Left group….

3 Ramadhan 1438H

Ada orang left group atas banyak perkara.

Ada yang rimas group mengandungi kandungan berita atau tularan maklumat yang tidak seperti tajuk group tersebut. (Ahli grup ibu bapa kelab kelas anak saya pernah berbalah kerana ada yang tersalah forward tazkirah. Tujuan utama grup diwujudkan adalah untuk berbincang hal berkaitan persekolahan anak-anak sahaja. Sebarang tazkirah dan hebahan yang tidak berkaitan tidak digalakkan.)

Ada yang tidak boleh menerima teguran kerana berbeza pendapat. Lalu keluar perkataan “…patutlah semua dalam grup ni bangang..#*&^…” dan terus left group!

Ada yang left group sejurus dimasukkan kerana admin tidak beri pengenalan atau minta izin terlebih dahulu. Atau left group terus kerana mengetahui ia bertujuan untuk menambah beban tugasnya. (Sounds familiar eh?)

Saya tiada masalah untuk sesiapa untuk menyertai atau meninggalkan mana-mana whatsapp group kerana kebebasan bersuara adalah sebahagian daripada elemen penting dalam mewujudkan toleransi dalam muamalah seharian.

how-to-exit-whatsapp-chat-group_thumb[18].png

Adab Berbeza Pandangan 

Kalau dah duduk dalam whatsapp group yang ada kapasiti 150 orang members, memang realitinya tidak semua ahli mempunyai cara pandang dan cara bercakap yang sama. Betul tak? Tambah lagi emoji tidak semestinya menggambarkan ekspresi wajah sebenar anda. Apa lagi kalau ada yang salah tafsir emoji. Parah!

discussing-future-of-education-e1471001723903.png

Berhujah balas perkara serius di dalam whatsapp group juga boleh buat sesetengah orang naik temperature. “Kurang ajar!” Mujur tak baling smartphone sahaja. *Chill!

Berikut saya senarai bebas adab-adab dalam berbeza pandangan:
1. Mulakan dengan premis: Allah menciptakan manusia dari pelbagai puak dan kaum (pastinya pembentukan sikap dan karakter semua berbeza)

2. Set dalam minda bahawa apa yang betul bagi kita mungkin tidak dilihat betul bagi orang lain. Begitu juga sebaliknya. Benchmark siapa yang lebih betul? Sebagai Muslim, pastinya rujukan utama adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi dalam huraiannya, kita melihat konteks perbincangan agar konklusi perbincangan lebih tepat dan membumi.

3. Pilih perkataan yang wajar. Elakkan memaki, mengeji dan menghambur perkataan yang tidak wajar.

4. Jika suhu perbincangan sudah membuak-buak, pilihlah untuk menghormati perbezaan tersebut. Berdiam lebih baik. Agree to disagree. “I rest my case.”

Dalam sebuah hadith daripada Abu Umamah yang menyebut bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya, “Aku menjamin sebuah rumah di pinggiran syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun ia benar, dan sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta, dan sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperelokkan akhlaknya.” (H.R. Abu Dawud)


5. Sekiranya topik tersebut perlu didiskusikan, tetapkan tarikh masa dan tempat untuk bersemuka dan berbincang. Sambil minum kopi di tempat yang sejuk. Suasananya pasti berbeza kerana kita berbincang face-to-face, bukan smartphone-to-smartphone.

Budayakan Perbincangan Sihat

Saya melihat perkembangan budaya antara-generasi, Baby Boomers, Gen-X, Gen-Y, Millenials. Dulu, anak kecil langsung tidak dibenarkan duduk bersama apa lagi mendengar perbincangan orang dewasa. Menyampuk jauh sama sekali. Hari, ini ruang perbincangan sudah menerobos jauh dari hal peribadi hingga ke ruang umum. Apa sahaja hal peribadi yang ‘instagrammable’ dikongsi. Komen dan diskusi adakalanya mencapah jauh dari konteks sebenar status. Adakah ini petanda baik atau satu penyakit?

Emoji_Icon_-_Thinking_grande

Membudayakan perbincangan secara sihat dan terbuka adalah penting dalam usaha menjadikan masyarakat dan negara kita progresif dan berdaya saing. Tidak setuju dengan sesuatu, ayuh kita bincangkan. Lagi penguasa larang sesuatu bahan bacaan atau bahan tayangan, sebenarnya meningkatkan rasa ingin tahu dan keterujaan membaca atau menontonnya. Saya pernah menghadiri sebuah Seminar Masa Depan Penerbitan di Malaysia di Universiti Malaya pada akhir 2015. Antara penceramah jemputan adalah tokoh kartunis politik, Zunar.  Beliau kini menghadapi 43 tahun hukuman penjara dalam beberapa pertuduhan mahkamah kerana mengkritik kerajaan melalui karya kartunnya.

Kata Zunar,

“Jangan rampas karya saya. Usah keluarkan terus larangan pada karya saya, Yang mana tidak setuju, diskusikan. Biar rakyat yang menilai atas dasar perbincangan terbuka. Bukan sorokkan dan diamkan kebenaran.”

Elakkan penggunaan kata-kata kesat. Berbincanglah atas hujah dan fakta, bukan dengan sentimen emosi. Usah bermudah-mudah melabel golongan yang berani memberi pendapat luar kebiasaan sebagai LIBERAL. Liberal label is overrated, guys!

La’allakum Tatafakkaruun

Agar kamu menjadi golongan berfikir. Agar kamu menjadi orang yang beraqal. Terlalu banyak ayat di dalam Al-Quran yang mengajak kita membudayakan Zikir dan Fikir. Allah membentangkan alam dan seluruh fenomena ciptaanNya untuk kita berfikir. Sumber rujukan kita sudah tentu dari Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi itu tidak membantutkan kita untuk terus berfikir dan mencari solusi dalam permasalahan masyarakat. Elakkan dari membahas perkara tauhid dan pokok dalam agama, namun ruang perbincangan dalam perkara muamalah terlalu luas dan berkembang mengikut zaman dan tempat.

Tidakkah kita terfikir, mengapa hari ini Allah mengilhamkan para teknologis mewujudkan medium-medium perbincangan dan penyebaran maklumat super-pantas? Mahu sampaikan apa – namakan sahaja. Teks, audio, imej, video. Yang telah berlaku mahupun secara Live. Apa sahaja! Kita ada hari ini. (Ulamak kontemporari mungkin perlu mengeluarkan Fiqh Media Sosial sebagai panduan). Kemudahan platform dan medium ini menuntut kita berdisiplin dalam muamalah. Adabnya, waktu berdiskusi dan belajar menghormati antara satu sama lain.

Ketuklah papan kekunci smartphone kita dengan fikir dan bukan dengan emosi. Ayuh isi Ramadhan kali ini dengan berbincang dengan penuh rasa hamba bukan mendabik dada.

Fikir-fikirkan!
Anfaal 

 

One thought on “Left group….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s