Semak kelayakan MamaKerja 2.0 mulai 17 Ogos 2026!

August 16, 2026
Mama bekerja bukan sekadar memikul tanggungjawab di tempat kerja tetapi juga memastikan anak-anak mendapat penjagaan yang terbaik.
Kita memahami bahawa kos penjagaan anak merupakan antara cabaran yang dihadapi oleh ramai ibu untuk terus melangkah dalam kerjaya sambil membina masa depan keluarga.
Sebab itu, Kerajaan Negeri Selangor terus memperkukuhkan komitmen melalui MamaKerja 2.0.
Daripada pelaksanaan sebelum ini, seramai 4,538 penerima telah menerima insentif RM1,000 menerusi program MamaKerja. Kini, MamaKerja 2.0 diperluaskan dengan tambahan peruntukan sebanyak RM10 juta, sekali gus menyasarkan manfaat kepada 10,000 penerima keseluruhan.
Syarat permohonan:
✅ Pengundi berdaftar di Selangor
✅ Wanita bekerja dan mempunyai anak berumur 6 tahun dan ke bawah
✅ Pendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah
✅ Menghantar anak ke tadika atau taska berdaftar
✅ Bukan penerima bantuan Kerajaan Negeri Selangor seperti BINGKAS, TUNAS, Asuh Pintar dan MamaKerja 1.0
📌Permohonan boleh dibuat di Aplikasi Nine, bermula 17 Ogos 2026.
Kerana apabila ibu terus diperkasa untuk bekerja dan membina kerjaya, keluarga turut mendapat sokongan untuk membina masa depan yang lebih baik.

https://anfaalsaari.com/wp-content/uploads/2025/07/Logo-Anfaal-Saari-08-scaled.jpg
Hubungi
03-61276080 | 03-55447150
wanitakebajikan.selangor@gmail.com
n15tmntempler@gmail.com
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer, No. 3, Jalan Besar, Taman Selayang Segar, 68100, Batu Caves, Selangor
Platform Rasmi
ANFAAL SAARI