We survived First Eid!

[Disclaimer: Penulisan ini adalah bertujuan sebagai muhasabah diri penulis, tiada niat untuk merasakan pengalaman penulis adalah lebih baik daripada sesiapa. Ambil yang jernih ya *peace]

img_20180615_101508.jpg

Aidilfitri 1439H adalah sambutan lebaran pertama saya, suami dan ahli keluarga baru kami, Hajar a.k.a madu saya. Fitrah bergelar isteri pertama dan menjadi isteri tunggal suami saya selama hampir 16 tahun, muncul pelbagai kekhuatiran dalam diri saya seawal 1 Ramadhan lagi. Apa? Ya! Satu Ramadhan lagi sudah gundah gulana memikirkan bagaimana sambutan eid tahun ini dengan kehadiran orang baru, spesifiknya isteri baru suami saya.

“Abang, raya nanti macamana?” nada suara bertanya pun sudah berjaya dihidu suami saya.
“Kita nak semua positif kan? Jadi kena fikir semua nak jadi positif, maka akan jadi positif.” jawab suami saya tegas.
“Hmm..” balas saya perlahan, ada bunyi setuju dalam memberontak (the typical Anfaal..sorry!)
“Mana Abang pergi, semua kena ikut.” jawapan yang melegakan saya dan satu solusi yang jelas kepada persoalan yang bermain-main dalam fikiran saya.

JAUHI PRASANGKA

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا اجتَنِبوا كَثيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعضَ الظَّنِّ إِثمٌ
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa…” (Al-Hujuraat: 12)

Secara prinsipnya semua orang tahu dan maklum bahawa berprasangka itu DOSA. Tetapi secara teknikalnya dalam kehidupan berpoligami, perkara ini akan mendatangi jiwa isteri tanpa diminta. Syaitan akan sentiasa berbisik dan nafsu menguasai jiwa (tepatnya: Nafsu Lawwamah, nafsu yang berbolak balik) pada isteri-isteri. Berprasangka yang bukan-bukan dan dalam perihal yang tidak pasti.

“Kalau tahun ini dia dapat giliran dua hari berturut malam raya, tahun depan macamana?”
“Tahun depan Abang pun tak tau, yang tu kita bincang tahun depan. Boleh?”

Boleh bayangkan tak teguh dan kukuh emosi suami saya melayan persoalan-persoalan yang melibatkan permainan perasaan yang berpunca daripada prasangka? Tapi itulah suami saya yang Allah berikan kelebihan untuk mengendalikan secara bijaksana. Konsisten yang konsisten. “Kita bincang bersama tiga orang, sesiapa nak ubah plan pun bincang balik tiga orang. Elakkan prasangka buruk dan jangan menilai niat seseorang.”

Dalam banyak-banyak perkara, saya kira ujian berprasangka ini lah yang selalu mendatangi hati isteri-isteri. Biasanya saya tepis dengan mengalihkan perhatian pemikiran kepada perkara lain dan juga melawan dengan zikrullah. Ada masa saya menang, ada masanya saya tewas.

“I am consumed by jealousy”

Dari mana munculnya prasangka? Perasaan cemburu. Cemburu itu dibenarkan, tetapi cemburu yang melampau itu akan memakan diri. Saya pernah meminta suami saya mendoakan saya agar disingkirkan secara total perasaan cemburu dalam hati. Tetapi suami saya menyatakan tiada langsung cemburu itu pula tidak fitrah bagi mana-mana manusia. Adanya perasaan cemburu juga menandakan perasaan sayang. Sikit cemburu boleh. Lebih-lebih tak boleh!

Disebabkan saya seorang yang ekspresif, suka pun cakap, tak suka pun cakap. Gembira pun jelas nampak, marah pun lagi ketara. Jika cemburu melanda diri saya, saya akan luahkan setelus dan sejujurnya pada suami saya.
“Abang jangan perlecehkan perasaan Anfal. Do not ridicule my feeling!
“Iyer. Dengar. Faham.” Hihi…kesian suami saya kan? Tak mengapalah..banyak pahala dia bersabar melayan isteri.

Cemburu ini kalau difikirkan secara keterlaluan macam keanak-anakan pun ada.
Contoh: Cemburu bau baju suami guna detergent lain daripada biasa, siapa dapat duduk di kerusi sebelah pemandu terlebih dahulu. Dan macam-macam lagi.

Solusi suami saya selalunya sejahtera untuk semua.
“Ok. Kita guna pencuci sabun sama untuk semua! Lol!”
“Umar duduk depan. Umi Mama duduk middle row.”

AKTIVITI KELUARGA BERSAMA

Sebab itu dalam membina keluarga poligami yang harmoni, aktiviti secara bersama sebagai sebuah keluarga perlu banyak diwujudkan. Sebagai contoh (mungkin tidak sesuai untuk semua keluarga poligami), rumah utama saya dan suami dijadikan central kitchen dan tempat laundry. Aktiviti memasak, makan bersama keluarga, mencuci dan menjemur baju, dan juga solat berjemaah bersama dilakukan di sini. Kesepakatan ini dicapai hasil perbincangan sebelum Hajar menyertai keluarga kami. Kata kuncinya adalah SYURA (berbincang dengan telus). Alhamdulillah setakat ini (selepas 6 bulan), keserasian itu ada.

IMG-20180618-WA0047

Saya selalu nyatakan kesyukuran saya pada suami dan Hajar tentang keserasian ini. Kami akan lakukan sesi muhasabah, walaupun tidak terlalu kerap, bagi membantu menyemak sebarang perasaan tidak puas hati dan perkara-perkara yang perlu ditambahbaik dalam pengurusan harian keluarga. Sebenarnya, dalam keluarga nukleus saya, suami dan lima orang anak-anak kami, perkara ini sudah biasa dipraktikkan. Bezanya, sekarang sudah bertambah seorang lagi ahli dewasa dalam keluarga. Dan perbincangan perlu dilakukan dengan fikiran terbuka dan jiwa yang lapang.

ADIL DALAM PERGILIRAN

Giliran bermalam dibincangkan bersama oleh saya dan Hajar. Jika telah capai kata sepakat, kami akan kongsikan jadual giliran di dalam grup whatsapp kami bertiga. Suami saya akan akur dan tidak mengubah jadual sesuka hatinya. Sekiranya terdapat sebarang perubahan disebabkan keterlibatan saya dalam aktiviti politik yang menuntut suami saya menemani saya, saya dan Hajar akan tukar suka sama suka. Variable lain yang diambilkira dalam penyusunan ini adalah anak-anak.

Anak-anak kami pada awalnya akan bertanya hampir setiap hari, “Malam ini giliran Umi ke Mama?” Saya yang akan menjawabnya saban kali ditanya soalan tersebut. Lama-kelamaan saya menulis jadual giliran mingguan di papan putih besar di bilik utama. Siapa yang bertanya, saya hanya menjawab, “Tengok kat whiteboard. Umi dah tulis siap-siap.” Lebih menghiburkan, setiap giliran yang telah berlalu, Zulfa yang paling excited untuk tanda ( / ) pada hari tersebut. “Umi kenapa tak tanda right lagi? Zulfa tandakan ya!?”

Setakat ini alhamdulillah semua dapat kami urus dengan baik. Jika tergigit dan terasa itu lumrah.

TIADA CAMPUR TANGAN LUAR

Saya juga nyatakan kesyukuran sedalam-dalamnya pada suami saya apabila urusan keluarga kami tiada campur tangan pihak luar, baik ahli keluarga lain dari mana-mana pihak ataupun kenalan. Tiada unsur ‘mencurah minyak ke dalam api’. Kata-kata yang mendamaikan sahaja terbit keluar daripada Mama saya. Terima kasih Mama, you are truly a gem!

“Semua orang kena tolak-ansur. Hajar mesti orang yang baik. Kalau tak, dia takkan masuk dalam famili kita.”
“Nak join family day? Ajaklah! Ok je..”

Itu antara respon Mama saya. Dan Mama tidak pernah bertanya-tanya dan cuba mengorek bagaimana keadaan kami. Tidak pernah.

Seperti yang selalu dinasihatkan suami saya, “kita settle sesama kita bertiga, settle kan anak-anak, insyaAllah semua OK.”

HARI RAYA #DAY1

Memandangkan ini adalah hari raya pertama kami raikan bersama, suami saya membuat ketetapan bahawa kami semua akan raikan bersama-sama tanpa ada sesiapa pun yang akan ditinggalkan. Pagi Eid, kami ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat sunat Eid bersama-sama. Pulang ke rumah kami bersarapan dan kemudian bersalaman. Sesi bersalaman: 1) anak-anak dengan Abi, Umi dan Mama, 2) kemudian diikuti dengan Umi Mama dengan Abi dan 3) diakhiri dengan salam mohon kemaafan Umi dan Mama. Walaupun ringkas, tapi saya berdoa sesi sebegini akan mengeratkan hubungan kami sekeluarga.

Salam
Sesi bersalaman. Tiada drama air mata tau!

Perjalanan pagi dimulakan dengan menziarahi keluarga saudara sebelah ayah saya dan syukur tidak terhingga kerana kehadiran Hajar diraikan secara positif oleh adik-beradik, sepupu-sepupu dan pakcik makcik saya. Saya nyatakan pada suami, “Kita perlu wujudkan suasana yang selesa untuk Hajar. She’s part of the big family.”

35648717_10212003781358915_6674392123015430144_n.jpg
Bersama Ayah Mama dan adik beradik saya di Meru

Petangnya kami ke rumah emak Hajar (alhamdulillah kami semua orang Lembah Kelang jadi tiada isu kampung jauh di luar kota) dan saya juga perlu menyesuaikan diri dengan ahli keluarga Hajar. Di situlah pentingnya ‘give and take’. Toleransi tahap tinggi.

HARI RAYA #DAY2

Pagi hari raya kedua kami bertolak ke Tampin untuk menziarahi saudara suami. Disebabkan kesesakan jalan raya, kami mengambil masa 4 jam berbanding tempoh biasa 1 jam setengah sahaja untuk tiba di Tampin dari Kuala Lumpur. Malamnya kami menginap di rumah percutian keluarga suami di Port Dickson.

20180616_163514
Bersama keluarga Pak Anjang suami saya di Tampin

Bawa bekal makanan siap-siap dari rumah dan hanya panaskan sahaja. Tidak perlu keluar kerana kebiasaannya banyak kedai masih belum dibuka. Jika ada pun, ramai yang beratur panjang.

HARI RAYA #DAY3

Selesai sarapan pagi di warung berhampiran, kami menuju ke kediaman keluarga angkat anak sulung kami, ‘Umar, di Paya Lebar, Melaka. Agak melucukan kerana apabila Umar ditanya oleh bapa angkatnya, “Yang mana emak Umar.” Umar tunjuk kepada Hajar dan saya. “Ini emak, ini pun emak.”

20180617_123517
Bersama ibu bapa angkat ‘Umar, Hj Abdul Razak dan isteri

Malamnya kami berkumpul di rumah adik suami dan sesi bertemu ibu bapa mertua dan semua adik beradik sebelah suami saya.

20180617_215600.jpg
Bersama ibu bapa mertua saya

HARI RAYA #DAY4

Hari keempat kami peruntukkan masa untuk menziarahi saudara Hajar di Hulu Langat dan Kajang. Pada mulanya saya berasa janggal kerana mereka semua pertama kali saya kenali. Namun, saya cuba sesuaikan diri dengan berbual dan berkenalan dengan ahli keluarga Hajar dan alhamdulillah tiada sebarang insisden ‘tarik muka’ berlaku. Selama ini saya sahaja yang selalu berimaginasi..haha

This slideshow requires JavaScript.

Malamnya adik-adik saya yang masih berada di Kuala Lumpur mengajak kami menziarahi pakcik dan makcik kami di Prima Damansara. Terkejut pakcik saya kerana dia tidak mengetahui berita poligami keluarga kami. Namun semua keluarga menerima Hajar baik-baik sahaja.

——-
YES! We survived FIRST EID together!!! Alhamdulillah.

Secara teknikalnya begitulah test-and-measure (uji dan ukur) kami. Saya ada memberi muhasabah pada suami saya bagaimana sambutan hari raya dapat berjalan dengan lebih lancar lagi. Seperti biasa, suami saya menerima dengan terbuka dan menafikan sebarang prasangka-prasangka buruk yang ada.

Terima kasih Abang kerana berlaku adil, saksama dan menyantuni kami dengan penuh kasih sayang.
Terima kasih Hajar kerana selalu matang dan tenang saat saya beremosi.

Tiada siapa meminta untuk berada di dalam keluarga poligami. Ia bukan norma dan satu pemaksaan kepada sesiapa. Tetapi sekiranya ia berlaku, hadapilah dengan beberapa ramuan penting:
1. Penuh rasa keimanan bahawa dunia ini sementara, akhirat kekal selamanya
2. Toleransi
3. Percaya
4. Sabar
5. Suburkan rasa kasih sayang

Apa yang isteri-isteri TIDAK BOLEH lakukan:
1. Mengadu domba pada pihak luar yang tidak mungkin faham situasi sebenar antara 3 orang
2. Menulis di media sosial ketika dalam keadaan marah atau beremosi
3. Melayan perasaan cemburu dan prasangka berlebihan. Jika tidak puas hati, nyatakan terus pada suami, usah pendamkan perasaan.

Doakan yang baik-baik sahaja buat kami okay!

6 thoughts on “We survived First Eid!

  1. kak anfaal, your family is always an inspiration. moga sentiasa dalam jagaan dan kasih sayang Allah. looking forward untuk ziarah family akak

    Like

  2. Kak rin sorang jelah yg tertinggal train… hahaha lawak toi terkejut beruk tak tahu Anfal ada madu… nampak sgt k rin ni sgt naive kan… i am very proud of the way you managed your feelings, action and positivity. Show the best of polygamy. When you put love to Allah swt above everything, love to human is no longer a priority.

    Like

  3. Salam Sister Anfaal….
    Masha Allah Tabrakallah am very inspired.
    Saya juga survived my first Eid bersama madu saya.. saya isteri pertama dan hari raya kedua saya menjemput madu dtg rumah, embraced her,pakaian sedondon and siap naik satu kereta lagi… pada hari sebelumnya rasa waswas dan barrier terhadap madu saya. doakan kami juga ye. i hv sens out frd request on ur fB.
    Keep it up the positive stories Sister ….

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s