
Welcome Anas!
Saya semakin resah kerana kontraksi acah-acah sahaja. Suami saya mengajak saya menemaninya ke KLCC
Saya semakin resah kerana kontraksi acah-acah sahaja. Suami saya mengajak saya menemaninya ke KLCC
Rupanya serik seorang ibu itu,
tidak kekal lama.
Banyak penyesuaian perlu dilakukan dengan perubahan jadual suami saya dan juga kehadiran ahli keluarga baru. Acapkali apabila datang bisikan syaitan, saya akan self-talk bahawa…
“Abang, raya nanti macamana?” nada suara bertanya pun sudah berjaya dihidu suami saya.
“Kita nak semua positif kan? Jadi kena fikir semua nak jadi positif, maka akan jadi positif.” jawab suami saya tegas.
Namun, percayakah kita semua, yang menghalang kemajuan wanita juga terdiri di kalangan golongan wanita sendiri! “Bukankah dia juga seorang wanita seperti aku? Bukankah dia patut lebih empati?”
Maka, saya menulis untuk mengajak semua pembaca khususnya wanita untuk tidak menjadi toksik dalam kehidupan seorang wanita lain. Buang jauh-jauh PHD (penyakit hasad dengki), jatuh-menjatuhkan atau minima tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak membantu meningkatkan kemajuan seorang wanita.
Destinasi makan-makan WAJIB pergi di wilayah Songkhla adalah restoran steamboat/BBQ. Pemandu pelancong kami cadangkan restoran baru (tak tau macamana nak sebut) di Khlong Hae, tidak jauh dari Khlong Hae Floating Market (pasar terapung ini hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Sabtu). Kalau nak makan bufet sahaja caj 198 Baht/pax, tapi kalau nak makan seafood caj 280 Baht/pax untuk dewasa, kanak-kanak separuh harga. Konsep Eat All You Can.
… Allah menggunakan perkataan عِبادي – HambaKU. Penggunaan AKU mewakili dirinya dalam dua keadaan di dalam Al-Quran; sama ada untuk keadaan sangat murka atau sangat sayang. Lots of Love! Dalam konteks ayat ini, Allah mengatakan فَإِنّي قَريبٌ – fainni qariib (Sesungguhnya aku dekat), adalah dengan penuh kasih sayang pada hambaNya…
Bagi wanita-wanita di luar sana, anda lebih tahu ‘suis terbaik’ untuk berbincang dengan suami secara demokratik. Tidak perlu membentak. Gunakan kuasa kelembutan untuk mempengaruhi bukan memaksa suami menerima pandangan isteri. Bersuara menyatakan pendapat juga bukan bererti kita adalah pejuang emansipasi wanita. Tetapi kerana Islam meraikan hak kebebasan bersuara. Hatta Khalifah Umar Al-Khattab juga menerima bantahan seorang wanita berkaitan nilai mahar perkahwinan.