Umar – 25.12.2002 Ulya – 16.06.2004 Abdullah Ulwan – 6.10.2006 Zulfa – 25.11.2010 Yasmin – 20.12.2014
Bahagia seorang wanita bergelar ibu,
Walau sakit, penat dan lelah mengandung 40 minggu,
Walau bersabung separuh nyawa melahirkan,
Menatap wajah anak wangi halus mulus
…sangat rewarding!
Saya melahirkan anak;
..No 1 pada umur 23 tahun
..No 2 pada umur 25 tahun
..No 3 pada umur 27 tahun
..No 4 pada umur 31 tahun
..No 5 pada umur 35 tahun
Saat sakit kuat di bilik bersalin hospital,
saya bertekad no 5 ini
..adalah yang terakhir!
Rupanya serik seorang ibu itu,
tidak kekal lama.
Allah campakkan rasa sayu,
apabila melihat si bongsu,
yang dahulu bayi,
makin membesar dan pandai.
Allah timbulkan rasa rindu,
pada perut yang membesar,
ada makhluq bergerak-gerak,
di alam rahim.
Penuh misteri.
Penuh teka-teki.
Sihat kah?
Normal kah?
Lelaki atau perempuan kah?
Bakal lahir dengan selamat?
Ya itu lah IBU.
Lupa pada serik,
..kerana ia membahagiakan.
Disember 2018.
UPT bergaris dua.
“Syukur ya Allah!
Kau rezekikan aku mengandung lagi.”
Buat kali ke-6,
..pada umur mencecah 40 tahun.
Tiada doa saya panjatkan melainkan,
kehamilan yang sihat dan selamat.
Alhamdulillah..
Ujian minum air gula (MGTT) dua kali LULUS
..tiada kencing manis ketika hamil
Tekanan darah paras normal
Ke sana sini memandu kereta,
Menguruskan hal rumah, suami, anak-anak,
Melaksanakan tugas selaku Ahli Majlis,
Sihat dan berstamina, yeahh!
6 minggu lagi insya Allah,
..keluarga besar Ammar-Anfaal akan menerima si kecil ini.
Moga jadi anak penuh manfaat buat umat
Pengikat kasih sayang Umi-Abi-Abang-Kakak
dan menamatkan bab ‘pregnancy-breast feeding-sleepless night’
…dalam kehidupan seorang ibu yang menginjak alam 40-an.
We are very looking forward to seeing you, little one!
Love,
~ Umi

Kategori risiko : Grand Multi Para & Age 40 tahun