Wanita, Jangan jadi Toksik

Namun, percayakah kita semua, yang menghalang kemajuan wanita juga terdiri di kalangan golongan wanita sendiri! “Bukankah dia juga seorang wanita seperti aku? Bukankah dia patut lebih empati?” 

Maka, saya menulis untuk mengajak semua pembaca khususnya wanita untuk tidak menjadi toksik dalam kehidupan seorang wanita lain. Buang jauh-jauh PHD (penyakit hasad dengki), jatuh-menjatuhkan atau minima tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak membantu meningkatkan kemajuan seorang wanita.

Keluarga Muslim Bercuti ke Hat Yai, Thailand

Destinasi makan-makan WAJIB pergi di wilayah Songkhla adalah restoran steamboat/BBQ. Pemandu pelancong kami cadangkan restoran baru (tak tau macamana nak sebut) di Khlong Hae, tidak jauh dari Khlong Hae Floating Market (pasar terapung ini hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Sabtu). Kalau nak makan bufet sahaja caj 198 Baht/pax, tapi kalau nak makan seafood caj 280 Baht/pax untuk dewasa, kanak-kanak separuh harga. Konsep Eat All You Can.

Left group….

… Ada yang tidak boleh menerima teguran kerana berbeza pendapat. Lalu keluar perkataan “…patutlah semua dalam grup ni bangang..#*&^…” dan terus left group!

Ada yang left group sejurus dimasukkan kerana admin tidak beri pengenalan atau minta izin terlebih dahulu. Atau left group terus kerana mengetahui ia bertujuan untuk menambah beban tugasnya. (Sounds familiar eh?)…

RM50 ribu dalam tangan, ke mana destinasi?

Saya bertanya kepada 5 orang anak muda, “Bayangkan saya beri kamu setiap orang RM50 ribu. Beritahu saya negara mana yang kamu mahu lawati?”
Antara jawapan yang diberikan adalah Jepun, Australia, England, New Zealand dan Korea.
Saya bertanya pada mereka, “Kenapa tidak memilih negara-negara Islam atau Muslim majoriti seperti Pakistan, Afghanistan, Sudan dll?”
Mereka menjawab, “Tidak selamat dan merbahaya.”