5 Adventure Elastik Mental, Menyediakan Saya Untuk Yang Ke-6 :)

“Sekolah Kehidupan” banyak mengajar kita tentang makna dan tujuan hidup sebagai seorang muslim. “Guru” kita adalah pengalaman; baik dalam bentuk yang manis-manis, tidak kurang juga yang pahit.

Malah insiden gagal dan gagal lagi yang menuntut kita bangkit dengan penuh gagah dan tabah adalah guru terbaik kita. Saya pernah bertemu dengan orang-orang yang mempunyai kisah silam yang menyakitkan. Ada yang berjaya tempuhi dengan menyingkap lembaran baru kehidupan, memaafkan kisah silam dan move on. 

Sebagai muslim yang yakin dengan rahmat Allah Yang  Maha Luas pasti beriman dengan ayat ini:

rahmat Allah

Tetapi ada juga yang tidak dapat move on lalu luka lama membekas dalam kehidupan baru dan sedikit sebanyak memberi impak pada dirinya. Tidak dinafikan ia boleh tergolong dalam kategori penyakit psikologi yang perlu dirawat. Penyakit psikologi bukanlah sebuah taboo dan “pesakit” ini sebenarnya memerlukan rawatan, sokongan moral keluarga dan rakan-rakan. Usah remehkan dia!

Saya tidak berautoriti untuk membuat ulasan tentang pesakit psikologi tetapi saya ingin berkongsi “guru-guru” (baca: pengalaman) yang telah mengajar saya. Mana tahu, perkongsian ini mengetuk pintu para pembaca untuk memilih saluran yang tepat untuk memaafkan kisah silam dan move on. 

Bismillah…

Guru SATU: Diploma tidak diiktiraf IPTA

Pada tahun 1997 selepas tamat pengajian Diploma in Business Administration dari Olympia Business School, sebuah kolej swasta di ibu kota, saya mencuba nasib untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti awam. Keputusannya mengecewakan kerana diploma dari kolej swasta tersebut tidak diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara. Saya boleh menyambung pengajian tetapi perlu menggunapakai keputusan SPM tahun 1995. Saya perlu mengulang tempoh pengajian hampir dua tahun!

Berita yang saya terima disambut dengan air mata. Saya sangat cemburu dengan rakan-rakan yang meneruskan pengajian di IPTA bukan kerana akademik, tetapi kerana peluang aktiviti berpersatuan yang sangat luas.

That’s it! Saya tak nak belajar. Saya nak kerja! Tahun 1998 pada umur 19 tahun saya memilih untuk bekerja dan tiada perancangan untuk sambung belajar. Pun begitu, hanya setelah Ayah dibebaskan dari tahanan ISA, baru saya terbuka hati untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Stamford College.

Menyesal? Tidak. Saya tanggapi fasa tercampak dalam komuniti majoriti bukan Melayu sebagai peluang untuk berada di luar zon selesa saya.

Guru DUA: Bekerja sebagai Aktivis

Usai tamat pengajian Degree in Marketing Administration pada awal tahun 2000, saya mulai menghantar resume ke pelbagai syarikat korporat dan swasta, khusus dalam jawatan Eksekutif Pemasaran. Temuduga ke temuduga saya hadiri, tetapi jawapan positif tidak kunjung tiba. Lalu saya mengambil kesempatan masa terluang untuk bekerja di taska milik ibu saudara saya.

Setelah beberapa bulan berlalu, Ayah menawarkan saya bekerja sebagai pembantunya dalam aktiviti perjuangan Reformasi. “Bekerja sebagai Aktivis?” tampak kelat di wajah orang yang bertanya berkaitan kerja saya. Impian saya ingin bekerja sebagai eksekutif pemasaran syarikat korporat terkubur begitu sahaja. Sedih. Tapi saya jalan terus! (tidak dinafikan ada ketika saya mengungkit ‘what if’ saya tidak masuk kolej swasta bla… bla…)

Guru TIGA: Berniaga Pengalaman Penuh Adventure

Saya dan suami memilih jalan mencari sumber pendapatan melalui cara berniaga sendiri seawal dua tahun perkahwinan kami. Kisah perjalanan perniagaan kami melalui entiti Brotherhood Arts Sdn Bhd (est. 2004) dan syarikat penerbitan Deen Prints (est. 2012) ini telah saya muatkan dalam buku Bahagia Bukan Gembira. Boleh dapatkan senaskhah untuk mengetahui perjalanan penuh adventure kami berniaga 🙂

Lumrah orang berniaga, ada masa turun dan naik. It’s like a roller-coaster! Dan memikirkan perniagaan bisa membuatkan kami adakalanya terjaga di tengah malam (cukupkah cash untuk bayar gaji pekerja? untuk bayar hutang pembekal? deadline projek dan tekanan dari klien agar projek siap tepat pada masanya). But it was a total adventure! Melepasi cabaran demi cabaran adalah sesuatu pengalaman yang menarik.

Ia mencabar bukan sahaja intelektual tetapi emosi dan fizikal. Tekanan melepasi setiap cabaran rupanya memberi kesan fizikal. Bahu sakit, urat belikat keras, kepala terasa panas dan juga perut terasa cepat lapar (kerana banyak berfikir solusi bagi setiap masalah). Syukur dalam tempoh kami berniaga itu kami dianugerahkan ahli pasukan yang jujur dan amanah. Memikirkan itu sahaja sudah menjadi kelegaan besar buat kami.

Akhir tahun 2016, adalah persimpangan di mana saya perlu membuat pilihan bidang fokus utama saya. Kerana kami tidak lagi boleh memberikan sepenuh perhatian kepada bisnes dan dalam masa yang sama ingin juga menyumbang sepenuh tenaga dalam bidang politik yang ketika itu baru dilancarkan, Gerakan Harapan Baru…

Tuntutan besar untuk memberikan sepenuh tenaga dan pemikiran kepada gerak kerja politik ketika itu memang tidak boleh dinafikan. Maka, tiada lagi rutin aktif memikirkan bisnes Brotherhood Arts atau Deen Prints mulai Oktober 2016.

The companies and the team, they are like my babies! Tetapi Allah telah susun satu persatu untuk saya buka lembaran baru. Selepas perbincangan panjang dengan suami saya, beliau berpendapat jalan terbaik saya adalah memilih kerja kebajikan dan kemasyarakatan. That’s what you are good at. Giving! Biarlah dia seorang menguruskan hal kewangan keluarga.

Jika ditanya apakah profil saya? Saya mengambil masa untuk menjawab soalan tersebut. Kerana kecintaan saya adalah pada bisnes dan seni menguruskan entiti bisnes sudah mendarah daging belasan tahun lamanya. Dari businesswoman kepada aktivis politik. Ah! Tapi ia bukan jawapan mudah semudah flip of a coin. It takes courage to change what you believe you are to what you believe you WILL BE. 

Guru EMPAT: Suami

Eh, suami jatuh no.4? Tak lah. Sekadar menyenaraikan sahaja dan tidak mengikut sebarang prioriti. *Peace! Tahun 2016 merupakan tahun suami saya melakukan kerja-kerja tidak masuk akal yang mungkin tidak pernah dibayangkan olehnya. (Nak tahu apa dia buat?  Kene tanya dia sendiri haha…).

Memandangkan kami sudah bertekad dan memilih untuk memberi fokus kepada gerak kerja politik, suami saya pula dengan adventure baru melakukan kerja-kerja lain yang dapat menampung kos kehidupan kami. Saya kira suami saya juga boleh tulis buku khas berkenaan perkara ni. Menarik!

Oleh kerana di fasa ini kami berdua terlalu dinamik, adakalanya hubungan kami menjadi tegang kerana berubah berbagai-bagai rutin yang tidak sama seperti sebelum ini. Selalu juga berlaku communication break down. Jika dulu semua buat sama-sama, sekarang tidak semestinya lagi begitu. Ada orang kata, nampak dari luar saya macam tegas tapi rupanya manja dengan suami saya. Hei! Dengan suami sendiri bukan orang lain, kan? My husband is my best friend. *cewwah! Masa saya dan suami saya bersama anak-anak juga berubah. Semua ini memerlukan beberapa penyesuaian. Tetapi suami saya selaku ‘guru’ berkata, “Jalan terus!”

Saya belajar banyak perkara daripada kesungguhan suami saya. CINTA dan rasa BERTANGGUNGJAWAB pada keluarganya menjadikan suami saya bijak dalam membuat langkah-langkah yang tepat. “Kita tutup lembaran lama, dan kita buka lembaran baru!”  Sedangkan saya, dengan positive-thinking atau penuh pengharapan akan ada cahaya kelihatan di hujung terowong, lalu saya membiarkan diri saya berlama-lama di tahap yang sama kerana sentimen emosi. Itu dulu, sekarang saya sudah emotionally stable alhamdulillah 🙂

Guru LIMA: Road less taken

Apabila tercampaknya saya untuk terlibat aktif dalam arena politik pada Ogos 2015, walaupun saya tidak pandai berpolitik, saya mengambil masa beberapa bulan untuk menerima hakikat platform aktvisme baru saya. Dari pentas NGO ke pentas politik. Dan pengharapan orang terhadap saya, menambah rasa tekanan yang tidak terduga dalam diri saya.

“Misi kena jelas! Bukan sebab orang suruh!” nasihat seorang tokoh politik wanita senior pada saya. Saya berfikir panjang dan saya mengubah doa saya pada Allah dengan permintaan agar Allah berikan keupayaan ilmu pada saya dalam menempuh perjalanan baru ini. The road less taken (by a woman, in fact by a mother with small kids). 

Ada pilihan boleh sahaja menoleh ke belakang. Ada pilihan boleh sahaja hidup dengan penafian (denial-mode): “Mengapa Aku? Mengapa sekarang dan tidak kemudian?” Tetapi saya berguru dengan pilihan ini untuk regangkan (stretch) se’elastik’ mungkin kemampuan mental saya. Saya tidak kuat melainkan dengan izin Allah. Saya tidak gagah melainkan dengan sokongan moral dan doa-doa sembunyi dari sahabat-sahabat yang tidak saya ketahui.

Saya petik kata-kata menarik dari Simon Sinek ini:

“Sometimes we give too much too soon. Sometimes we hold back for too long. This is our beautiful dance. Our imperfect dance. This is the dance that makes us human.”

——-
Filem: Megan Leavey

megan leavey

Filem yang diadaptasi dari kisah benar seorang anggota tentera Amerika Syarikat bernama Megan Leavey ini berkait rapat dengan guru-guru dalam Sekolah Kehidupan saya. Megan ditugaskan sebagai dog handler dalam misi di Iraq pada tahun 2001 telah dihantar pulang ke ibu negaranya selepas mengalami kecederaan dan terpisah dari anjingnya, Rex. Hidupnya tunggang langgang hanya kerana pihak tentera telah menugaskan Rex berada di bawah dog handler lain dan tidak membenarkan Megan mengambil Rex sebagai anjing angkatnya. Hubungan yang akrab dengan haiwan istimewa tersebut memberi kesan psikologi yang mendalam buat Megan. Rex bukan sahaja telah menyelamatkan nyawa Megan di medan peperangan tetapi mengajar Megan erti kasih-sayang.

Menonton fasa penafian (denial-mode) yang traumatik, menginsafkan saya. Ia sakit lagi menyakitkan. Tenggelam dalam lubuk gelap yang sangat dalam. Atau berada di dalam akuarium kaca, jernih dari dalam tetapi terperangkap untuk keluar. Megan ada pilihan untuk move on memelihara anjing baru. Atau juga berjuang dengan stretch keupayaan mentalnya melakukan perkara di luar kemampuan akal demi mendapatkan apa yang diimpikannya. Nasihat ayah Megan berbekas di hati saya:

“… I’ve tried I failed and fail again and just keep failing until they are tossing dirt on your corpse… All you got to do is fight. And you know how to fight.” Tonton klipnya di sini.

Ujian dan tribulasi akan mendatangi manusia sehingga akhir hayatnya. Nama pun berada di atas dunia, sebuah pentas ujian kehidupan. Masing-masing kita punyai medan tempur tersendiri.

Saya analogikan mental kita mempunyai getah yang elastik. Jika ditarik sedikit, kita tewas seawal mungkin, kita memilih untuk ia kendur kembali ke asal lalu hiduplah kita di tahap yang sama. Membosankan. Tetapi jika kita mengizinkan (dengan izin Allah jua) menarik ‘getah’ dalam mental kita ke satu tahap lebih jauh lagi, hakikatnya kita mengupayakan diri kita untuk masuk ke fasa kehidupan baru. Kata orang: “Alah bisa tegal biasa”.

challenge.jpg

Ayuh kita tatapi kalam imaniah Al-Qadhi ‘Iyadh yang dipetik oleh Dr Majdi Al-Hilali dalam buku ‘Ajari Aku Mencintai Allah’:

“…semua ujian yang diberikan Allah kepada para hamba sebenarnya adalah bertujuan untuk menambah kedudukan para hamba sendiri, mengangkat darjat mereka, dan menjadi sebab untuk mewujudkan sifat sabar, redha, syukur, pasrah, tawakkal, penyerahan diri, berdoa, rendah diri dan menguatkan pandangan mereka mengenai rahmat terhadap orang-orang yang menerima ujian……Supaya nanti mereka dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan bersih, dan pahala yang mereka terima dapat lebih sempurna dan banyak.”

Terima kasih guru-guru Sekolah Kehidupan! Dan bersedia melangkah untuk elastik mental yang ke-6. Seeru ‘ala barakatillah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s