepada warga Selayang, bukan sahaja untuk kita hari ini, tetapi juga untuk anak-anak dan generasi yang akan datang.

YB PUAN ANFAAL SAARI

https://anfaalsaari.com/wp-content/uploads/2025/07/Logo-Anfaal-Saari-08-scaled.jpg
Hubungi
03-61276080 | 03-55447150
wanitakebajikan.selangor@gmail.com
n15tmntempler@gmail.com
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer, No. 3, Jalan Besar, Taman Selayang Segar, 68100, Batu Caves, Selangor
Platform Rasmi
ANFAAL SAARI