Keluarga Muslim Bercuti ke Hat Yai, Thailand

Percutian kami sekeluarga ke Hat Yai, Thailand pada 17 hingga 21 Disember 2017 bukanlah perjalanan yang dirancang pada awal cuti sekolah. Ia merupakan percutian mengejut setelah suami saya mendengar perkongsian adik ipar saya yang baru pulang bercuti ke Hat Yai dengan keluarga besarnya menaiki bas yang ditempah khas dari Selangor langsung ke Hat Yai. “Makan2 kat sana murah, abgmar!” Itulah kuasa W.O.M (word of mouth) yang mempengaruhi suami saya yang akhirnya membawa kami sekeluarga ke Hat Yai.

Saya kongsikan tips percutian dengan bajet sederhana untuk keluarga besar kami (2 Dewasa, 2 Remaja, 3 Kanak-kanak).

#cuticutihatyai2017
Sasaran Percutian kami:
– Membawa anak-anak meneroka pengalaman melihat budaya bangsa dan negara lain
– Menaiki pengangkutan awam dan berjalan kaki seboleh mungkin
– Makan!!!

PERJALANAN KL-HAT YAI

1. Kami membeli tiket bas secara online dari busonlineticket.com. Harga tiket sehala adalah RM65.00. Kami beli 6 tempat duduk sahaja. Laman web tidak mempamerkan info terkini. Tiga minggu sebelum tarikh percutian kami, pihak berkuasa Thailand telah menetapkan peraturan baru iaitu mana-mana bas ekspres hanya boleh membawa penumpang sehingga sempadan Malaysia-Thailand sahaja. Anda perlu pastikan tiket bas ekspres yang dibayar meliputi kos minivan yang akan membawa anda dari Danok (sempadan Malaysia-Thailand) ke Hat Yai yang berharga 40-60 Baht seorang.

Kami menaiki bas Alisan Golden Coach yang selesa *alhamdulillah siap dengan selimut kain flannel disediakan di setiap kerusi*, dari Terminal Bersepadu Selatan. Suami saya pandu MPV kami dan parkir di TBS dengan caj RM34 untuk tempoh 4 hari. Memandangkan kami bertujuh dengan luggage masing-masing, pilihan parkir di TBS lebih efisyen berbanding mengambil Grab dari rumah ke TBS.

Perjalanan mengambil masa 7 jam untuk sampai ke Imigresen Bukit Kayu Hitam. Sebelum itu, bas ekspres berhenti di hentian bas tidak jauh dari pekan Changlun untuk kami menunaikan Solat Subuh dan juga membeli sarapan.

 

This slideshow requires JavaScript.


2. Selesai urusan di Imigresen Bukit Kayu Hitam, bas ekspres membawa kami ke Pusat Imigresen Sadao di Danok. Di situ kami perlu mengambil nombor giliran dan menunggu di luar kompleks imigresen Thailand. Terdapat kerusi-kerusi plastik disediakan. Cuaca agak panas tetapi ada ruang menunggu berbumbung di luar kompleks. Angka giliran dipanggil secara berkelompok, iaitu 50 angka serentak dan dibenarkan masuk ke dalam kompleks untuk beratur. Urusan kami di Sadao selesai lebih kurang 45 minit.

3. Dari kompleks imigresen Sadao kami berjalan kaki menuju ke 7-Eleven, tempat di mana minivan menunggu penumpang-penumpang. (Sebelum itu kami beli simkad AIS untuk unlimited data bagi tempoh 7 hari dengan hanya kos 150 Baht.) Suami saya membeli 6 tiket untuk menaiki minivan dengan caj 60 Baht seorang. Cukup 13 penumpang memenuhi minivan, barulah minivan bergerak menuju Hat Yai. Perjalanan ke Hat Yai mengambil masa 1 jam.

 

This slideshow requires JavaScript.

4. Kami sekeluarga adalah penumpang terakhir minivan tersebut. Bercakap dengan pemandu wanita tomboy Thai itu memang macam ayam dan itik. Kita tanya dalam Bahasa Inggeris dia jawab dalam bahasa Thai. Langsung tak faham. Yang pasti dia faham arahan kami untuk menghantar kami ke Red Planet Hotel (hotel ini kami tempah melalui Trip.com). Sebelum booking hotel, kami pastikan lokasi hotel tidak begitu jauh dari stesen bas bagi memudahkan kami berjalan kaki pergi-balik.

MAKAN-MAKAN DI HAT YAI

5. Di Hat Yai City, tepatnya di sekitar Red Planet Hotel, ada banyak restoran Muslim yang jelas ada signage Halal dan juga nama muslim: Restoran Mustafa, Restoran Maryam, Restoran Salma dan macam-macam lagi. Makan malam hari pertama kami menikmati hidangan ikan siakap masak asam, sayur kailan ikan masin dan tomyam ayam, cukup puas hati, di Restoran Kai Tod Decha dengan harga 1040 Baht. Restoran bersih, makanan enak, layanan memuaskan dan harga berpatutan!

 

This slideshow requires JavaScript.

6. Pilihan sarapan pagi kami di Restoran Mustafa dengan roti canai berharga 30 Baht. Tiga hari berturut-turut kami bersarapan di sini sahaja (perut lapar, tak kuasa nak berjalan jauh dari hotel).

7. Destinasi makan-makan WAJIB pergi di wilayah Songkhla adalah restoran steamboat/BBQ. Pemandu pelancong kami cadangkan restoran baru (tak tau macamana nak sebut) di Khlong Hae, tidak jauh dari Khlong Hae Floating Market (pasar terapung ini hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Sabtu). Kalau nak makan bufet sahaja caj 198 Baht/pax, tapi kalau nak makan seafood caj 280 Baht/pax untuk dewasa, kanak-kanak separuh harga. Konsep Eat All You Can. Rugi lah datang tapi tak makan seafood yang segar dan murah. Strategi untuk makan di sini adalah datang dengan perut betul-betul lapar!

 

This slideshow requires JavaScript.

8. Dua malam terakhir kami di Hat Yai, kami berjalan kaki ke Hotel Lee Gardens Plaza untuk melihat suasana pasar malam (night market) di sekitar jalan utama di situ. Banyak penjual di kaki lima jalan: sate, pulut mangga, kerabu maggi, ayam goreng, nasi lemak, minuman dan masakan panas (kueytiaw goreng dll).

 

AKTIVITI SIGHT-SEEING

9. Dengan bajet terhad, kami memilih aktiviti yang ‘rare’ yang belum kami alami di Malaysia. Elephant Riding di Chang Puak Champ. Caj seorang dewasa 500 Baht dan kanak-kanak (paras ketinggian tertentu) 250 Baht. Dengan 7 orang sekeluarga, tiga ekor gajah diperlukan untuk membawa kami (Gajah 1: Umar dan Ulya, Gajah 2: Umi, Ulwan dan Yasmin, Gajah 3: Abi dan Zulfa). Pemandu gajah membawa kami menelusuri laluan berpaya dan juga kampung penempatan pekerja-pekerja. Kami juga dapat menyaksikan bagaimana gajah menggunakan belalainya untuk membawa daun-daun pisang sebelum dimakan. Tempoh trekking lebih kurang 30 minit. Ok lah. Sebab gajah kan gerak perlahan, lama sangat nanti bosan pula. Turun dari gajah, kami diberikan air mineral dan buah-buahan potong. Memang menyegarkan.

 

This slideshow requires JavaScript.

Satu perkara yang kami kurang bersetuju adalah pihak kem mengambil gambar kami menaiki gajah dan cetak foto tersebut dan letakkan ia di bingkai gambar dengan tawaran harga (tak ingat berapa). Satu kerugian bagi pihak kem sekiranya pengunjung seperti kami memilih untuk tidak membeli foto dan bingkai tersebut. Mungkin strategi untuk menjual dengan ‘paksa-rela’ kepada pengunjung. Pilihan masing-masing.
10. Disebabkan masalah bahasa untuk berkomunikasi, pada awalnya kami menghadapi kesulitan apabila bertemu dengan pemandu pelancong Thai yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Syukur kami bertemu dengan Muslim Thai yang berasal dari Narathiwat (wilayah utara Kelantan). Pengusaha Hat Yai Top Tour yang memiliki kedai bersebelahan dengan Restoran Mustafa itu menawarkan kami untuk tour ke wilayah Songkhla, lebih kurang 45 minit utara Hat Yai City. “Kita naik minivan selesa sikit. Naik tuktuk jauh dan takde aircond.” Caj sewa minivan 13-seater dengan pemandu pelancong untuk tour seharian adalah 2500 Baht. Berbaloi kerana pemandu pelancong boleh membawa kami ke mana sahaja mengikut kesesuaian dan permintaan. Kami memilih untuk booking minivan untuk sight-seeing pada hari ketiga di Hat Yai.

11. Disebabkan sasaran percutian kami adalah untuk mengenali budaya Thailand, kami membuat permintaan daripada Rusdi, pemandu pelancong kami yang berusia 22 tahun untuk tidak singgah ke tempat membeli-belah. Perjalanan menaiki minivan dengan Rusdi pada hari tersebut bermula jam 10.30 pagi. Rusdi membawa kami ke:

a) Puncak bukit Hat Yai Municipal Park. Memandangkan majoriti penduduk Thailand menganuti agama Buddha, hampir di setiap puncak bukit ada statue/binaan patung dan juga Wat (kuil). Kami tidak teruja untuk bergambar dengan binaan-binaan tersebut.  Sekadar menikmati pemandangan Hat Yai City dari puncak dan mengambil gambar pemandangan. Terdapat cable car dari puncak bukit ini tetapi kami memilih untuk tidak menaikinya. (Dah pernah naik kat Genting Highland, kita enjoy benda lain pulak)

b) Menaiki feri untuk ke kuala. Disebabkan hujan lebat Rusdi ubah plan ke Samila Beach dan membawa kami singgah solat di Masjid Asasul Islam di Phattalung. Semua aktiviti jalan-jalan yang menarik berada di sekitar kuala ini.

Samila Beach.png

c) Selesai makan pisang dan nenas goreng di warung Egyptian Icecream, kami dibawa bergambar di Songkhla Old Town. Selepas itu kami singgah di Muzium peringatan Raja Thai. Masuk percuma. Destinasi seterusnya adalah Songkhla Towards World Heritage Site yang menempatkan kapal nelayan besar dan juga tapak kebudayaan tempatan yang masih dalam proses pengiktirafan sebagai World Heritage Site oleh UNESCO. Malangnya kebanyakan bahan pameran dalam tulisan Thailand yang tidak dapat difahami.

 

This slideshow requires JavaScript.

d) Samila Beach. Anak-anak kami sangat enjoy bermain di pantai Samila ini. Angin bertiup kuat dan mendamaikan. Sementara abang kakak bermain pasir dan air di pesisir, suami saya menemankan Yasmin menaiki kuda padi (terdapat caj dikenakan) sebagai hadiah ulangtahun kelahirannya yang ke-3 hari itu. Saya hadkan masa 45 minit sahaja untuk semua bermain dan mengambil angin kerana kami perlu berkejar ke restoran steamboat/BBQ yang akan dibuka pada jam 4 petang. Masa kami terhad kerana bayaran pada Rusdi untuk tempoh sehingga jam 6 petang sahaja.

 

PERJALANAN HAT YAI-KL

Pagi Khamis 21 Disember, kami bersiap-siap untuk check-out hotel. Kami bersarapan pagi dengan makanan berat di Restoran Mustafa (kami jangkakan tidak berhenti di mana-mana untuk makan tengahari) dan kemudian terus berjalan kaki ke pejabat Bas Ekspres Golden Coach untuk menaiki minivan yang akan membawa kami ke Danok. Proses di imigresen Thailand semasa pulang lebih pantas kerana tidak ramai orang yang beratur. Kompleks kelihatan lengang.

Bas ekspres yang membawa kami datang Hat Yai telah sedia menunggu di parkir (kami cam bas ini kerana bas menggunakan nombor plat yang sama). Sementara menunggu penumpang lain tiba, suami saya mengajak saya menghabiskan saki baki duit Baht yang ada untuk membeli bekalan makanan dari penggerai di tepi kompleks imigresen. Kami beli buah potong, air tin dan sedikit makanan ringan sebagai kudapan. Itu lah makanan kami sehingga tiba di KL Sentral. Apabila bas telah dipenuhi dengan penumpang yang memang dijadualkan pulang ke Kuala Lumpur, bas bergerak melalui laluan yang sama kami datang.

Alhamdulillah perjalanan kami lancar dan kami tiba di Terminal Bersepadu Selatan sekitar jam 11.45 malam. Terasa badan keletihan tetapi kami bersyukur dapat sampai dengan selamat.

Terima kasih Hat Yai untuk kenangan manis buat kami sekeluarga!

img_20171221_233226.jpgMuka-muka kepenatan tiba di TBS jam 11.45 malam

11 thoughts on “Keluarga Muslim Bercuti ke Hat Yai, Thailand

  1. salam, nak tanya..
    1. kalau naik melalui bas alisan golden coach, cost bas meliputi cost minivan danok-hatyai tak..?
    2. tiket bas untuk balik dari hatyai ke KL, beli online awal2 atau beli d counter bas hatyai pun boleh?

    Like

  2. Of all the things you’re upset with when riding the elephant is the staff tried to sell you your picture? Riding the elephant itself is contributing to animal abuse. Ppl should stop paying for this thing. When demand stops, supply will stop too. Do you know what they did to the poor animals so they can use them to gain profit? You look like religious person so sepatut nya you against animal abuse.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s