2018: Pelajaran penuh Warna-warni

Terima kasih DUA RIBU LAPAN BELAS untuk tahun yang penuh pelajaran berwarna-warni buat saya. Terlalu ramai insan yang saya temui dalam perjalanan kehidupan tahun ini dan sukar untuk disenaraikan nama semuanya. Cukuplah kenangan dan doa yang baik-baik saya pahatkan untuk segala bakti dan pelajaran yang diberikan.

Sumber

Catatan 8 pelajaran penting 2018 saya rakamkan di sini bertujuan sebagai muhasabah bagi diri saya. Moga Anfaal-masa-hadapan akan sentiasa menyemak apa yang telah dipelajarinya pada tahun ini. ^^

#1 – Besarkan jiwa

Akhir tahun 2017 adalah tempoh waktu saya mempersiapkan diri menghadapi awal tahun 2018 untuk suami saya menikah lagi. Sudah tentu ia bukan keputusan mudah tetapi saya mendepaninya dengan menghadam nasihat demi nasihat untuk ‘membesarkan jiwa’.

Saya ulang dan ulang hakikat ini dalam benak saya: Suami itu bukan hak mutlak isteri. Anak-anak juga. Harta dan kedudukan. Segalanya adalah pinjaman Allah sebagai ujian penyaring buat kita yang hanya menetap sementara di dunia ini. Kediaman kekal kita adalah di Akhirat sana. I’m longing to be in Jannah with my loved ones.

Banyak penyesuaian perlu dilakukan dengan perubahan jadual suami saya dan juga kehadiran ahli keluarga baru. Acapkali apabila datang bisikan syaitan, saya akan self-talk bahawa Allah akan merahmati dan memudahkan segalanya. Saya fokuskan awal tahun 2018 untuk kerja-kerja jentera pilihanraya di peringkat kawasan bertanding dan juga peringkat Wanita Pakatan Harapan bagi kempen berskala nasional.

Selain daripada itu, saya setkan dalam minda saya awal-awal untuk beradaptasi dengan proses perubahan ini dengan pantas. Secepat yang boleh. Ada isteri yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Saya sematkan dalam diri, ‘I want to adapt faster!’


#2 – Akauntabiliti

Menjadi sebahagian daripada jentera pilihanraya, saya mempunyai enthusuiasm (semangat) yang sangat tinggi untuk membantu Pakatan Harapan mencapai kemenangan. Semboyan siap siaga telah berbunyi seawal 2017. Jika boleh dinukilkan kenangan-kenangan pahit manis kerja kempen pilihanraya, pasti ia layak menjadi bahan rujukan sejarah. Bermula dengan program-program hujung minggu bertemu pengundi, menyemak nama mereka dalam daftar pemilih, berkempen dengan mesej bersasar, menganalisa lorong demi lorong taman perumahan untuk aktiviti mencula undi, menganjurkan sesi bual bicara melalui FB Live, menyiapkan skrip video pendek untuk hebahan media sosial, merakam video, mengadakan latihan PACA (Polling Agent Counting Agent) untuk persediaan hari mengundi hingga lah jadual padat hari demi hari dalam tempoh kempen pilihanraya setelah parlimen dibubarkan. Fuhh! (Cuba baca senafas mesti semput!)

Orang tanya KENAPA? My BIG WHY is always on my kids future. Saya dan suami hanya mahu berjuang sehabis mungkin melawan tirani demi menyediakan masa depan anak-anak kami yang lebih sejahtera. Mendiami bumi Malaysia dengan penuh bangga dan penuh integriti. Proud to be patriotic Malaysian!

Sebab itu, ada ketikanya terasa jemu saban hujung minggu melakukan program yang sama (di lokaliti berbeza) dan terpaksa memikul tanggungjawab jika di saat akhir apabila ada ahli pasukan yang sakit atau tidak dapat hadir bertugas, saya dan beberapa jentera Wanita Amanah di Hulu Kelang tidak boleh tidak mengabaikan tugas yang diberikan. Ada satu waktu saya down, saya menangis mengadu pada suami saya. “Kenapa orang lain boleh beri excuse? Kita dah jemu buat kerja yang sama berulang kali tetap datang bertugas?” 


Saya bersyukur berpeluang mempelajari gerak kerja pilihanraya secara hands-on dari Puan Noraliza, Ketua Wanita Amanah Gombak, yang telah melalui PRU sejak awal 1990an. Beliau yang saya panggil Makcik Nora adalah teladan yang sangat menjaga akauntabiliti tugasnya dengan nilai keimanan yang sangat jitu. Bahawa kita hendak memenangi Pilihanraya demi mendekatkan rakyat pada nilai kebaikan. Keluar daripada kemiskinan, cinta kepada kebaikan dan juga benci kepada perasuah dan rasuah itu sendiri. Selain Makcik Nora, Mama saya juga adalah contoh wanita aktivis yang sangat komited menjalankan tugas. Walaupun beliau seorang isteri calon pilihanraya, Mama tanpa segan silu turun padang berkempen dan juga menjaga Pasar Peduli Rakyat dalam aktiviti hujung minggu kami.

Berbanding kempen PRU 1999, 2008, 2012 (PRU yang saya terlibat sebagai aktivis), PRU14 (2018) mencatatkan sejarah kerana wujudnya satu entiti bernama INVOKE yang digerakkan oleh YB Rafizi Ramli melalui penglibatan beribu sukarelawan warga Malaysia yang bersedia membantu memenangkan Pakatan Harapan. Kerja bersasar dan sistematik melalui penggunaan big data dan juga kerja di lapangan yang dipantau melalui sistem Red Box sangat menarik perhatian saya.

Disebabkan saya membantu gerak kerja di DUN Hulu Kelang, maka saya telah dilantik sebagai Subfield Coordinator rasmi oleh INVOKE. Terima kasih atas pengalaman yang sangat berharga ini! Saya mengenali ratusan sukarelawan yang menawarkan diri membantu di DUN Hulu Kelang. Sebuah pengalaman yang tidak ternilai dan mengajar erti akauntabiliti dalam menjalankan tugas.

Perasaannya tidak ubah seperti bait lagu Jentayu oleh Sheila Majid:
Jentayu
Patah sayap bertongkat paruh
Jentayu
Patah paruh bertongkat siku
Jentayu
Patah siku bertongkat dagu
Jentayu
Patah dagu bertongkat kuku


Pagi 10 Mei 2018, apabila diumumkan kemenangan Pakatan Harapan mendapat mandat sebagai Kerajaan Persekutuan, saya menangis kesyukuran dan bersyukur kerana usaha keras semua orang memang berbaloi! *indescribable*

#3 – Don’t live in our own bubble

Dalam kursus persediaan pengurus kempen pilihanraya yang saya dan rakan-rakan lalui, kami semua maklum bahawa dunia gegak gempita di media sosial sebenarnya berada dalam bubble yang berasingan. Kita dalam dunia politik mungkin merasakan satu negara tahu dan ambil maklum perihal politik. Begitu juga mereka yang dalam dunia atau mempunyai kecenderungan lain seperti hiburan, suka, fesyen, makanan dan lain-lain.

Hakikatnya dengan algorithm Google dan Facebook yang selalu berubah, kita hanya dipertemukan dengan topik-topik tertentu kesan dari pattern klik dan lawatan pada bacaan tertentu sahaja. Menyebabkan kita pusing-pusing akan berada sebatas bubble kecenderungan kita sahaja.

Sedangkan dunia sebenar adalah sangat luas. Sangat rencam dan beragam. Manusia juga mempunyai strata sosial yang berbeza. Walaupun kita dari golongan kelas pertengahan, kita wajar ambil tahu dan tidak hidup sebatas bubble kita sahaja.

Selaku pengguna media sosial yang dikira aktif, saya berulang kali menyatakan pada diri sendiri bahawa ‘ada terlalu banyak kisah dan berita di luar media yang kita lihat dan baca yang tidak dirakamkan.’ Usah tenggelam dengan mereka yang narsistik. The life is not all about me, myself and I.

What can we gain by sailing to the moon if we are not able to cross the abyss that separates us from ourselves? This is the most important of all voyages of discovery, and without it all the rest are not only useless but disastrous. – THOMAS MERTON

(Thrive, by Arianna Huffington)


Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”.

Surah Al Kahfi: 110

#4 – Lapar Ilmu

Tahun 2018 adalah tahun mencabar keupayaan diri saya melatih kemahiran berucap. Menjadi pengacara majlis, moderator forum, penceramah dalam kempen di bandar dan kampung dan juga sebagai panelis forum. Pemilihan saya untuk berucap merupakan sebuah penghormatan ke atas keupayaan dan menambah rasa rendah diri (humbling myself) atas kedangkalan ilmu saya apabila berada sebaris dengan tokoh-tokoh lain yang jauh lebih hebat dari sudut pengalaman dan ilmu.

Setiap kali ditawarkan sebagai panelis, sudah tentu perkara pertama yang saya nilai adalah kebertanggungjawaban saya untuk mengulas topik tersebut. Yang berkata-kata akan diuji. Saya istighfar banyak-banyak kerana gerun membayangkan saya menyeru sesuatu yang saya sendiri tidak lakukan.

Moga 2019 membuka peluang lebih banyak lagi untuk saya memperolehi ilmu baru daripada golongan pemikir, cendekiawan dan aktivis di lapangan.

#5 – Kapasiti dan Integriti

Menerima amanah sebagai Ahli Majlis di Majlis Perbandaran Selayang mulai Julai 2018 benar-benar menguji saya perihal Quwwah (Kapasiti/Keupayaan) dan Amanah (Integriti). Menggalas tanggungjawab ini bermakna saya perlu menambah pengetahuan berkaitan skop tugas sebagai Ahli Majlis dan juga Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon, punca kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang, ketegasan dalam mendepani warga yang melanggar undang-undang dan menyebabkan kacau ganggu dalam masyarakat. Ini belum termasuk dalam perihal negosiasi menyelesaikan aduan setempat dan mencari jalan penyelesaiannya.

Jika tindakan tidak diambil secara saksama, rakyat akan terus menuduh saya ada kepentingan dan berat sebelah. “Ada terima apa-apa ke Puan?” soalan dengan nada sinis. Atau, “Sama je PH dengan BN ni rupanya!”

Rakyat hanya mahu masalah mereka diselesaikan. Tidak semua tahu dan faham hiruk-pikuk yang berlaku. Tetapi dalam masa yang sama, saya memahami proses kerja boleh ditambahbaik supaya lebih efisyen dan kompetensi penjawat awam menyelesaikan aduan ditingkatkan.

Longkang tersumbat.
Bumbung kedai bocor.
Sampah tidak dikutip.
Rumput panjang.
Jalan berlubang.
Permit berniaga lewat diluluskan.
Saya kena kompaun, boleh dapat pengurangan?

Paling best, “Puan….boleh tolong tak?”
Saya baru 6 bulan bertugas. Doakan saya terus Quwwah dan Amanah!

The greatness of a man is not in how much wealth he acquires, but in his integrity and his ability to affect those around him positively.

Bob Marley

#6 Kepimpinan adalah tentang Kepercayaan

Pasca kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU14 menyaksikan ramai pimpinan Parti Amanah Negara diberi kepercayaan memegang jawatan sebagai Menteri dan Timbalan Menteri kabinet. Tidak kurang juga pimpinan negeri yang memenangi kerusi DUN dilantik sebagai EXCO. Di peringkat kerajaan tempatan pula, aktivis parti yang telah disaring kemampuan dan kelayakan dilantik sebagai Ahli Majlis.

Sekitar bulan Jun hingga Ogos adalah tempoh yang tegang kerana banyak penyesuaian pimpinan kami dalam kerja-kerja dalam kerajaan. Tidak semua permintaan dan pertanyaan ahli dan aktivis di bawah dapat dijawab dengan mudah.

“Apa hala tuju parti?”
“Kami di negeri kalah ni bagaimana?”

Jika saya berada di posisi tertinggi sebegitu saya tidak mampu bayangkan betapa beratnya bahu memikul tanggungjawab. Leadership is all about earning the trust. Membesarkan zon selesa (safe zone) untuk ahli di bawah memberikan kepercayaan kepada pemimpin. Ini bukan kerja mudah. Tapi saya tabik pada kepimpinan tertinggi parti yang tebal telinga dan hati mendepani kritikan ahli-ahli. Moga dalam semangat demokrasi, kita suburkan kepimpinan berasaskan kepercayaan. Thiqah. Trust.


The natural human inclination is to come together, combine our talents, seize the opportunities and attack the danger. When we don’t trust each other, we work against each other to protect ourselves.

Leaders Eat Last, by Simon Sinek

#7 – Hargai momen

Januari 2018 ke 31 Disember 2018 sebenarnya adalah tempoh yang cukup pantas berlalu. Day in, day out. Banyak perkembangan berlaku. Tanpa sedar, anak-anak kami membesar dan saya tidak mahu terlepas momen-momen penting mereka.

Cabut gigi.
Sebut 5 patah perkataan dalam satu ayat.
Tidak lagi memakai diapers.
Minum susu dari cawan bukan dengan botol.
Masuk tadika.
Anak ada hobi baru.
Buat IC.
First crush (will be my secret-SEALED!).
Ajar anak memasak.
Dan banyak lagi.

Oleh itu, saya seboleh mungkin akan memastikan komunikasi kami lancar. Jika tidak berpuas hati dengan Umi Abi, nyatakan setelusnya.

How do you feel?
Sedih?
Gembira?
Marah?


لِرَبِّكَ عليك حَقًّا، وإِنَّ لِنَفْسِكَ عليك حَقًّا، ولأهْلِكَ عليك حَقًّا

. فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ 

“Sesungguhnya Rabbmu mempunyai hak atas dirimu, badanmu mempunyai hak atas dirimu dan keluargamu (istrimu) juga mempunyai hak atas dirimu. Maka, tunaikanlah hak mereka.”
(Kata-kata Salman r.a. terhadap Abu Darda’ r.a yang bersifat zuhud melampau dari dunia)

#8 – Pause, and Reflect

Dalam era high-speed, overloaded information dan overconnected, smartphone mengubah cara hidup kita. Saya juga tidak dinafikan juga mangsa ketagihan smartphone kerana ada puluhan whatsapp grup, dengan sebahagiannya hanya forward info yang belum disahihkan lagi, atau info berulang dalam beberapa grup dan juga notifikasi respon di media sosial.

Carl Honore dalam ‘In Praise of Slowness’ menyatakan:
“Speed can be fun, productive and powerful, and we would be poorer without it. What the world needs, and what the slow movement offers, is a middle path, a recipe for marrying la dolce vita (the sweet life) with the dynamism of the information age. The secret is balance: instead of doing everything faster, do everything at the right speed. Sometimes fast. Sometimes slow. Sometimes in between.”
(Dipetik dari Thrive oleh Arianna Huffington)

Saya perlu belajar untuk pause and reflect. Meluang waktu bersendiri di keheningan subuh. Memandu kereta dan merenung langit. Berjalan kaki tanpa kasut di atas rumput. Deep conversation dengan suami, teman hidup paling akrab, perihal kehidupan dunia dan akhirat.

Saya tidak mahu jatuh sakit kerana stres yang tidak perlu. Saya perlu sayangi diri saya untuk berstamina panjang membantu orang lain dan memberi bakti yang terbaik untuk umat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s