Dia baca Quran laju-laju boleh ke?

Terdapat 4 tahapan atau pun kaedah bacaan Al-Quran yang mana kita boleh baca perlahan-perlahan, relax, sederhana laju dan laju! Tetapi ada syarat-syaratnya…

Rasulullah saw bersabda:
“Bacalah Al-Qur’an, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat/pertolongan kepada orang yang membacanya.”
(HR. Muslim)

Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran, umat Islam dituntut untuk melazimi bacaan Al-Quran di bulan ini. Selain bersempena bulan diturunkan Al-Quran, bulan ini juga dilipat-gandakan pahala lebih banyak dari bulan-bulan lain.

Allah berfirman:
إِنّا أَنزَلناهُ في لَيلَةِ القَدرِ
“Sesungguhnya kami menurunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadar”
(Al-Qadar: 1)

Siapa pernah mengira bilangan huruf di dalam Al-Quran? Banyak kan? Setiap huruf yang dibaca akan dikurniakan pahala dan dilipat-gandakan pahala tersebut. Oleh itu beruntunglah orang yang berjaya khatam iaitu habis membaca 30 juzuk Al-Quran, tentu banyak pahalanya jika ia dibaca dengan betul.

Mengapa sekali khatam sahaja?

Bukankah kita tamakkan pahala? Bagi yang mampu untuk membaca dengan lebih laju dan menepati hukum hakam tajwid, mengapa tidak khatam beberapa kali? Pastinya bacaan kita menjadi lebih laju berbanding membaca untuk sasar khatam sekali. Jadi baca Al-Quran pun ada speed limit ke? Mari kita kaji sama-sama…

Terdapat 4 tahap bacaan Al-Quran:

1. At-Tahqiq

Terdapat beberapa ciri bacaan Tahqiq, iaitu:

  • Bacaan yang paling perlahan. Ini adalah tahap bacaan orang yang baru belajar membaca Al-Quran di mana dia perlu menyebut setiap kalimat Al-Quran dengan jelas dan terang
  • Seboleh-bolehnya membunyikan makhraj huruf dengan tepat, memastikan kedudukan lidah sesuai dengan huruf yang dilafaz, tepat dengan sifat huruf yang dibaca, memenuhi semua hak-hak huruf Al-Quran
  • Menepati panjang pendek mad serta bilangan-bilangan harakatnya (bukan bilangan rakaat ya!).
  • Membunyikan dengung pada tempatnya
  • Serta memelihara semua hukum hakam tajwid dengan sempurna.

Bacaan Tahqiq ini biasanya berguru dan gurunya akan mendengar serta menegur bacaannya. Mungkin agak ‘ketat’, oleh kerana itu dia akan selalu ditegur dan terus memperbaiki bacaannya. Jangan pula merajuk bila kerap ditegur ya. Bersabar.

Di dalam bulan Ramadhan, orang yang baru belajar membaca atau pun masih amatur, tidak perlu menyasarkan untuk khatam keseluruhan Al-Quran tetapi lebih utama untuk dia memperbaiki bacaannya supaya menjadi lebih tepat. Jika ada peluang untuk khatam, maka alhamdulillah.

Rasulullah saw bersabda:
“Orang yang paling baik adalah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya (kepada orang lain).”
(HR. Bukhari)

2. At-Tartil

Seperti bacaan Tahqiq di atas, cuma bacaannya lebih lancar, bersahaja dan melafazkan huruf-huruf pada ayat-ayat yang dibaca dengan tepat tetapi tidak berlebih-lebihan. Bacaan Tartil adalah bacaan yang sederhana (tidak kurang dan tidak melampau-lampau) dari sudut sebutan makhraj, riak wajah ketika membacanya. Tenang.

Allah swt berfirman:

وَرَتِّلِ القُرآنَ تَرتيلًا
“Maka bacalah Al-Qur’an dengan (bacaan yang) tartil (yang sebaik-baiknya).”
(Al-Muzammil: 4)

Bukan itu sahaja, malah bacaan Tartil juga sedikit sebanyak mampu mentadabbur bacaannya, menangkap hukum dan pengajaran daripada ayat yang sedang dibacanya. Tidaklah semua, mungkin beberapa ayat yang mengesani jiwanya. Oleh itu dia juga sedikit sebanyak memahami Bahasa Arab, pada kadar yang minima.

Bacaan Tartil adalah bacaan yang terbaik dan paling tepat dengan sunnah Nabi saw dan para sahabat di dalam bulan Ramadhan. Setiap huruf dikira sebagai pahala. Setiap pahala pula digandakan lagi ketika di dalam bulan Ramadhan. Beruntunglah orang-orang yang berjaya membaca secara tartil dan mampu khatam di dalam bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran!

3. At-Tadwir

Bacaan yang lebih laju berbanding bacaan Tartil, tetapi ia tetap memelihara hukum hakam tajwid.

Bacaan tadwir bagi mereka yang tidak terlalu mengejar masa. Contohnya seperti bacaan semasa solat atau orang yang menyasarkan untuk khatam sekali atau beberapa kali di dalam bulan Ramadhan dan sebagainya.

Contoh lain, biasanya rakaman-rakaman audio para qari (pembaca Al-Quran) yang terkenal akan membaca secara Tadwir. Seperti Syeikh Said Al-Ghamidi, Syeikh Misyaari Rasyid Al-Afaasi dan lain-lain. Saya percaya masing-masing kita ada qari kesukaankan? Nah, boleh browse dan download mp3 bacaan para qari terkenal di sini

4. Al-Hadar

Ini adalah tahap bacaan yang istimewa kerana ia adalah tahap bacaan para huffaz (plural kepada hafiz) Al-Quran. Bacaan yang paling cepat dalam masa yang sama memelihara hukum-hakam tajwid. Bacaan tahap Hadar ini biasanya ketika muraja’ah (mengulangkaji) hafazan Al-Quran supaya tidak lupa atau hilang dari ingatan.

Ini kerana memelihara hafazan adalah lebih sukar dari pertama kali menghafaz ayat-ayat Al-Quran berkenaan, sebab itu mereka mesti ulang dan ulang. Memang kita semua akan geram bila terlupa ayat-ayat di dalam surah yang suatu ketika-dahulu-kala kita pernah menghafaznya.

Kadang-kadang terasa nak hantuk-hantuk kepala kerana geram… kan? Sebenarnya kita lupa kerana kita tidak muraja’ah, itu sahaja. Cara muraja’ah yang paling mudah adalah membacanya ketika solat setiap hari. Atau bagi yang sudah berkeluarga boleh memperdengarkan bacaan dengan pasangan masing-masing atau minta anak kita dengarkan.

Contoh lain bacaan Hadar adalah ketika Solat Tarawih, di mana para imam akan membaca Al-Quran dengan kadar yang laju jika dia mensasarkan 1 mukasurat untuk satu rakaat. Jika imam baca sedap, makmum akan enjoy mendengar bacaannya. Jika tak sedap, bersabarlah. Atau pegang mushaf Quran dan ikuti bacaan imam tersebut di dalam hati.

pck baca Quran

Sama-sama kita amalkan

4 tahapan atau kaedah bacaan Al-Quran ini bukan mengajar kita siapa baca perlahan atau pantas atau siapa yang khatam lebih banyak tetapi tujuannya adalah kita berterusan memperbaiki bacaan Al-Quran kita dari masa ke semasa.

Rasulullah saw sendiri walaupun baginda adalah yang pertama menerima wahyu Al-Quran juga tetap muraja’ah (mengulangkaji) bersama Malaikat Jibrail as setiap kali di bulan Ramadhan. Mari kita sama-sama amalkan, kerana saya pun baaanyak lupa hafazan-hafazan lepas.

*Nota: Jika ada komen atau tambahan dari corentan saya di atas mohon dimaklumkan kepada saya ya. Saya juga belajar sama insyaAllah.

Akhukum,
Ammar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s