Jawatankuasa Penduduk Zon 3 MPS (2018-2020)

Alhamdulillah lega dan ringan sikit, selesai laksana mesyuarat pertama Jawatankuasa Penduduk Zon 3. Walaupun tidak semua hadir kerana ada yang masih di tanah suci mengerjakan ibadah haji, saya gembira dapat mempertemukan warga tempatan yang sangat prihatin tentang hal setempat.

Terima kasih tidak terhingga buat Tuan Puan yang sudi menerima lantikan saya dan bersedia untuk bekerjasama sebagai sebuah pasukan. Saya sengaja mempelbagaikan latar belakang AJK. Ada aktivis parti, Ketua kampung, AJK persatuan penduduk, orang kuat surau, anak muda dan wanita!

Terima kasih buat supporter tegar saya @ammarmohdzain yang menemani, yang setup meja refreshment, yang setup lcd, yang kuncikan pintu dewan, yang ambil gambar dan paling penting jadi observer dan commentator. Mana nak dapat orang lelaki macam ni kan? Kan?

Ayuh kita bekerja! My teammates;Hj Salman, Hj Amran, Hj Rosli, Hj Syed, Hj Amin, Hj Zuhudi, Dr Dalila, Kak Yana, Najib, Joe dan Panji.

#anfaalmpsjourney