Wanita Rebel dalam Taat (2)

Pesan ayah: “Kehidupan itu lebih besar daripada politik… Politik adalah satu juzu’ kecil sahaja daripada seluruh kehidupan”. Kehidupan itu ada pada hubungan sebenar kita dengan orang-orang yang kita kasihi. Suami, anak-anak dan menyiapkan perbekalan untuk kehidupan di Akhirat, alam yang kekal abadi. “Faham Ayah,” saya mengangguk tanda setuju walaupun ada sedikit ‘rebel’ dalam hati.

Don’t Settle for Ordinary

Iklan kemasukan pelajar baru ke Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang saya dengar di radio berulang-ulang menggunakan mutiara kata ini, “Don’t Settle for Ordinary!” Ayat mudah faham adalah, ‘Usah berpuas hati sekadar menjadi yang biasa-biasa.’ Kita (baca: wanita) selalu teruja melihat wanita-wanita berjiwa kental yang diangkat namanya dalam sejarah, mahupun yang masih hidup sehingga hari ini sebagai bukti nyata bahawa ada sesuatu yang istimewa dalam diri seorang wanita untuk bangkit memperjuangkan apa yang diyakininya. Berani, kental dan tidak mudah mengalah. Wanita-wanita extraordinary ini berpegang pada satu sistem kepercayaan (belief system) yang jitu.

… ada sesuatu yang istimewa dalam diri seorang wanita untuk bangkit memperjuangkan apa yang diyakininya…

Saya kongsikan pelajaran yang saya perolehi daripada beberapa tokoh wanita extraordinary ini, yang saya bertemu mata dan berbual langsung dengan mereka.

YB Hannah Yeoh

Pertemuan pertama saya dengan beliau pada tahun 2013 di Dewan Muktamar Pas, Taman Melewar dalam sebuah majlis kenduri pimpinan Pakatan Rakyat (saya tidak ingat siapa). Mama saya yang begitu teruja memperkenalkan saya dengan beliau yang baru sahaja melahirkan anak kedua dan juga dipilih sebagai Speaker wanita pertama Dewan Undangan Negeri Selangor pada Jun 2013. Sejujurnya saya tidak mengikuti perkembangan beliau dan tidak begitu mengetahui siapa ibu muda bernama Hannah Yeoh ini.

Pada tahun 2014, Ayah meminjamkan saya buku tulisan Hannah Yeoh bertajuk “Becoming Hannah: A Personal Journey” dan saya membaca perjalanan hidup beliau sebagai pelajar jurusan undang-undang, menjadi penganut Kristian yang taat dan berpegang kepada nilai takut pada Tuhan dan akhirnya menyertai medan politik melalui Democratic Action Party (DAP). Satu penghormatan buat Ayah kerana dipinta untuk menulis komentar atau testimoni untuk dipapar pada ‘blurb’ (bahagian kulit belakang buku) tersebut.

Ini coretan Ayah: “Hannah’s story is not only about politics. It is about spiritual journey of self-discovery. It is also about the role of values and faith in public office. Hannah’s Christian convictions show us how faith is a prime mover for righteousness, justice and good governance in the state and the nation. She truly believes that politics needs more good people if positive change is to happen, and because of her faith, has shown that she is willing to walk the talk.”

Ketika itu saya tidak pernah berpeluang berbual secara langsung dengannya. Namun apabila saya menyertai Parti Amanah Negara pada awal penubuhannya (Ogos 2015), saya nampak peluang terbuka luas untuk saya bina rapport, bertemu dan berdiskusi dengan pemimpin-pemimpin peringkat nasional seperti YB Hannah Yeoh dan ramai lagi. “Nothing is impossible!” Bagi menjayakan sebuah projek berkaitan kepimpinan wanita, saya berusaha untuk mengadakan temubual YB Hannah Yeoh di pejabat beliau di Bangunan SUK, Shah Alam. Memahami jadual beliau yang padat, saya berjanji hanya mengambil satu jam sahaja masa beliau untuk sesi temubual pada 15 Jun 2017 yang lalu.

Wanita ini tetap istiqamah dengan prinsip beliau yang dikongsi dalam bukunya itu. Bertanya tentang MENGAPA dan apakah sistem kepercayaan beliau untuk terus teguh berkecimpung dalam dunia politik, beliau menjawab:

1. Saya yakin dunia politik akan menjadi lebih baik apabila ahli politik semakin ramai terdiri daripada mereka yang takut pada Tuhan (God-fearing = Bertaqwa). Tidak melakukan perkara yang tidak baik walaupun di saat tiada orang melihat. Tidak rasuah, tidak menyeleweng dan sentiasa merasakan tindak-tanduknya dalam pengawasan.

2. Saya mendapat sokongan suami saya dan kami sepakat bersama bahawa usaha saya adalah sebahagian daripada sumbangan membangunkan negara (nation-building). Saya percaya menjaga keutuhan institusi keluarga itu mempunyai keberkatan yang tersendiri.

Kiri: 2013. Kanan: 2017

Nah! Wanita ini membuktikan mampu berperanan sebaiknya dalam masa yang sama kekal taat dalam kepercayaan spiritualnya dan juga hubungan kekeluargaannya. Malah, prestasi dan merit beliau yang diukur dan menyebabkan beliau wanita pertama dipilih sebagai Speaker DUN Selangor. Sungguh menginspirasikan! Baca lanjut berkaitan beliau di sini.

Rebel dalam Taat, Tidak Mustahil!

Seperti dalam posting terdahulu, saya tidak menyatakan rebel itu secara literalnya ‘memberontak’ tetapi wanita genetik ini biasanya tidak akan pernah menyerah diri dengan hanya menjadi orang biasa-biasa. YB Hannah Yeoh adalah salah seorang daripada ramai lagi wanita sebegini. Walaupun  anutan agama kita berbeza, saya boleh bersetuju dengan prinsip nilai yang dipegang YB Hannah.

Bagi saya secara peribadi, redha seorang suami membenarkan isterinya turun ke lapangan cukup bermakna dan besar ertinya untuk kaki terus melangkah. Ia seumpama sebuah pengiktirafan kepada wanita bahawa wanita sememangnya boleh menjadi ‘bukan yang biasa-biasa’. Wanita seperti ini dengan keyakinannya pada apa yang diperjuangkan akan terus berjalan menempuh segala halangan juga cabaran.

… redha seorang suami membenarkan isterinya turun ke lapangan cukup bermakna dan besar ertinya untuk kaki terus melangkah. Ia seumpama sebuah pengiktirafan kepada wanita bahawa wanita sememangnya boleh menjadi ‘bukan yang biasa-biasa’…

Terima kasih YB Hannah Yeoh untuk satu jam yang padat dan penuh pesanan bermanfaat!

(sambungan.)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s