Paparan Masa dan Tarikh

Kanak-kanak GISBH ikuti program pemulihan sentiasa dipantau – Exco

October 29, 2024

Shah Alam: Kira-kira 424 kanak-kanak GISB Holdings (GISBH) yang sedang mengikuti program pemulihan bawah pasukan khas kerajaan Selangor akan dinilai dari semasa ke semasa bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung keadaan mereka.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor Anfaal Saari berkata, mereka ini akan dinilai dari segi perkembangan.

“Sekiranya masih dalam dikategorikan kronik dan trauma yang tinggi, mereka akan diletakkan dalam kategori program pemulihan lain berbanding anak lain yang ‘moderate’ atau ‘mild’,” katanya pada program HiTea Satu Tahun Anfaal Saari di sini hari ini.

Anfaal berkata setakat ini program pemulihan berjalan dengan baik dan semua agensi kerajaan saling bekerjasama dalam memberikan bantuan berdasarkan skop kerja masing-masing.

Katanya lagi, program pemulihan berkenaan dibahagikan kepada empat kluster iaitu pendidikan, kebajikan, kesihatan berkaitan mental dan perundangan.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan Selangor menubuhkan satu pasukan khas bagi meneliti program pemulihan khusus untuk kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal GISBH sebelum ini.

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah dan Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor Anfaal Saari dalam kenyataan bersama memaklumkan penubuhan itu berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada 2 Oktober lalu.

Sumber: Harian Metro

https://anfaalsaari.com/wp-content/uploads/2024/02/Logo-white-400x180-01.png
Hubungi
03-55447150
EXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat, Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 15, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam, Selangor.