Bibik or Bibik-less life?

IMG-20170607-WA0016.jpgMinggu lalu saya diundang menjadi panelis dalam program FB Live Bicara Srikandi bersama Aiman Athirah di Invoke Space. Ini program kedua Bicara Srikandi selepas minggu sebelumnya Kak Aiman mengundang tokoh wanita yang lebih senior dan otai, iaitu YB Fuziah Salleh (KeADILan), YB Dr Siti Mariah Mahmud (AMANAH) dan pensyarah perubatan, Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj. Apabila mengetahui saya akan digandingkan dengan seorang panelis lagi, iaitu YB Rafizi Ramli, spontan saya melonjak gembira.*What? YB Rafiziiiii! Ok control2 sikit eh Anfaal..* I’m truly honoured to be on stage with YB Rafizi.

Ini merupakan kali ketiga saya datang ke Invoke Space. Tempatnya cool gila ok! Ala-ala pejabat Google Mountain Headquarters. Minimalis. Dari pintu masuk, hiasan dinding dan konsep ruang terbuka – semuanya menggambarkan Invoke diterajui oleh anak-anak muda. Budak-budak Invoke pun pakai tshirt dan selipar je. Sempoi! Bijak betul YB Rafizi mengendalikan warga Gen-Y/Millenials ini. Kudos!

 

Google Office Zurich (CH)
Gambar hiasan: Google Mountain Headquarters

Nota kaki: saya dan suami pernah mendapat jemputan mendengar talk di Google Malaysia, tepatnya di kawasan bersebelahan KL Sentral. Itu pun jakun semacam tengok free flow pantry yang sebesar kantin tu. Kalau dapat rezeki sampai Google di Palo Alto hmmm lagi lah! *jaw-dropped*

Pengurus Rumah 

Sebelum ke Invoke Space, beberapa hari saya membuat sedikit carian dan mendapatkan input dari teman-teman berkaitan topik ini. Saya sendiri pernah mendapat khidmat pembantu rumah, tepatnya 2 orang. Yang pertama, Bibik Piot, dari tahun 2006 hingga 2016. Hampir 10 tahun lamanya! Yang kedua, Bibik Rus, cuma 3 bulan 5 hari. Kedua-duanya kabur. Lari tanpa pesan. Sampai hari ini saya tertanya-tanya mengapa Bibik Piot meninggalkan kami? Saya bersangka baik, dia masih mahu bekerja lagi di Malaysia tetapi tidak mahu dihantar pulang dan memohon permit baru. Bak kata sahabat saya, Wardina, “…her time servicing you has ended. Don’t despair, move on.” 

Bab pembantu rumah ini boleh jadi wirid ibu-ibu setiap kali bertemu.
“Pembantu akak dah 7 orang dalam tempoh 3 tahun ni!” *whaaaaat?*
“Pembantu ni kita bukan boleh percaya 100%”
“Eh, berapa ya awak bayar kat agen tu? Bagus tak pembantu agen tu?”
“Bukan boleh percaya agen tu! Kena ‘kencing’ ada lah!”
“Bibik kalau baik, nikmat! Kalau buat perangai, azab!”

Itu yang saya hadapi bila bertemu dengan sahabat-sahabat yang mendapatkan khidmat pembantu rumah (stay-in / tinggal bersama majikan). Perbualan dengan ibu-ibu yang tidak mempunyai pembantu rumah lain pula. Tetapi masih berkisar dengan perihal bentuk sokongan untuk mengemas rumah, memasak, menguruskan pakaian dan membantu urusan anak-anak (tak berpenghujung: mandi, makan, cebok, main. Repeat.)

Pokoknya, SEMUA wanita yang bergelar ibu dalam lingkungan saya memperakui keperluan ‘pembantu’ walau apa jua bentuknya, sepenuh masa, separuh masa, ahli keluarga dan lain-lain.

Pembantu Rumah : Keperluan, Krisis dan Alternatif

Biasanya perbualan atau perbincangan perihal pembantu rumah ini adalah perkara domestik. Siapa yang ambil kisah? Menteri Hal Ehwal dalam Rumah (Domestic Affairs Minister), seolah-olah disandang kekal oleh isteri, yang secara fitrahnya lebih prihatin tentang perkara-perkara di dalam rumah. Namun, siapa sangka apabila topik ini diangkat sebagai perbincangan utama dengan ahli politik (baca: ahli politik lelaki), ia menampakkan isu yang lebih mendasar dan lebih global.

Invoke Bicara Srikandi 7 Jun 2017

(Tudung dan jubah dari koleksi peribadi Anfaal Saari. Bukan tajaan sesiapa. *hint: siapa nak taja lain kali saya boleh iklankan….hihi*)

Input saya lebih kepada kefahaman wanita bahawa ‘pembantu rumah’ sebagai ‘pemudahcara’, bukan hamba dan bukan juga mengambil alih peranan mendidik anak. Ia bersifat sementara. Malah, ketiadaan pembantu rumah dalam melakukan kerja rumah (house chores), pada hakikatnya membantu membentuk karakter anak-anak. Anak-anak akan belajar melakukan semua tugasannya sendiri, belajar bertoleransi dan saling membantu sesama ahli keluarga dan pelbagai nilai mulia melalui kerja-kerja rumah ini. Walau apa pun, saya akui terdapat banyak faktor wanita memerlukan pembantu rumah. Kerjaya dan sebagainya.

Potensi Tenaga Kerja

Apabila YB Rafizi menyatakan beliau mengambil pendirian tidak popular, iaitu ke arah pemansuhan pengambilan pembantu rumah, saya tertanya-tanya apa impaknya kepada ekonomi negara dan juga sosial? Ahaa…rupanya beliau melihat dari jangka masa yang lebih panjang iaitu:

  1. Mengurangkan ketirisan potensi guna tenaga kerja dalam sektor domestic helper. Rakyat tempatan berpotensi menjana pendapatan dan memberikan perkhidmatan ini, justeru menjadikan negara sebagai kategori negara berpendapatan tinggi (high-income nation)
  2. Memberdayakan peranan dan pekerjaan care-giver untuk kategori penjagaan orang tua, anak-anak kelainan upaya dan lain-lain.
  3. Mengurangkan secara berperingkat pengambilan pekerja asing kerana ia memberi kesan kepada aliran tunai negara. Pekerja asing bekerja di sini tetapi pendapatan mereka akan dihantar pulang ke negara masing-masing.
  4. Kerajaan mengenakan kadar levi RM410 seorang. Pemeriksaan kesihatan pembantu juga melalui satu syarikat sahaja. Reviu kepada sumber pendapatan kerajaan melalui bayaran permit dan levi ini perlu dilaksanakan. Apakah nilai tambah kepada majikan? Apakah perancangan jangka panjang kerajaan untuk mengurangkan kos yang semakin meningkat dan membebankan majikan? Bukankah lebih ekonomikal jika dana ini disalurkan untuk mewujudkan pusat-pusat setempat untuk penjagaan kanak-kanak, orang tua, orang kelainan upaya YANG BERKUALITI dan mampu bayar pada rakyat? Realitinya, kemampuan mendapatkan khidmat pembantu rumah hanya terhad pada golongan berpendapatan sederhana tinggi dan ke atas. Bukankah rakyat bawahan juga memerlukan sistem sokongan yang sama demi menjaga kesejahteraan ekonomi dan keluarga?

Ya, negara maju hampir tiada norma pengambilan pembantu rumah. Mengapa? Kerana child-centre (taska), old-folk homes dan khidmat sokongan untuk anak kurang upaya disediakan oleh kerajaan dengan servis yang berkualiti. Rakyat tidak mengeluarkan belanja yang besar malah merasa selamat dan yakin pada institusi kerajaan tersebut. Ini tidak mustahil dilaksanakan di negara kita. Dengan syarat….tiada ketirisan dalam pengurusan perbendaharaan negara dan tatakelola yang baik. Meh tanya mana ya duit wan…em…dee…bee??
inner peaceKesimpulannya, tiada urusan yang bersentuhan dalam kehidupan kita tidak terlepas dari urustadbir yang baik. Yang kita mahu sebenarnya adalah a peace of mind. Inner peace, bak kata sifu Master Po Ping, watak proganis dalam Kungfu Panda.

Ibu-ibu para menteri urusan domestik wajar berfikiran kritis tentang penggunaan khidmat pembantu rumah. Dalam jangka masa pendek, mungkin sukar kita memansuhkan pengimportan tenaga asing tetapi kita berupaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak tempatan khusus dalam hal sistem sokongan. Bagaimana caranya? Ia perlu desakan dari bawah, kita: para ibu dan juga masyarakat, agar kerajaan menyediakan kemudahan-kemudahan yang kritikal dalam usaha membina negara yang sejahtera. Great nation developed when you give priority to family welfare and development! 

Sekali lagi, gaya hidup mana yang anda mahu? Bibik or Bibik-less life?

 

19238472_10155349428936996_154151986_o.jpg
Kenangan dengan Bibik Piot. We miss you Bibik!

Yang terus mengurus rumah saban hari,
Anfaal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s