Mesyuarat Terakhir di MPS

Dua tahun enam bulan sampai ke penghujung. Coretan #anfaalMPSjourney akan berakhir seiring berlabuh tahun 2020. Terima kasih tidak terhingga buat seluruh warga MPS, dari YDP, Pengarah-pengarah jabatan dan rakan-rakan Ahli Majlis untuk sebuah pengalaman dan pembelajaran yang tidak ternilai.

Penghargaan khusus buat Bahagian Urusetia, Encik Azhar Bin Che Salleh pada awalnya dan diteruskan oleh Encik Mohd Zikry serta pasukan super komited Majid, Firah, Retno, Yani, Wadi yang memenuhi keperluan dan permintaan kami Ahli Majlis.

Berpeluang menyampaikan ucapan penangguhan terakhir dalam Mesyuarat Penuh tadi. Ucapan saya berkisar perihal urus tadbir baik, integriti dan penterjemahan gagasan Rahmatan Lil Alamin dalam pemberian khidmat kepada rakyat. Ikut rasa hati, banyak lagi yang belum terlaksana tetapi saya serahkan urusan selanjutnya kepada bakal Ahli Majlis baru yang akan menggantikan saya. Insya Allah akan berkhidmat lebih baik lagi.

Harapan saya buat MPS agar terus cemerlang sebagai majlis perbandaran yang mampan, progresif dan sejahtera. Doa saya agar MPS akan menuruti langkah PBT lain mencapai tahap Bandaraya.

Sampai jumpa lagi, Selayang tetap di hati.

#anfaalMPSjourney

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s