Jelajah Wanita Berdaya Tahan Selangor Perluas Akses Peluang Pekerjaan untuk Wanita

July 4, 2026
Alhamdulillah, Jelajah Wanita Berdaya Tahan Selangor 2026 Zon Hulu Langat telah berlangsung dengan jayanya pada minggu lalu, menghimpunkan pelbagai inisiatif di bawah satu bumbung. Daripada peluang pekerjaan, pemeriksaan kesihatan dan aktiviti komuniti, sehinggalah ruang untuk wanita membina semula keyakinan diri serta merancang masa depan yang lebih baik.

 

Ramai yang hadir mencari peluang. Ada yang nak kembali bekerja, ada yang mahu tingkatkan kemahiran dan ada juga yang datang mendapatkan maklumat tentang bantuan serta perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Itulah tujuan sebenar jelajah ini membawa perkhidmatan lebih dekat kepada rakyat.

 

Saya juga bersyukur apabila Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) dapat menyampaikan sumbangan RM15,000 bagi menjayakan Program Saringan Penentuan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (PROSPER) Negeri Selangor 2026.

 

Turut dimeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan PERKESO serta Memorandum Kerjasama (MoC) antara WBS dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp). Saya berharap kerjasama ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan kebolehpasaran dan membantu lebih ramai wanita kembali membina kerjaya dengan yakin.
Terima kasih kepada semua yang telah hadir memeriahkan Jelajah Wanita Berdaya Tahan Selangor 2026 Zon Hulu Langat. Kehadiran yang memberangsangkan ini menunjukkan bahawa masyarakat sentiasa bersedia merebut peluang apabila perkhidmatan, peluang pekerjaan dan inisiatif kerajaan dibawa lebih dekat kepada mereka. Kita jumpa lagi di Jelajah Wanita Berdaya Tahan Selangor 2026 yang akan diadakan Zon Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Selangor.
Sumber video: Media Selangor

https://anfaalsaari.com/wp-content/uploads/2025/07/Logo-Anfaal-Saari-08-scaled.jpg
Hubungi
03-61276080 | 03-55447150
wanitakebajikan.selangor@gmail.com
n15tmntempler@gmail.com
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer, No. 3, Jalan Besar, Taman Selayang Segar, 68100, Batu Caves, Selangor
Platform Rasmi
ANFAAL SAARI