Categories
Kembara

Kenapa Kita Ingin Kembara?

… saya berkenalan dengan seorang wanita berkerjaya sebagai jurutera tetapi sangat meminati travelling. Masih solo. Beliau memilih travel ala backpacker. Hanya satu beg galas dan memilih hostel dan kediaman kenalan baru sebagai tempat penginapannya. “Saya tak boleh lama dalam Malaysia. Saya mesti rasa nak keluar. Tengok negara luar.” Menurut rakannya, apabila saya bertanya negara manakah yang telah dikunjungi, lalu rakannya berseloroh, “Akak tanya negara mana yang dia belum pergi.”

Jawabnya: “Alhamdulillah dah 40 buah negara.”

Perghhh!! EMPAT PULUH! Hebaaaat MasyaAllah.

Kenapa ke luar negara?

Categories
Suami Isteri Tips

Tipu La Kalau Tak Pernah Gaduh

“Abg, Jom selfie!” Dia pandang tempat lain.

Itu lah suami saya. Hmm… Awal kahwin dulu lagi kaku nak bergambar. Kahwin pulak dengan famili yang suka bergambar. Sorang macam dari planet Marikh, sorang dari planet Zuhal.

Sekadar berkongsi 15 Pengajaran hidup sebagai suami isteri untuk adik2 pasangan baru…

Categories
Kewanitaan Politik

Sisi Lain Hidup Seorang Tokoh Politik Wanita

Wanita perlu ‘space’ untuk dirinya. Me-time. Masa untuk membina keupayaan dirinya, menyerlahkan potensi dirinya dan menyumbang aset dirinya (idea, bakat, masa) untuk menjadi seorang yang bermanfaat dalam komuniti dan negara secara amnya.

Categories
Kekeluargaan Kewanitaan

14 Tahun Bergelar Ummi

Bagi wanita-wanita di luar sana, anda lebih tahu ‘suis terbaik’ untuk berbincang dengan suami secara demokratik. Tidak perlu membentak. Gunakan kuasa kelembutan untuk mempengaruhi bukan memaksa suami menerima pandangan isteri. Bersuara menyatakan pendapat juga bukan bererti kita adalah pejuang emansipasi wanita. Tetapi kerana Islam meraikan hak kebebasan bersuara. Hatta Khalifah Umar Al-Khattab juga menerima bantahan seorang wanita berkaitan nilai mahar perkahwinan.