Siapa masih ingat kisah Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah atau Sang Kancil?
Dulu, kita dengar cerita-cerita ini sebelum tidur. Hari ini, kita pula mahu anak-anak mengenal dunia melalui buku, cerita dan imaginasi.

Itulah yang saya lihat di Selangor Children’s Literature Festival (SCLF), kita bukan hanya mahu anak-anak membesar dengan selamat tetapi kita mahu mereka membesar dengan pengalaman yang baik, ruang untuk belajar dan peluang untuk mengenali dunia dengan cara mereka sendiri.

Jom bawa anak-anak hadir sama-sama! SCLF berlangsung 28 hingga 31 Ogos 2026, dari 9 pagi hingga 10 malam di Shah Alam Trade Centre (SITC).

