3 Keadaan Ruh Yang Patut Kita Tahu

Adakah manusia mampu melihat ruh dan nafsunya dengan mata kasarnya? Apakah bentuknya? Apakah warnanya? Tidak nampak bukan? Ia tidak kelihatan tetapi kita yakin ia wujud di dalam jiwa manusia.

Kerana tanpa ruh manusia dikatakan tidak bernyawa atau tidak hidup atau mati. Manakala tanpa nafsu, manusia tiada keinginan apa-apa seperti keinginan untuk makan, minum, membeli, memiliki sesuatu, berkuasa, berkahwin, berpakaian dan sebagainya.

Sedangkan bila berbicara tentang ruh, Allah swt berfirman:

وَيَسأَلونَكَ عَنِ الرّوحِ ۖ قُلِ الرّوحُ مِن أَمرِ رَبّي وَما أوتيتُم مِنَ العِلمِ إِلّا قَليلًا
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang Ruh. Katakan: Ruh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja” (Al-Isra’: 85)

Jadi perihal ruh, ia adalah di dalam pengetahuan Allah sahaja melainkan hanya sedikit manusia dapat memahaminya. Tetapi Allah telah memandu manusia bagaimana untuk memelihara Ruh kita dan juga Allah telah mengajar kita apakah yang boleh merosakkan Ruh!

Peperangan antara Ruh dan Nafsu

Di dalam jiwa manusia setiap saat dan masa berlaku satu peperangan yang dahsyat, iaitu peperangan antara Ruh dan Nafsu: Yang mana yang lebih berkuasa mengendalikan jiwa manusia yang menghasilkan tindakan-tindakannya…

وَنَفسٍ وَما سَوّاها فَأَلهَمَها فُجورَها وَتَقواه قَد أَفلَحَ مَن زَكّاها وَقَد خابَ مَن دَسّاها
“Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya; Serta mengilhamkannya jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)” (Asy-Syams: 7-9)

Ruh selalu dilihat sebagai entiti yang baik yang dipandu oleh iman kepada Allah, manakala nafsu selalu dilihat jahat yang dipandu oleh bisikan-bisikan Syaitan atau kejahatan.

TIGA keadaan jiwa manusia di dalam pergelutan antara Ruh dan Nafsu:

1. Ruh mengatasi Nafsu

20161223_195559Apabila kedudukan Ruh mengatasi Nafsu maka Jiwa akan menjadi tenang kerana jiwa kita sebenarnya sedang BERZIKIR kepada Allah. Di mana Allah berfirman:

الَّذينَ آمَنوا وَتَطمَئِنُّ قُلوبُهُم بِذِكرِ اللَّهِ ۗ أَلا بِذِكرِ اللَّهِ تَطمَئِنُّ القُلوبُ
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia” (Ar-Ra’ad: 28)

Jiwa ini Allah gelar sebagai Jiwa yang tenang (Nafsul Mutma’innah):

يا أَيَّتُهَا النَّفسُ المُطمَئِنَّةُ ارجِعي إِلىٰ رَبِّكِ راضِيَةً مَرضِيَّةً
“Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang, Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!” (Al-Fajr: 27-30)

  • Jika dia seorang guru, maka jiwanya sentiasa ikhlas mendidik generasi baru untuk menjadi manusia yang berguna. Dia bersabar dengan cabarannya dan menganggap pekerjaannya sebagai satu ibadah.
  • Jika dia seorang pegawai kerajaan, maka dia seorang yang amanah dan jujur dengan semua tanggungjawabnya. Ketika bekerja dia tetap mengingati Allah di dalam hatinya. Rezeki halal yang diperolehinya digunaakan untuk menyara kehidupan keluarga. Walaupun sedikit, ia tetap harta yg berkat.
  • Jika dia seorang pemimpin negara, maka dia seorang pemerintah yang adil dan rahmah sesuai dengan apa yang dicontohkan oleh baginda Nabi saw. Dia mengetahui dirinya antara yang pertama dihisab oleh Allah swt di akhirat kelak. Oleh itu kepentingan dan kemaslahatan rakyatnya adalah utama melebihi dirinya.

2. Ruh dan Nafsu saling tarik menarik

Apabila kedudukan Ruh dan Nafsu saling tarik menarik, sebentar Ruh menguasai jiwa dan sebentar lagi Nafsu menguasai pula. Pertukaran antara Ruh dan Nafsu boleh berlaku dalam beberapa ketika atau sekelip mata. Dia menggunakan AKAL untuk berkira-kira antara dosa dan pahala, pertimbangannya adalah semata-mata pertimbangan akalnya bukan menggunakan pertimbangan iman dan ketaqwaan.

إِنَّ الَّذينَ آمَنوا ثُمَّ كَفَروا ثُمَّ آمَنوا ثُمَّ كَفَروا ثُمَّ ازدادوا كُفرًا لَم يَكُنِ اللَّهُ لِيَغفِرَ لَهُم وَلا لِيَهدِيَهُم سَبيلًا
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi pertunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar” (An-Nisa’: 137)

burnout-384083_640

Setiap kali Ruh dikalahkan oleh Nafsu, jiwanya akan berasa kesal dan menyesal. Dia bertaubat memohon ampun kepada Allah, kembali mengingati Allah dengan amal-amal yang mulia, dan kembali Ruh menguasai dirinya… dan begitulah berulang kali berlaku dalam setiap masa.

Keadaan jiwa seperti ini Allah gelar sebagai Jiwa yang Sesal (Nafsul Lawwamah):

وَلا أُقسِمُ بِالنَّفسِ اللَّوّامَةِ
“Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!” (Al-Qiyamah: 2)

  • Seorang yang tewas imannya kerana menuruti Nafsunya dengan menerima rasuah, tetapi akhirnya menyesal dan bertaubat. Setelah beberapa ketika dia diuji lagi dengan ujian yang lain, mungkin kali ini ujian yang lebih berat, dia tewas lagi dan bertaubat.
  • Seorang yang berbohong menyesali perbuatannya kerana telah menyebab pihak lain dipersalahkan. Kerana itu dia berasa kesal, lalu dia mengakui kesalahakannya dan memohon maaf dan bertaubat kepada Allah swt. Tetapi kadang-kala dia masih lagi berbohong kerana sudah biasa menipu dan tidak bercakap benar…

3. Nafsu mengatasi Ruh

Manakala yang terakhir, apabila kedudukan Nafsu mengatasi Ruh, inilah seburuk-buruk keadaan jiwa kerana segala pertimbangan jiwanya hanya ingin menurut SYAHWAT. Bisikan-bisikan yang membawa kepada perbuatan mazmumah yang membawa kepada dosa. Bukan sahaja logik akal, malah jiwanya langsung lupa kepada Allah swt.

Allah swt berfirman:

أَرَأَيتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلٰهَهُ هَواهُ أَفَأَنتَ تَكونُ عَلَيهِ وَكيلًا
“Nampakkah (wahai Muhammad) orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?” (Al-Furqan: 43)

Ketika ini Allah sesatkan jiwanya, Allah menutup pendengaran dan hatinya serta Allah butakan matanya dari kebenaran. Malah Allah mengilhamkan dirinya untuk melakukan kejahatan lagi dan lagi. Allah memalingkan hidayah dari jiwanya dan dia terus berada dalam kesesatan (Lihat surah Al-Jathiyah: 23). Na’uzubillah min zaalik!

Keadaan jiwa yang malang ini Allah gelar sebagai Jiwa yang membawa kepada kejahatan (Nafsul Ammarah Bissu’):

وَما أُبَرِّئُ نَفسي ۚ إِنَّ النَّفسَ لَأَمّارَةٌ بِالسّوءِ إِلّا ما رَحِمَ رَبّي ۚ إِنَّ رَبّي غَفورٌ رَحيمٌ
“Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Yusuf: 53)

  • Seorang pencuri duit tabung masjid bergembira dengan hasil curiannya. Terus berfikir bagaimana untuk menambahkan hasil curiannya. Kali ini dia melakukan dengan skala yang lebih besar iaitu dengan melakukan rompakan dan berhasil! Tidak cukup disitu, dia terus membuat siri rompakan yang melibatkan beberapa buah bank sehinggalah dia ditangkap oleh pihak berkuasa. Dia tidak menyesal malah berazam untuk memperbaiki taktik rompakannya di masa akan datang jika ada peluang.

 

Marilah kita muhasabah…

Apakah KEADAAN jiwa kita sekarang? Ruh mengatasi Nafsu atau sebaliknya? Adakah kita sedang berzikir kepada Allah atau kita sedang menuruti kehendak-kehendak Nafsu Syahwat yang tidak pernah puas?

mosque-1603765_640

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama memperbaiki keadaan jiwa kita dengan amal-amal yang menghampiri sunnah Nabi saw dan para sabahat baginda. Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan solat, zikir, membaca Al-Quran, menangisi dan bertaubat atas dosa-dosa kita yang lampau.

Moga Ramadhan ini menjadikan kita seorang muslim dan mu’min yang lebih baik. Amin!

Ramadhan kareem!

Ammar
Taman Melawati

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s