3-Ta yang Memabukkan

3-Ta: Harta, Wanita dan Takhta (yang memabukkan)

3-Ta yang sama juga boleh mendekatkan ke syurga, andai dimanfaatkan pada niat yang benar, jalan yang diredhai dan matlamat akhir yang murni.

Ingin saya kongsikan kes sebenar di luar negara:

KES 1: Roger Ailes, CEO Fox News

Filem bertajuk ‘Bombshell’ (2019) yang mendedahkan kisah CEO Fox News, Roger Ailes yang pernah melakukan gangguan seksual terhadap pembaca berita dan pengacara TV wanita di Fox News. Pengacara TV wanita yang berani, Megyn Kelly dan Gretchen Carlson merupakan antara 23 pengadu yang menjadi mangsa gangguan seksual Roger.

Modus operandinya sama, Roger menggunakan kuasanya selaku CEO untuk memancing wanita-wanita ini mendaki tangga kerjaya mereka. “Buktikan kesetiaan awak pada saya.” Itu dilakukan dengan gangguan/hubungan seksual dan rahsia tersebut terkunci rapi bertahun-tahun lamanya bagi menjamin kerjaya mereka selamat di Fox News. Roger juga menggunakan kuasanya, “Saya boleh angkat anda ke atas bila-bila masa, atau turunkan anda bila-bila masa.”

Dengan rekod aduan 23 wanita, akhirnya Roger dipecat sebagai CEO oleh Rupert Murdoch, co-creator Fox, dan tidak dibenarkan membuat pengumuman pengunduran diri dari Fox News. Gretchen Carlson pula menerima USD20 juta sebagai gantirugi dan tanda permohonan maaf oleh pihak Fox dengan syarat menandatangani perjanjian kerahsiaan (confidentiality) dan tidak dibenarkan berbicara secara terbuka berkaitan kes ini.

Projek pembikinan filem ini hanya bermula pada Mei 2017 selepas kematian Roger.

Baca lanjut: https://en.wikipedia.org/wiki/Bombshell_(2019_film)

KES #2: Bikram Choudury, McYoga

Dokumentari terbitan Netflix bertajuk ‘Bikram: Yogi, Guru and Predator’ ini memaparkan Bikram Choudury seorang selebriti mewah di Amerika Syarikat. Dokumentari yang memaparkan kisah #metoo dan juga watak seorang scammer (penipu) menyalahguna nama dan kuasa seorang guru yoga untuk mengeksploitasi pelatih wanita dan juga mengumpul kekayaan luar biasa.

Mangsa gangguan seksual dan juga mangsa rogol yang tampil melaporkan salah laku Bikram melalui modus operandi yang sama: memberi kepercayaan kepada seorang guru, ketua dan jurulatih yang akhirnya menyalahgunakannya. Bagi memperoleh lesen membuka studio yoga melalui sistem francis Bikram Yoga, gangguan seksual dan kes rogol tersebut dipendam sahaja. Saya sangat terganggu apabila wanita-wanita pengadu tersebut mengatakan mereka seperti di’brainwashed’ dan menganggap insiden hitam itu seperti tiada apa-apa yang berlaku dan meneruskan latihan yoga seperti biasa.


Bikram kekal bebas dari sebarang dakwaan mahkamah hingga hari ini dengan kekal menafikan semua dakwaan tersebut dan terus mengajar kelas-kelas yoga.

Baca lanjut: https://www.dazeddigital.com/…/netflix-bikram-yoga-choudhur…

—————————————–
Dua paparan ini sangat memualkan saya. Kuasa dan pengaruh bagai candu yang memperdayakan. “I have power, i can do anything, own and dictate anybody! I crave more and I must stay in power.”

Sungguh, tiada siapa boleh terkecuali dari ujian 3-Ta ini. Apa lagi yang dibalut dengan ‘pakaian’ spiritual dan agama. Guru, ustaz, pemimpin yang disanjung dan dihormati tidak terkecuali, akan diuji dengan talbis Iblis (boleh baca buku karya Ibnul Qayyim Al Jauziyah dengan tajuk ini) – kemasyhuran, pengaruh – disadur pula dengan kilauan harta dunia lalu mabuk dan ketagih mahu lagi dan lagi.

Berawas lah! Usah biarkan kuasa menjadi mutlak, kerana ia akan korup dan disalahguna sewenang-wenangnya. “Power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely. (John Acton)

Apa teladannya?
Jauhilah ketaksuban.
Hormati seseorang pada qudwah baiknya, bukan pada batang tubuhnya.
Kritiklah apabila ada yang tidak benar pada perbuatan dan kata-katanya.

Moga Allah kurniakan kita semua bashirah (mata hati) untuk membezakan yang haq dan yang batil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s