5 Adventure Elastik Mental, Menyediakan Saya Untuk Yang Ke-6 :)

Saya analogikan mental kita mempunyai getah yang elastik. Jika ditarik sedikit, kita tewas seawal mungkin, kita memilih untuk ia kendur kembali ke asal lalu hiduplah kita di tahap yang sama. Membosankan. Tetapi jika kita mengizinkan (dengan izin Allah jua) menarik ‘getah’ dalam mental kita ke satu tahap lebih jauh lagi, hakikatnya kita mengupayakan diri kita untuk masuk ke fasa kehidupan baru. Kata orang: “Alah bisa tegal biasa”. 

3 Keadaan Ruh Yang Patut Kita Tahu

Di dalam jiwa manusia setiap saat dan masa berlaku satu peperangan yang dahsyat, iaitu peperangan antara Ruh dan Nafsu: Yang mana yang lebih berkuasa mengendalikan jiwa manusia yang menghasilkan tindakan-tindakannya…

وَنَفسٍ وَما سَوّاها فَأَلهَمَها فُجورَها وَتَقواه قَد أَفلَحَ مَن زَكّاها وَقَد خابَ مَن دَسّاها
(Asy-Syams: 7-9)

Ruh selalu dilihat sebagai entiti yang baik yang dipandu oleh iman kepada Allah, manakala nafsu selalu dilihat jahat yang dipandu oleh bisikan-bisikan Syaitan atau kejahatan.

Lailatul Qadar: Spiritual atau Taktikal?

Bila? malam ke berapa? malam ganjil atau genap? malam ganjil di Mekah atau malam ganjil di tanah air? 10 hari terakhir sahaja? mesti qiamullail di masjid sahaja? kalau di surau tak boleh ke? Aaa… perempuan susah dapat lailatul qadar sebab ‘period’??? … Sehinggalah berhabis masa berkongsi ciri-ciri hari keesokkannya? perubahan pd diri dan sebagainya… termasuklah bercerita malam semalam kononnya dapat lihat pokok pun sujuddd??? haa! banyak persoalan kan kawan2? 😉