Perspektif Kehidupan, Akses dan Peluang

Sejak awal berkahwin kami suami isteri memilih untuk berdikari dalam mencari pendapatan keluarga. 2004 kami tubuhkan syarikat Brotherhood Arts, kemudian 2012 syarikat Deen Prints, akhir 2016 syarikat Lestary Properties sehinggalah saya memilih jalan fokus dalam kerja sosial dan politik (kemudian mendapat lantikan politik alhamdulillah) dan suami saya sebagai konsultan kewangan.
.
Peluang dan akses adalah perkara yang subjektif. Ada orang melihat hidupnya sebagai rezeki terpijak. Ada orang pandai merebut dan mencari peluang. Ada yang tahu jalan rezekinya sukar, berusaha, jatuh 9 kali dan bangkit 10 kali. Tetapi yang membezakan satu dengan yang lain adalah mindset dan keupayaan mengubah ‘limiting belief‘.
.
Disebabkan kami pernah bergelumang dengan dunia perniagaan selama belasan tahun dan bertemu dengan berencam pemilik bisnes (start-up, SME, Korporat dll), kami tahu kuncinya terletak pada daya tahan (resiliency) untuk mempertahankan jatuh bangun perniagaan.
.
Tetapi apabila berada dalam relung sosio-politik, saya berhadapan dengan rakyat marhaen yang pelbagai yang sebahagian besar seperti lelaki paling kanan (dalam poster). Tiada akses pendidikan dan persekitaran sihat yang memungkinkan dia melihat cahaya dan peluang. Bertahun malah puluhan tahun tak boleh ubah cara melihat kehidupan. Sebab dia hanya nampak dinding.
.
Namun tidak semua yang tiada pendidikan mempunyai perspektif sebegitu. Semalam saya menemuduga seorang kakak ini, yang hadir buat kali keempat sesi temuduga untuk memohon tapak pasar. Dia mahu menjual kerang, mentarang, tiram yang dia korek sendiri dengan nelayan di pantai Port Dickson. Siap bawa sampel tiram dalam baldi. Baru setahun berniaga di pasar malam. Margin untungnya 50%. Wow! Saya kata itu sangat bagus. Pasar malam tidak cukup kerana dia perlu kedai kekal untuk letak akuarium. Boleh simpan kerang dan tiram hidup dan, segar.
.

Apabila kita beri peluang, analoginya seperti memberi bangku untuk dia berdiri lebih tinggi dan melihat peluang lebih cerah. Sama juga dengan Jabatan Pelesenan yang memberikan permit perniagaan pada penjaja kecil. “Puan, apabila kita berikan permit pada penjaja, sepatutnya dalam tempoh 3-4 tahun tahap berniaga mereka sudah boleh berubah kepada level peniaga. Bukan kekal hidup sebagai penjaja selamanya.”
.
Beri akses yang adil boleh jadi dalam bentuk insentif kewangan dan juga pendidikan. Kerajaan main peranan besar dalam membentuk polisi dan ahli politik yang benar-benar ingin membantu rakyat berfungsi membuka pintu kepada mereka. Kalau yang hanya beri bantuan secara terpilih untuk kepentingan politik semata-mata, selagi itu rakyat yang dalam kebuntuan akan ‘stuck’ dalam taraf sosioekonomi yang sama.

Yang kita harap jangan jadi seperti lelaki paling kiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s