Jamuan Perpisahan oleh Kebun Komuniti Zon 3

Tengahari tadi alhamdulillah diraikan dalam sebuah majlis sederhana bersama wakil sukarelawan dari 3 buah kebun komuniti dalam Zon 3 MPS. Terima kasih Puan Yusnani Abd Hamid selaku Pengerusi Kebun komuniti pertama pada 2018 yang menjayakan majlis ini.

Turut hadir sebahagian daripada AJK Jawatankuasa Penduduk Zon 3, Tok Rosli, Ketua MPKK Kampung Changkat, Panji Yahya, Najib Tun Hashim, Dr Dalilah. Pesanan dititipkan agar semua projek komuniti terus dijayakan. Sebuah usaha yang baik dan sangat bermanfaat untuk mengeratkan silaturahim, menyuburkan bumi dan secara tidak langsung menyumbang kepada penjagaan kelestarian alam.

Terima kasih tidak terhingga untuk semua cenderahati buat saya. Dari pokok bunga orkid hidup (suspen nak jaga ni sebab tak pernah bela pokok orkid), plak 99 nama Allah, Wall deco hasil sentuhan Jojo anak Mama Zakiah Mohd Isa hingga lukisan kanvas gimik pelancaran sambutan Hari Sungai Sedunia oleh Maya Karin Oktober lalu. Yang special juga hadiah beg jahitan tangan Mama Zakiah yang diperbuat dari banner terpakai. Berbunga2 hati saya.

Belum apa2 lagi saya dah rindukan semua orang. 😭😭😭 Encik Amin pembantu saya yang selalu siap sedia membantu, Ainul Sayuti yang gigih menyantuni penduduk dan peniaga yang datang ke pejabat, sukarelawan kebun Tmn Gombak: Hj Yasin, Encik Mazlan, Mck Mah, Kak Azhani Fadzlullah dan ramai lagi.

AM baru nanti jaga tiga kebun komuniti baik-baik ya. Dari tanah kosong penuh semak, kini subur dengan pelbagai hasil menjadi sumber sedeqah untuk manusia juga unggas yang bertandang. Moga kekal jadi pahala tidak putus buat semua yang mengusahakannya.

#anfaalMPSjourney

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s