Semua Doa Kita Akan Dimakbulkan Allah? Begini Caranya

Hari ini sudah memasuki 11 Ramadhan dan secara fizikal sudah pasti badan kita mulai beradaptasi dengan rasa lapar dan dahaga. Zulfa (anak keempat saya) yang berumur 7 tahun pun sudah tidak bertanya terlalu kerap “berapa lama lagi nak buka puasa, Umi?” pada hari keempat dia berpuasa. Alhamdulillah.

Memandangkan Yasmin, 2 tahun setengah, masih merengek dan menangis ketika saya sedang melakukan pelbagai urusan, saya memilih untuk menunaikan solat terawih di rumah sahaja. Suami dan anak-anak lelaki sahaja yang ke masjid. Saya akan menjadi imam solat berjemaah dengan anak-anak perempuan di rumah.

Makan sudah.
Susu sudah.
Sediakan permainan pun sudah.

Drama Si Kecil

Angkat sahaja takbir untuk menunaikan Solat Isya’, si kenit berdiri di depan Umi menngangkat tangannya lalu merengek, “Nak kuumm! Nak kuumm! (dukung)” Saya teruskan bacaan Al-Fatihah. Merengek lagi. Saya tetap teruskan bacaan dalam solat. Merengek lagi. Kali ini saya tundukkan badan sedikit untuk mendukung Yasmin. 11 kg nak! Rukuk sambil merangkulnya di sisi. Boleh bayangkan tak rupa saya macam ibu orang utan yang mengelek anaknya di sisi dan bergerak ke mana-mana? Saya bersujud dan letakkan Yasmin di atas sejadah. Bangkit untuk rakaat seterusnya tanpa mendukungnya. Dia merengek lagi minta didukung.

Saya cuba untuk fokus pada bacaan Al-Quran di dalam solat. Melazatkan perasaan dengan menghayati ayat-ayat Allah berkaitan nikmat, azab dan juga kebesaranNya. Feeling meh. Tengah feeling-feeling ada pulak tambahan suara latar menangis, saya ringkaskan bacaan. Jiwa mula bergolak, “urghh…Umi nak solaaaattt!” Selesai solat isya’ saya ambil masa berehat dan melayani keperluan Yasmin. Agak-agak tenang saya sambung Solat Terawih dua rakaat. Ada ketikanya dia ok, ada ketikanya ingin didukung lagi.

Masuk rakaat keempat, saya tukar plan saya. “Ulya solat dengan Zulfa. Umi sambung solat kemudian. Umi nak settlekan Yasmin.” I think she’s sleepy and she just want to be cuddled to sleep. Ok misi selesaikan solat terawih Umi sambung pagi nanti sebelum sahur. Dengan kefahaman bahawa Solat Terawih itu boleh dilakukan sepanjang malam, maka saya memilih untuk berlaku rahmah pada anak kecil saya. Ya, ini misi solat terawih Ramadhan Umi kali ini. Mungkin 10 malam akhir waktu yang lebih sesuai beriktikaf dan berlama-lama di masjid. Doakan kami!

orangutanLarge1
Gambar Hiasan. Terima kasih WWF!

 

Mencapai Khusyuk dalam Solat

Ahad baru-baru ini, saya menghadiri sesi Usrah AWAN Gombak yang dikendalikan oleh Ketua Wanita kami, Puan Nor Aliza Abdul Latif. Slot pertama adalah mengenai khusyuk dalam solat. Ini merupakan revisi bagi saya dan sebuah peringatan (berulang kali mendengar cara menjaga hubungan dengan Allah pun kita tidak akan pernah rasa cukup) tentang mewujudkan rasa khusyuk dalam solat. Slot kedua pula adalah tentang menghayati ruh puasa.

Saya ambil peluang menyatakan pendapat dan kemusykilan saya sebagai seorang ibu beranak kecil. Bagaimana mencapai khusyuk dalam solat pada saat menghadapi situasi drama si kecil di atas. Jujurnya saya benar-benar rasa khusyuk apabila solat di malam hari. Pendapat saya ini disangkal oleh Puan Nora. “Tidak adillah Islam jika kita menunggu anak itu besar baru kita boleh khusyuk dalam solat. Apa jadi kalau ajal ibu sampai sebelum anak itu sempat besar? Boleh Anfaal. Kita memang boleh capai khusyuk dalam solat. Kita kena wujudkan zikrullah sebelum angkat takbir dan merasakan kebesaran Allah dalam hati kita. Urusan anak, bising dan lain-lain itu akan jadi kecil sahaja.” Allahu….memang saya tersentak! Ampunkan aku ya Allah. Ya, saya ingin capai kelazatan dalam ibadah, apa lagi peluang keemasan di dalam bulan Ramadhan.

Berdoalah!

Sebelum bergerak ke program Usrah AWAN, sambil melipat baju, saya memasang video Ustaz Nouman Ali Khan yang INI berkaitan tranfsormasi diri di dalam bulan Ramadhan. Punyalah panjang, sejam lebih video tersebut, saya tonton separuh sebelum pergi usrah dan sambung separuh lagi petang semalam. Banyak info baru (tonton sendiri lah ya) yang saya perolehi dari sudut sejarah, linguistik dan spiritual berkaitan ibadah puasa dari potongan ayat 183-186 Surah Al Baqarah tersebut.

Video NAK

Tetapi kupasan ayat ke 186 berkaitan DOA ini memang menggugah jiwa saya. Ya tentang doa. Saya tidak menghuraikan perkara baru, sekadar berkongsi apa yang disampaikan oleh Ustaz Nouman dari video tersebut (Boleh tonton minit ke 0:52:00 hingga 1:15:00 untuk penjelasan Ustaz)

وَإِذا سَأَلَكَ عِبادي عَنّي فَإِنّي قَريبٌ ۖ أُجيبُ دَعوَةَ الدّاعِ إِذا دَعانِ ۖ فَليَستَجيبوا لي وَليُؤمِنوا بي لَعَلَّهُم يَرشُدونَ

(Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”

وَإِذا – wa iza (apabila). Allah tidak menggunakan wa in (jika). Bermakna Allah bersedia bila-bila masa apabila hambaNya berdoa.
Allah menjawab: “Sesungguhnya AKU dekat/hampir.” Malah, soalan ini ditanyakan oleh Rasulullah mewakili para sahabat, lalu Allah menjawab bukan dengan ayat faqul lahum “beritahu mereka”, tetapi langsung dengan berkata “Aku DEKAT!”

Kedekatan Allah adalah satu lagi ciri yang menjadikan kita semakin tunduk dengan kebesaran Allah. Dekat yang bagaimana? Dekat yang Dia mendengar apa sahaja yang kita minta. Dekat yang membuatkan kita hormat. (Bagaikan guru berdiri betul-betul di sebelah meja kita, pasti terasa segan untuk berbuat sesuatu yang tidak baik).

Allah menggunakan perkataan عِبادي – HambaKU. Penggunaan AKU mewakili dirinya dalam dua keadaan di dalam Al-Quran; sama ada untuk keadaan sangat murka atau sangat sayang. Lots of Love! Dalam konteks ayat ini, Allah mengatakan فَإِنّي قَريبٌ – fainni qariib (Sesungguhnya aku dekat), adalah dengan penuh kasih sayang pada hambaNya.

 أُجيبُ – Ujiibu (Allah menjawab dengan segera). Perkataan Arab lain bagi menjawab adalah astajiibu. Astajiibu bermakna saya akan jawab bergantung kepada kelapangan, dan ini tidak sesegera ‘ujiibu’. Subhanallah! Allah terus jawab, tanpa syarat! Immediately!

Allah juga menggunakan singular / kata tunggal bagi do’a iaitu دَعوَةَ. Nak berdoa satu sahaja pun, walau pun dalam setahun sekali sahaja kita berdoa, pun Allah dengar. Kita mungkin pendosa sepanjang masa, tetapi hanya dengan SATU doa sang pendosa, Dia tetap mendengar dan menyahutnya. *nangis* Malah Allah mengetahui setiap hambaNya yang berdoa, bukan secara umum. Dia tahu hambaNya, seorang bernama Anfaal berdoa memohon dikurniakan kekuatan dalam menghadapi cabaran. Kerana pemilihan kata الدّاعِ (pemohon itu) adalah ismul ma’rifah, nama yang dikenali. Huruf alif lam adalah spesifik, know in particular. Subhanallah! He knows me, He knows US!

Dalam ayat doa ini, Allah meletakkan kerja buat KITA dahulu diikuti dengan Dia memperkenankannya. Tidak seperti dalam surah Al Fatihah, kerja buat adalah dari kita sebagai hamba terlebih dahulu: إِيّاكَ نَعبُدُ وَإِيّاكَ نَستَعينُ (Kepada Engkau kami sembah, kepada Engkau kami minta pertolongan). Jadi apa tunggu lagi? Doa sahaja…bila-bila masa, tanpa syarat daripadaNya.

doa spread salam.jpg
Kredit: https://www.facebook.com/SpreadSalam/

Lalu Allah menuntut kita dengan apa? Allah meminta kita فَليَستَجيبوا لي (hendaklah mereka menyahut seruanku) bukan فَليجيبوا لي , walaupun maksudnya menyahut/menjawab. Kerana Allah memberi ruang kita sebagai HambaNya menjawab apabila dipanggil, bukan serta merta atau sepanjang masa. Subhanallah! Allah menyahut kita TANPA SYARAT, tetapi Allah beri ruang kita menyahut seruanNya. Nikmat manakah yang kita dustakan?

Dan ayat anjuran berdoa ni berada dalam rangkaian ayat-ayat berkaitan Ramadhan. The joy of Ramadhan is in making doa!

Jadi, bagaimana supaya doa kita dimakbulkan Allah? Mudah sahaja: Berdoa sahajalah. Angkat tangan kita, menadah dengan penuh rasa kehambaan dan bacalah rantaian doa-doa kita. Optimis!

Jom berdoa banyak-banyak di bulan Ramadhan. Ambil kesempatan terbaik ini. Mungkinkah ini Ramadhan terakhir kita?

Anfaal

Jangan lupa doakan saya kebaikan di dunia dan juga di akhirat ya!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s