PKP : Ujian Sabar dan Syukur

Pelanggan beratur di hadapan pintu kedai Bakewell. Tiada seorang pun dibenarkan masuk ke dalam kedai. Hanya menempah barangan dan membayar di muka pintu kedai sahaja.

“Mama nak pesan ayam? Nak berapa ekor?” mesej saya pada adik-adik yang berada di rumah ibu saya. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lantaran wabak pandemik Covid-19 ketika itu masih dalam Fasa 1 (18 Mac hingga 30 April). Berdiam di rumah dengan kawalan pergerakan terbatas mengubah hampir keseluruhan norma kehidupan harian kita.

Cara ibu-ibu membeli keperluan dapur berubah. Kini saya ada minima tiga
nombor perhubungan penting untuk mendapat bekalan ayam segar, ikan segar dan juga barang kering seperti bawang dan cili. Nikmat membeli terus dari kedai kita pendamkan sahaja. Serahkan tugas membeli pada ketua keluarga. Kerana itu arahannya. Kelihatan lucu tapi panduan sedetail itu perlu disampaikan bagi menjaga jarak sosial yang selamat.

20200327_085951-1

Jalan-jalan dalam taman perumahan lengang. Tiada kedengaran suara anak-anak remaja juga belia bermain bola sepak di padang belakang rumah. Gelak ketawa dan jeritan itu hilang. Sepi. Hanya laungan azan yang berkumandang lima kali sehari dari corong masjid memecah keheningan alam. Itu pun disusuli dengan pesanan muazzin, “Kepada ahli kariah, sila solat berjemaah bersama keluarga di rumah.” Sayu.

Tidak boleh sesuka hati keluar bersarapan pagi tosei enak Restoran Omar atau roti boom Jai di Cengkih mahupun membeli nasi lemak di lori depan Pasar Kecil Melawati. Perlu keluar awal pagi ke kedai runcit juga kedai serbaneka 7-Eleven menanti lori biru merah Gardenia tiba membawa bekalan roti baru dari kilang. Roti berbuku-buku di rak kedai licin sekelip mata bagai pisang goreng panas. Sehingga kedai runcit menghadkan hanya pembelian sebuku roti dibenarkan oleh seorang pembeli.

Ketua keluarga ke kedai juga mengambil masa lebih lama berbanding biasa kerana jumlah pelanggan yang dibenarkan masuk ke kedai adalah terhad. Barisan beratur juga panjang dek kerana arahan jarak selamat 1 meter.

Hari ini sudah hampir sebulan kita menurut PKP. #stayathome #staysafe Perintah Kawalan Pergerakan sudah masuk Fasa Ketiga apabila ia dilanjutkan lagi sehingga 28 April. Ya, kita akan menyambut tetamu agung Ramadhan dalam suasana berbeza. Benar-benar seperti uzlah. Terasing daripada masyarakat dan orang ramai.

A New Normal’

Kita memasuki fasa ‘A New Normal’. Bagi saya dan keluarga, tidak
mengapa lah tiada roti Gardenia lagi. Kita teroka makanan lain dan apa lagi
boleh meroti sendiri. Jadi atau tidak itu cerita kedua. Yang pasti, makanan
yang masih ada di dalam kabinet dapur, di dalam peti sejuk mahupun yang perlu dimasak adalah REZEKI yang tercatat untuk kita. Usah cerewet dan berkeluh kesah. Sedangkan ada jiran di taman atau kampung bersebelahan masih berkira apakah hari ini boleh makan nasi berlauk telur atau sekadar kicap sebagai penambah rasa.

91235775_10157637302721996_2758858331186528256_o

New Normal, apabila kita tidak sabar-sabar keluar bekerja dan kembali rutin kesibukan anak-anak ke sekolah dek kerana cuti yang terlalu lama.

New Normal, penggunaan teknologi dan akses internet adalah seperti nyawa untuk bersosial dan mendapat maklumat semasa. Perasaan dan pengalamannya berbeza. Tetap tidak sama dengan menatap wajah rakan sekerja dan berkomunikasi secara langsung.

New Normal, anak-anak melalui pembelajaran formal melalui medium pelbagai. Hantaran video dan soalan kuiz melalui whatsapp, Google Classroom, Youtube dan juga konferens video. “Rindu jumpa kawan-kawan la Umi,” keluh anak saya. “Sabar lah sayang.”

WhatsApp Image 2020-04-13 at 12.14.58 AM

Bantuan dan Insentif Kerajaan

 Dalam tempoh PKP, terdapat sekian banyak insentif dan kemudahan yang
disediakan sebagai peluang untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia. Di antaranya:

1. Penangguhan pembayaran pinjaman dengan moratorium sehingga 6 bulan
2. Diskaun bil elektrik 6 bulan bermula 1 April
3. Bantuan RM600 cuma untuk pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji
4. Bayaran bantuan JKM kepada 500,000 penerima
5. Bantuan Prihatin Nasional (BPN) meliputi RM9.24 bilion yang dibayar dalam dua fasa

Bagi suami saya yang bekerja sendiri dan saya pula lantikan kerajaan negeri, sudah pasti kerisauan tentang sekuriti kewangan tetap ada. Berapa bulan simpanan yang ada mencukupi untuk kelangsungan hidup? Dalam satu kajiselidik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia  yang dilaksanakan bersama 168,182 responden bagi tempoh 23 – 32 Mac 2020, mendapati bahawa hanya sekitar 3% sahaja di kalangan mereka yang bekerja sendiri mempunyai simpanan wang untuk bertahan melebihi 6 bulan sahaja. Selain daripada itu 43% daripada mereka yang bekerja sendiri mempunyai simpanan kewangan kurang 2 minggu.

Selaku Ahli Majlis di Majlis Perbandaran Selayang, saya berhadapan dengan ribuan rakyat yang bergaji harian, penjaja dan peniaga kecil. Hanya 18.1% dari kalangan mereka yang bekerja sendiri bersiapsiaga dari segi kewangan sekiranya PKP dilanjutkan. Hati mana tidak gundah memikirkan nasib rakyat dalam kategori ini. Mereka bukan meminta-minta tetapi mereka perlu bekerja demi kelangsungan hidup.

Setakat hari ini, sudah 3 fasa bantuan disalurkan kepada golongan yang memerlukan di dalam Zon 3 MPS (kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada saya). Bantuan berupa pek makanan asas telah diserahkan kepada 562 orang. Terima kasih pada team saya yang gigih membantu menyediakan pek bantuan dan membuat serahan, juga tidak dilupakan para dermawan yang menghulurkan bantuan kewangan bagi kami menampung perbelanjaan.

Bersama Kesulitan ada Kesenangan

Sabar dan Syukur adalah dua sifat wajib menjadi bekalan seperti dua muka pada sekeping duit syiling. Bersabar dengan ujian ini kerana virus Corona ini tidak memilih yang kaya atau miskin, yang berpangkat atau yang marhaen, yang berpendidikan atau yang tidak. Ujian ini juga adalah peluang untuk kita bermuhasabah dan mensyukuri nikmat kebebasan bergerak ke mana jua sebelum ini. Pandemik ini perlu diinsafi sebagai satu teguran dan peringatan daripada Allah yang maha Kuasa menciptakan makhluk yang tidak tampak pada mata kasar tetapi menundukkan semua manusia.

Saya petik tulisan dari page FB Hero Kerja yang merefleksi kesulitan (hardship) dengan tepat sekali:

“Reflecting on Hardships

We don’t get to choose what happens to us; which families we are born into or the kinds of challenges that we have to face. Some face financial difficulties, health problems, relationship problems or those who are chosen among us – face multiple types of problems at the same time.

If you’re going through a rough time right now; you should know this: you are stronger than you think and somehow someway; this difficult time will pass. Do not feel inferior or that you are less than those who are not tested. It’s not the events that happen to you that define you – but it’s your patience and kindness in those times that define you.

Know that we’re all praying for you that Allah s.w.t will give you the strength and the calmness to handle it. And that you shall be rewarded for what you’ve had to endure.”

 

13 April 2020
Hari ke-27 PKP
 

Pergunungan Himalaya kelihatan dari Pathankot, Punjab selepas 3 dekad diselimuti pencemaran. Gambar dirakam di Twitter/Parasrishi selepas India melaksanakan lockdown selama 21-hari

One thought on “PKP : Ujian Sabar dan Syukur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s