Grup Detox dan Politik Toksik

Anda cepat letih dan badan terasa lesu?
Atau selalu diserang sakit kepala?
Banyak beli makanan dari luar yang tidak tahu bahan tambahan dan penggunaan makanan berproses?
Suka makan “jajan”?
Kurang bersenam (sebab: tiada masa atau malas)?
.
.
Ahaaa!
Itu tandanya anda perlu proses detoksifikasi (baca: detox)

(Ni dah kenapa bunyi macam copywriting iklan produk ni? hihi)

Grup Detox

Saya baru menyertai aktiviti detox dengan sahabat saya, Coach Aishah. Baru sehari grup Whatsapp diwujudkan. Antara aktiviti yang dilakukan adalah memantau menu makanan pada hari tersebut dan mula melihat label pada bahan masakan, ada banyak yang berunsur tidak toyyib atau crap? Bahan perisa, pengawet, pewarna, garam dan gula berlebihan… semua itu boleh menjadi toksik dalam badan kita. Aktiviti detox sebenar belum bermula lagi. Tetapi sesi mindsetting dan persediaan awal sebegini sudah menginsafkan!

IMG-20170914-WA0043

Apa jadi pada badan kita sekiranya bertahun-tahun lamanya kita mengambil bahan-bahan crap ini tanpa sedar malah acuh tak acuh menambah ilmu berkaitannya? Memudharatkan! Jangka masa pendek mungkin tidak terasa. Tetapi bukankah kita berlaku zalim ke atas jasad sendiri kerana membiarkan organ dalam badan kita bekerja keras untuk menyahtoksik (detox)?

Politik Toksik

Dua minggu lepas saya dijemput YB Dr Mariah, Ketua Wanita AWAN, untuk turut sama hadir dalam mesyuarat penganjuran Purple Walk di pejabat Bersih 2.0. Kami bukan sekretariat utama, kerana penganjur utama adalah pihak NGO. Dr Mariah dilantik sebagai ketua mewakili gabungan parti-parti politik yang menyokong dan akan menyertai Purple Walk pada 10 September ini.

Tuntutan kami jelas: Wanita Bantah Politik Toksik!

Apa itu politik toksik? Berpolitik di Malaysia tidak sah kalau tidak menggunakan senjata kebencian, menabur fitnah, tidak beradab, bersifat perkauman dan berunsur seksis terhadap wanita. Sikap-sikap yang negatif yang meracuni pemikiran masyarakat ini membawa kepada satu kesimpulan, terutama pada golongan wanita, bahawa “Ah! Politik ini kotor dan menjijikkan!” Politik cara ini salah. Ia harus dihentikan!

Seperti bahan pengawet, perisa tambahan, pewarna, gula dan garam berlebihan dalam makanan kita yang akhirnya menjadi TOKSIK pada badan. Sama juga apabila kita berbicara tentang hal pentadbiran, kritikan membina pada salah laku dan penyelewengan kerajaan, kritikan untuk penambahbaikan sistem negara tetapi dibalas pula dengan taktik-taktik kotor dan merosakkan. Sampai bila rakyat Malaysia boleh berbincang hal politik secara matang dan rasional?

Sekadar menyenaraikan contoh senario sebenar yang berlaku di negara kita;

1. Ahli politik wanita mengkritik. Isu dan mesej utama ahli politik wanita itu tidak dibalas. Yang menjadi sasaran adalah bangsanya dan hal peribadinya. Bersikap perkauman dan seksis! Itu TOKSIK!

2. Ahli politik wanita belum berkahwin menjadi sasaran untuk diaibkan dengan gelaran-gelaran tidak bermaruah. Beliau dimasukkan dalam grup Whatsapp dengan niat untuk merendahkan moralnya kerana tiada jalan lain yang lebih matang untuk berhujah pada isu utama yang dibangkitkan. Rogol maruah dan sungguh tidak beradab! Itu TOKSIK!

IMG_20170913_111002IMG_20170913_110914

Printscreen whatsapp grup ‘rogol maruah’ seorang ahli politik wanita. Hanya dia seorang wanita berada di dalam grup tersebut untuk diaibkan. TOKSIK! (Foto kredit: Aiman Athirah Aljundi)

3. Isu penyelewengan dan kritikan yang positif tidak diberi perhatian. Diversion dan usaha mengalihkan perhatian pada perkara utama perbincangan pula yang dilakukan – Ini memang nyata TOKSIK!

4. Perhimpunan Purple Walk 10 September sebagai contoh, berjalan dengan baik. Placard rasmi yang kami cetak adalah yang ini:
WhatsApp Image 2017-09-12 at 7.27.17 AM.jpeg
Ada juga peserta yang membawa placard dengan tulisan tangan sendiri tetapi masih membawa mesej tuntutan yang sama. Tuntutan rasmi penganjur dibacakan pada penutup majlis adalah seperti ini:
WhatsApp Image 2017-09-12 at 9.44.53 AM

Tetapi, dek kerana terdapat segelintir peserta yang membawa poster agenda peribadi mereka, gambar tersebut pula yang ditular dan digambarkan seolah semua peserta Purple Walk ini menyokong agenda-agenda peribadi pihak tertentu. Ini adalah fitnah. Nyata TOKSIK!

Selain itu, syabas! saya ucapkan kepada beberapa badan dan institusi yang sudi untuk remove posting mereka di media sosial setelah mendapat pencerahan dari pihak Purple Walk dan NGO-NGO yang menyertainya. Alhamdulillah 🙂

NYAHTOKSIK

Seperti mana usaha detox yang ingin saya dan rakan-rakan Grup Detox lakukan, terpakai sama apabila kami gerakan Wanita Malaysia ingin menolak unsur-unsur toksik dalam politik. Senaraikan apa yang buruk dan negatif. NYAHTOKSIK!

Wanita di luar sana tidak tahu? –> Kita beri tahu. Kita sampaikan maklumat.
Beri ceramah itu bosan? –> Kita mobilisasi massa untuk sampaikan mesej ini dengan jelas. Advokasi berterusan itu wajib.

Purple walk.jpg
(Foto Kredit: Hafiz Othman)

Analogi mudah: Semua orang mahu balik kampung menggunakan lebuhraya yang sama. Ada yang menaiki kereta kecil, kereta besar, MPV dan SUV. Muatan apa yang mereka bawa adalah urusan peribadi mereka. Begitu juga ke mana destinasi terakhir masing-masing itu adalah juga urusan mereka. Pengguna lebuhraya yang sama tidak wajar dipersalahkan HANYA kerana salah seorang pengguna lebuhraya tersebut mempunyai misi lain selain mahu balik kampung…

Jika kita bermudah-mudah menuduh SEMUA orang JAHAT disebabkan segelintir penjenayah, kita sebenarnya sudah menjadi mangsa pemikiran toksik tersebut. Sekali lagi, ayuh kita nyahtoksik pemikiran sebegini!

Usah tersasar dengan fitnah kononnya himpunan ini agenda liberal. Bacalah tuntutan wanita-wanita ini seadilnya. Wanita Islamis, wanita feminis, wanita dari bangsa Melayu, Cina, India, Orang Asli, anak muda dan juga senior turun ke jalan raya dengan satu mesej yang sama: Bantah Politik Toksik! Kita bersetuju pada titik yang sama, tidak bermakna kita menyokong pada perjuangan peribadi yang membezakan kita.

Unity in Diversity!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s