Keluarga Muslim Bercuti ke Hat Yai, Thailand

Destinasi makan-makan WAJIB pergi di wilayah Songkhla adalah restoran steamboat/BBQ. Pemandu pelancong kami cadangkan restoran baru (tak tau macamana nak sebut) di Khlong Hae, tidak jauh dari Khlong Hae Floating Market (pasar terapung ini hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Sabtu). Kalau nak makan bufet sahaja caj 198 Baht/pax, tapi kalau nak makan seafood caj 280 Baht/pax untuk dewasa, kanak-kanak separuh harga. Konsep Eat All You Can.

Kenapa Kita Ingin Kembara?

… saya berkenalan dengan seorang wanita berkerjaya sebagai jurutera tetapi sangat meminati travelling. Masih solo. Beliau memilih travel ala backpacker. Hanya satu beg galas dan memilih hostel dan kediaman kenalan baru sebagai tempat penginapannya. “Saya tak boleh lama dalam Malaysia. Saya mesti rasa nak keluar. Tengok negara luar.” Menurut rakannya, apabila saya bertanya negara manakah yang telah dikunjungi, lalu rakannya berseloroh, “Akak tanya negara mana yang dia belum pergi.”

Jawabnya: “Alhamdulillah dah 40 buah negara.”

Perghhh!! EMPAT PULUH! Hebaaaat MasyaAllah.

Kenapa ke luar negara?