Dulu jaga si kecil, hari ini mula jaga seluruh keluarga.
Itulah perjalanan menarik Applecrumby yang hari ini melangkah ke satu lagi fasa menerusi pelancaran Liv & Branche, daripada penjagaan bayi kepada penjagaan orang dewasa.

Bagi saya, perkembangan ini cukup dekat dengan semangat ekonomi penjagaan yang sedang kita bina di Selangor kerana penjagaan bukan hanya tentang bayi atau warga emas tetapi tentang memastikan setiap peringkat kehidupan mendapat sokongan yang sewajarnya.
Tahniah Applecrumby atas langkah yang cukup bermakna ini. Daripada jenama yang bermula dengan si kecil, kini berkembang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan sebuah keluarga sepanjang hayat.

