Saya rasa bertuah dapat mengenali Puan Sarifah Yaacob dan berkolaborasi dengan NGO Ekowi. Hari ini kami test market dengan penduduk Taman Berlian.
Penduduk perlu pra-daftar agar lori Trash4Cash dapat datang ke alamat rumah dan kutip sampah kitar semula. Sampah akan ditimbang dan direkod dalam resit mengikut kadar harga pasaran. Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun tuan rumah dalam masa 24-48 jam.
Terima kasih AJK JKP Zon 3 Dr Dalilah dan penduduk Taman Berlian kerana turut serta dalam program sulung ini.#anfaalmpsjourney