Bila David Cari Penceramah Agama Wanita Popular, Ini Yang Dia Jumpa…

… Ironi tapi begitulah faktanya, seorang bukan Muslim, Dr David Kloos menulis buku bertajuk “Becoming Better Muslims: Religious Authority and Ethical Improvement in Aceh, Indonesia”. OK ini memang semakin menarik. Penceramah bukan Islam, kehadiran ramai bukan Islam, TETAPI topik tentang Islam. (Sedang di sebuah negeri ada orang Islam tidak membenarkan pemimpin bukan Islam mengadakan majlis buka puasa untuk orang Islam. “Masuk Islam dulu lah baru boleh buka puasa sama-sama!” Ouch!) …

14 Tahun Bergelar Ummi

Bagi wanita-wanita di luar sana, anda lebih tahu ‘suis terbaik’ untuk berbincang dengan suami secara demokratik. Tidak perlu membentak. Gunakan kuasa kelembutan untuk mempengaruhi bukan memaksa suami menerima pandangan isteri. Bersuara menyatakan pendapat juga bukan bererti kita adalah pejuang emansipasi wanita. Tetapi kerana Islam meraikan hak kebebasan bersuara. Hatta Khalifah Umar Al-Khattab juga menerima bantahan seorang wanita berkaitan nilai mahar perkahwinan.