Wanita, Jangan jadi Toksik

march 8.jpg
Click for Source

8 Mac adalah sambutan Hari Wanita Sedunia dengan tema #PressForProgress dipilih sebagai tema 2018. ‘Menggesa Kemajuan’ adalah terjemahan bebas yang saya kira paling sesuai untuk digunakan dalam perbincangan hari ini.

KEMAJUAN

Saya dan suami percaya pada meraikan kemajuan prestasi perkembangan anak-anak kami. Tidak mengapa jika penggal ini keputusan Matematik D (dengan usaha yang terbaik bukan langsung tak belajar), yang penting ada peningkatan atau kemajuan dalam penggal akan datang minima dapat C atau B. A itu BONUS! Anak-anak kita harus dididik untuk sentiasa berusaha meningkatkan diri. Bukankah hidup ini akan sentiasa didatangi cabaran dan ujian. It is resiliency and grit that will take you further. Tonton TED Talk menarik tentang ‘Grit’ yang telah ditonton lebih 13 juta di SINI.

Yang penting bergerak, laju atau perlahan tidak begitu signifikan, kerana air yang tidak mengalir itu akan membusuk dan berpenyakit, bukan? Jika boleh berlari, berlarilah. Jika hanya boleh berjalan, berjalanlah. Malah jika terpaksa merangkak, merangkaklah. (boleh bayangkan orang yang mengaji merangkak-rangkak — walaupun dia dalam keadaan duduk, perit dan payah tapi terus ada kemajuan!)

Meraikan Pencapaian (Celebrate Achievements)

Anak No. 1:
Alhamdulillah, anak sulung kami, Umar, mula berjinak-jinak dengan program debat Bahasa Inggeris dan mewakili pasukan debat sekolah seawal Tingkatan 1. Seingat kami, tidak pernah kami lorongkan minatnya ke situ. Ia muncul sendiri. Kami berikan dorongan dan sokongan untuk Umar menyertai pelbagai acara pertandingan debat.

Dek kerana minat, pernah sekali Umar mengambil inisiatif sendiri untuk menyertai pertandingan debat di Kolej Yayasan Saad di Melaka. Urusan perjalanan dan tempat tinggal semua Umar dan tim uruskan sendiri. Perbelanjaan perlu ditanggung sendiri kerana mereka tidak mewakili sekolah secara rasmi. Tidak semua yuran debat kami bayarkan. Ada sebahagiannya suami saya mencabar Umar untuk menjana duit tambahan sendiri untuk membayar sebahagian yuran. Kami subsidi sebahagian lain. Kini Umar di Tingkatan 4, mula menjadi coach melatih pendebat junior. Kami bersyukur dan kagum melihat Umar turut sama meraikan pencapaian juniornya. Again, press for progress!
Ulya n friends.jpg

Anak No. 2:
Ulya anak remaja perempuan kami ini seorang yang sangat determined jika mahukan sesuatu. Genetik Abi sangat kuat pada dirinya. Dia suka seni kraf, belajar muzik (banyak kali minta Umi belikan second-hand keyboard tapi Umi masih berkira-kira), aktiviti ko-kurikulum kadet remaja sekolah, baking, masuk acara sukan (kalau boleh macam nak masuk semua: badminton, bola jaring, balapan). Bab akademik memang boleh bikin dia stres (walau pun Ulya seorang “straight-A student“). Kadangkala Ulya sangat teruja apabila mengetahui satu fakta baru Sains. “Ulya tahu dari mana?” Jawabnya, “Ulya baca kat internet.” Sekali lagi saya nasihatkan dia untuk tingkatkan prestasi dan bukan hanya meletakkan sasaran untuk berada di No. 1.

Again, press for progress! Ia bukan tentang mencapai kesempurnaan tetapi yang lebih utama dan terpenting adalah membentuk sikap untuk tidak putus asa dan berusaha untuk maju. Kaizen!

IMG_20171223_085533.jpg

Anak No. 3:
Ulwan, tahun ini akan berumur 12 tahun, mengamati perkembangan Abang Umar dan Kakak Ulya. Suami saya selalu berbual dengan mereka, “Abi raikan semua bakat anak-anak. Setiap orang ada kelebihan masing-masing.” Ketika di Tahun 5, kami dedahkan dengan pertandingan catur kebangsaan anjuran KIMMA selepas mengesan bakatnya bermain catur ketika melawat ibu saudaranya. Main dengan uncle mesti dia menang!

Walau pun penyertaan pertama dalam pertandingan catur disulami dengan air mata (kerana Ulwan hanya menang 2 pusingan berbanding 7), kami cabar Ulwan untuk terus menyertai pertandingan lain dan meningkatkan diri untuk memenangi 3 atau 4 pusingan dalam setiap pertandingan. Setakat ini pencapaian tertinggi adalah memenangi 4 daripada 7 pusingan penuh dalam sesebuah pertandingan. Sekalung penghargaan buat suami saya yang gigih menemani Ulwan dalam setiap pertandingan sekiranya pertandingan bertembung dengan program saya pada hujung minggu.

Terkini, bersempena dengan pertandingan catur di peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah Gombak, guru sekolah Ulwan mengadakan syarat bagi mana-mana pelajar yang ingin menyertai acara tersebut perlu bertanding dengan Ulwan dahulu. (kembang kempis hidung Si Ulwan ketika menyampaikan berita gembira tersebut pada kami) Again, press for progress!

IMG-20170607-WA0060.jpg

Anak No. 4:
Zulfa, anak perempuan kedua kami berada di Tahun 2, agak manja dengan kami. Hatinya lembut dan penyayang. Kecenderungannya adalah pada aktiviti melukis. Mengajarnya Matematik (apa lagi dengan soalan KBAT sekarang ini) bikin Umi berguling di atas lantai kerana sukarnya membuat dia faham. Saya selalu melahirkan kerisauan saya pada suami dengan keupayaan Zulfa dalam pelajaran. Kadang-kadang blurr, jawab faham, tapi bila melakukan homework banyak yang dia tidak tahu. Suami saya kata, “Jangan risau sangat. Mungkin belum sampai critical time dia. Kita jangan pressure dan fikir negatif tentang dia.”

Baru-baru ini saya daftarkan Zulfa ke kelas berenang. Ini kerana saya khuatir dengan tangisnya setiap kali acara renang bersama keluarga. Zulfa hanya akan bermain di tepian kolam, walaupun kami telah bekalkan pelampung. Saat mengetahui saya mendaftarkannya ke kelas renang, tampak susah hati dan takut pada wajahnya. Saya ajak Zulfa laungkan ‘affirmative yell’ bersama saya, “I am brave! I am confident! I can swim!”..Namun tetap Zulfa berasa tidak yakin diri.

Pada hari pertama kelas renang, saya minta Ulwan menemani Zulfa memulakan latihan renang bersama guru sementara saya parkir kereta dan mengangkat barang ke kolam renang. Setengah jam juga urusan saya. Setibanya saya di kolam, guru renang memuji Zulfa telah mula yakin diri dan berupaya berenang hingga ke tengah kolam. Wow! Ini satu kemajuan! Sehingga kini, setelah tiga kali kelas, Zulfa nampak lebih yakin diri dan teruja untuk menghadiri kelas renang akan datang. Again, press for progress!

IMG_20170901_115908.jpg

Anak No. 5:
Yasmin kami yang baru berumur 3 tahun itu kami raikan dalam kemajuannya: tidak pakai diapers, tidak minum susu dahulu sebelum makan, hulur tangan minta maaf jika bergaduh dengan kakak (dengan Zulfa biasanya), ucap terima kasih apabila menerima sesuatu, tidak menjerit-jerit apabila mahukan sesuatu dan seribu satu macam lagi yang berkait dengan seorang toddler. Semua ini pencapaian yang perlu kita raikan!

——–
WANITA, Jangan jadi Toksik!

Terlalu banyak kisah wanita yang hebat di barisan hadapan kepimpinan dalam pelbagai arena yang mendapat sokongan ahli keluarganya. Antara tokoh hebat yang pernah saya temubual dan bersemuka adalah Dato’ Maimunah Mohd Shariff, Datuk Bandar Pulau Pinang yang mendapat sokongan padu suaminya. Terkini, beliau terpilih sebagai Executive Director of the United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat).

Dato Maimunah
Dalam wawancara tersebut, beliau berkongsi bagaimana suaminya yang menjaga urusan dua orang anak perempuannya di saat beliau sedang sibuk menguruskan persiapan Pulau Pinang untuk pengiktirafan sebagai salah satu World Heritage City. Keretanya menjadi wardrobe bergerak!

Tidak kurang juga wanita yang bangkit kerana menjadi mangsa penindasan suami yang tidak bertanggungjawab, turut menjadi sosok wanita yang hebat dalam meningkatkan kemajuan diri dalam hidupnya.

Namun, percayakah kita semua, yang menghalang kemajuan wanita juga terdiri di kalangan golongan wanita sendiri! “Bukankah dia juga seorang wanita seperti aku? Bukankah dia patut lebih empati?” 

Maka, saya menulis untuk mengajak semua pembaca khususnya wanita untuk tidak menjadi toksik dalam kehidupan seorang wanita lain. Buang jauh-jauh PHD (penyakit hasad dengki), jatuh-menjatuhkan atau minima tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak membantu meningkatkan kemajuan seorang wanita.

Di dalam apa jua arena pekerjaan, wanita berkarier, suri rumah mahupun aktivis, penyakit tidak menghargai pencapaian wanita lain adalah lumrah.

“Alah! macam bagus sangat!”
“Anak kita ok je takde komplen pun!”
“Tu buat kerja bagus mesti nak ampu bos!”
“Makan minum tak ambil gula enjoy ke hidup?”
“Jadi surirumah kan free banyak masa, takkan itu pun tak boleh buat?”
(senarai panjang lain boleh tambah sendiri ya)

toxic-people-475x400
Sumber Imej

Pendek cerita, wanita juga lah antara penyebab wanita lain tidak diberi ruang dan peluang untuk maju. Bukankah lebih membahagiakan jika kita memahami hakikat rezeki setiap wanita telah tertulis? Tidak diawalkan tidak dilewatkan. Yang penting ikhtiar dan tawakkal. Dan tidak pula menyalahkan takdir. Malah budaya persaingan sihat itu wajar dan perlu dihidupkan, bukan dengan cara menghalang dan menyekat kemajuan wanita lain tetapi memberi ruang terbuka dan bermain di gelanggang dengan penuh demokratik.

“You don’t have to LIKE a person, BUT don’t be HOSTILE”

Dalam proses taaruf dengan bakal isteri kedua suami saya, Hajar (sekitar September hingga Disember 2017), saya mendapatkan nasihat daripada beberapa wanita yang berpengalaman; baik yang mempraktis keluarga poligami atau yang mengendalikan kes poligami.

IMG_20171017_102446_01.jpg

 

Saya ucapkan penghargaan setingi-tingginya buat Makcik Laili Ismail (yang telah berkeluarga poligami lebih 20 tahun) dan juga Kak Fadhlina Sidek (peguam dan feminis Islam). Dalam pertemuan saya dengan Makcik Laili di pejabatnya, pelbagai perkara yang dikongsi dan ground rules berkaitan kehidupan berpoligami. Antara yang tidak mungkin saya lupa adalah,

“Take it easy. After all, kita hidup untuk Akhirat. Syariat Islam tak suruh pun kita mesti berbaik dan suka dengan isteri suami kita, kalau kita tak nak sebab alasan cemburu, tapi jangan berkasar. Don’t be hostile.

Nasihat Makcik adalah nasihat membina dan bukan meletakkan persepsi negatif yang menggerunkan. Itu adalah sikap sebenar wanita yang mahu membantu wanita lain. Ia sangat membantu saya secara moral dan emosi. Terima kasih Makcik!

Mck Laili
Sesi konsultasi dengan Makcik Laili

Meletakkan diri saya dalam kasut seorang wanita lain yang berumur 40 tahun dan tidak berpeluang menjalani kehidupan bersuami dan mempunyai zuriat sendiri, saya cuba menyelami perasaan Hajar. Timbul rasa ehsan padanya. Maka saya bertekad, dengan mengambil pesan nasihat Makcik Laili, minima saya tidak mahu benci pada sesiapa. Saya hanya mahu bina keluarga yang harmoni. Hidup tak nak gaduh-gaduh dengan orang, nanti sakit jiwa!

Press for progress! Saya hanya mahukan sebuah kemajuan yang positif dalam masyarakat, bukan menambah satu lagi keruntuhan. Kerana institusi kekeluargaan kita sudah cukup parah dengan pelbagai masalah dek tiada rasa tanggungjawab dan qawamah seorang lelaki dan iffah seorang wanita. Enough is enough!

[ Disclaimer: Saya tidak mempromosi perkahwinan poligami ye 🙂 ]

Nasihat dan pandangan Kak Fadhlina, atau saya panggil Kak Fadh, saya terima dengan lapang dada. Tidak sempat bersemuka walaupun banyak kali kami cuba mengatur temujanji tetapi tidak berjaya. Hanya perbualan lewat whatsapp sahaja. Sekali lagi pesanan seorang wanita yang prihatin tentang wanita lain sangat saya hargai. Jazakillah Kak Fadh! I owe you a ‘ngopi’ session!

Tidak kurang juga pengalaman saya berhadapan wanita yang tidak membantu dengan mengeluarkan kata-kata yang mengguris perasaan. Apa yang saya lakukan adalah merespon dengan seketul emoji (jika perbualan melalui whatsapp) atau mengalihkan perbualan dan berlalu pergi. Qaluu salaama..

Wanita, kita ada kuasa untuk memilih: Mundur atau Maju! Kebanyakan perkara yang membentuk diri kita ditentukan oleh keupayaan memilih perkara paling penting untuk difikirkan dan diberi tumpuan untuk tindakan ATAU membiarkan perkara negatif mengganggu emosi berlalu pergi.

Pilihan di tangan KITA!

Press for Progress NOT Regress!

Selamat Hari Wanita Sedunia 2018!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s