Lawatan Tapak Lorong tiada longkang

Beberapa hari ini saya susuli aduan penduduk Taman Sepakat dalam sesi perbincangan isu sampah dua minggu lalu. Kali ini fokus aduan berkaitan lorong yang tiada longkang.

Tuan Puan yang membeli tanah lot dan membangun sendiri rumah atau binaan mesti ambil tahu bahawa bagi setiap pembinaan memerlukan Kebenaran Merancang (KM) daripada PBT yang menetapkan spesifikasi khusus seperti perimeter longkang, buffer zone keliling rumah dan laluan akses. Apabila pembangunan tidak terancang berlaku, malah laluan utama sebenarnya berada di atas tanah-tanah persendirian, maka siapa yang dipertanggungjawabkan untuk membina kemudahan awam melainkan kerajaan perlu ambil alih tanah-tanah persendirian ini daripada tuan tanah.

Dalam kebanyakan kes di dalam kawasan kampung di Gombak ini khususnya, tuan tanah ada yang telah lama meninggal dunia dan pernah menyebut secara verbal sahaja tentang mewakafkan sebahagian tanah untuk laluan jiran-jiran. Namun, disebabkan tiada bukti hitam putih, waris beranggapan laluan awam mengambil hak peribadi mereka. Ini menjadikan proses membina atau menaiktaraf laluan awam menjadi sukar.

Pagi tadi saya jemput Tn Rahim Kasdi, penyelaras DUN Gombak Setia untuk melawat tapak dan memohon jasa baik beliau untuk bawa hal ini ke peringkat negeri. Ya, longkang yang tidak pernah dibina hampir 40 tahun. Tiada longkang, hujan lebat dan laluan depan rumah menjadi seperti anak sungai.

Banyak saya belajar. Minta deraf pelan dari pejabat tanah, kenal pasti rezab jalan dan longkang, kenal pasti peruntukan yang ada dan lain-lain. Saya anxious untuk selesaikan perkara ini secepat mungkin.

#anfaalMPSjourney

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s