Pra-SUKMA Persediaan Pasukan Hoki Wanita Menjelang SUKMA 2026

July 25, 2026
Semalam, 24 Julai (Jumaat) saya dijemput untuk hadir melihat pasukan anak angkat saya iaitu Pasukan Hoki Wanita Selangor, beraksi dalam Pra-SUKMA XXII Selangor 2026 di Stadium Hoki MBPJ. Sebagai ibu angkat pasukan hoki wanita Selangor, sudah pasti saya datang beri sokongan padu.

 

Tengok pemain-pemain hoki wanita beraksi tadi, semangat mereka tu boleh tahan menular. Sampai saya pun rasa macam nak turun padang sekali!

 

Tak nak pressure… tapi emas tu kalau boleh, kita punya!
Turut beraksi dalam perlawanan persiapan ini ialah pasukan dari Pulau Pinang, Kedah dan Selangor XI. Perlawanan seperti ini penting sebagai medan untuk menguji kecergasan, mengasah strategi dan membina keserasian pasukan sebelum turun berjuang di pentas SUKMA nanti.


Terima kasih saya ucapkan kepada kepada Persatuan Hoki Selangor atas komitmen dalam membantu persiapan pasukan hoki wanita Selangor menuju SUKMA XXII Selangor 2026 bulan hadapan.

 

Terima kasih juga kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) atas sokongan dan komitmen dalam menyediakan fasiliti sukan berkualiti sebagai Rakan Strategik Fasiliti Sukan bagi penganjuran SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026.

 

Selebihnya, kita doa sama-sama.
https://anfaalsaari.com/wp-content/uploads/2025/07/Logo-Anfaal-Saari-08-scaled.jpg
Hubungi
03-61276080 | 03-55447150
wanitakebajikan.selangor@gmail.com
n15tmntempler@gmail.com
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer, No. 3, Jalan Besar, Taman Selayang Segar, 68100, Batu Caves, Selangor
Platform Rasmi
ANFAAL SAARI