Lailatul Qadar: Spiritual atau Taktikal?

Semalam semasa sesi tazkirah bersempena Ramadhan bersama keluarga, seperkara yg saya pesan pada isteri dan anak-anak adalah tentang Qiamullail dan Lailatul Qadar

Secara umumnya malam Lailatul Qadar tu boleh jadi dianugerahkan kepada sesiapa sahaja di bulan Ramadhan ni samada orang yang berusaha mendapatkannya atau pun tidak. Ia sebenarnya adalah ANUGERAH Allah swt. Secara umumya, ia boleh berlaku pada mana-mana malam di dalam bulan Ramadhan.

Lebih-lebih lagi kepada hamba-hambaNya yang berusaha dan berharap keampunan Allah (ihtisaaban…) nescaya Allah akan kurniakan malam yang lebih baik dari 1,000 bulan tu (Al-Qadar: 3):

لَيلَةُ القَدرِ خَيرٌ مِن أَلفِ شَهرٍ

3. Malam Lailatul Qadar itu lebih baik (ganjarannya) dari seribu bulan

Saya lebih cenderung untuk fokus kepada ciri “berharap” daripada membincang tip-tip “memburu” malam Lailatul Qadar yang selalunya bersifat taktikal/teknikal seperti: Bila? malam ke berapa? malam ganjil atau genap? malam ganjil di Mekah atau malam ganjil di tanah air? 10 hari terakhir sahaja? mesti qiamullail di masjid sahaja? kalau di surau tak boleh ke? Aaa… perempuan susah dapat lailatul qadar sebab ‘period’??? … Sehinggalah berhabis masa berkongsi ciri-ciri hari keesokkannya? perubahan pd diri dan sebagainya… termasuklah bercerita malam semalam kononnya dapat lihat pokok pun sujuddd??? haa! banyak persoalan kan kawan2? 😉

lailatul-qadar-shutterstock_20150705_155235

Renungkan hadith Nabi saw yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim berikut:

:عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
” مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ “

رواه البخاري 37 ومسلم 759

Bermaksud: Dari Abi Hurairah, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:

“Sesiapa yang bangun (untuk beribadah pada malam) Ramadhan dengan penuh keyakinan dan penuh pengharapan (kepada Allah), maka akan diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu” (HR Bukhari & Muslim)

Lain orang, lain malam Lailatul Qadarnya?


Ciri-ciri orang yang berharap samada lelaki atau perempuan adalah dia sentiasa mengintai SEMUA peluang, dengan kata lain dia berusaha pada semua kemungkinan untuk mendapatkan malam tersebut. Jadi pesan saya kepada isteri dan anak-anak agar seboleh-bolehnya setiap malam di bulan Ramadhan ni kita sama-sama bangun malam (qiamullail), solat, baca Quran dan berdoa. Dan di setiap ibadah malam tersebut perlu ada keyakinan (iman) dan berharap (ihtisab) kepada Allah, agar Allah menerima segala ibadah kita walaupun pada malam tersebut ibadahnya sekadar 2 rakaat solat sahaja atau selembar bacaan Quran.

Boleh jadi, lain orang, lain malam Lailatul Qadar yg ditempuhinya? Mungkin ada yang mengalaminya pada hari pertama Ramadhan lagi kerana sangat berharapnya dia kepada Allah… Sedangkan ada orang lain pula menempuhi pada malam yang berlainan. Seperti biasa atau secara tradisinya, ramai menggunakan istilah “memburu” Lailatul Qadar di 10 malam terakhir Ramadhan. Sekali lagi, semua itu adalah anugerah Allah swt.

Oleh itu tak perlulah kita membanding-bandingkan hari esok yang kita lihat yang kononnya malam tadi (satu-satunya malam yang kita bangun qiamullail) adalah malam Lailatul Qadar, sehingga membuatkan orang lain rasa macam nak baling kasut kat kepala dia – dush!

Wanita-wanita & Ibu-ibu yang dikasihi…

Jadi kepada wanita-wanita dan ibu-ibu, janganlah risau kerana selain hari-hari period yang tidak boleh beribadah khusus, banyak lagi ibadah-ibadah lain yang boleh dilakukan. Dan hari-hari ‘bersih’ yang lain boleh dimanfaatkan sehabis-habisnya untuk menghidupkan Ramadhan. Allah swt lebih mengetahui siapa hambaNya yang bersungguh-sungguh mendapatkan redha dan keampunanNya. Pst… Berbakti kepada suami dan keluarga juga sebahagian dari ibadah!

Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa bagi umat Muhammad saw. Berlainan orang berlainan pula perasaan dan pengalaman Ramadhannya. Allah Maha Adil kepada semua hamba-hambaNya dalam peribadatan hamba kpdNya.

Salah seorang guru saya pesan: “Mudah sahaja untuk mendapatkan Ramadhan yang terbaik iaitu: Tinggalkan sahaja perkara-perkara lagha (perkara yang sia-sia, yang tidak mendatangkan pahala) di sepanjang Ramadhan…”.

Dengan kata lain perbuatan-perbuatan kita di sepanjang Ramadhan adalah perbuatan-perbuatan yang mendatangkan pahala (baca: ibadah) sahaja.

Bilakah waktu malam untuk Qiamullail?


Secara umumnya: Bermulanya Solat Tarawih, maka bermulalah aktiviti menghidupkan malam Ramadhan, sehinggalah waktu sebelum subuh keesokkan harinya. Jadi sepanjang malam tersebut hidupkan dengan tilawah Quran, solat-solat sunat, iktikaf di masjid, tidur untuk berehat, berdiskusi, berfikir, berzikir dan sebagainya. Apa lagi yang boleh kita buat? Masing-masing tambahkan sendiri ok!

2012-08-18 20.15.37

Sedikit yang berterusan itu lebih baik, tetapi dalam bulan Ramadhan ni ayuh kita tingkatkan lagi ya!

Moga Ramadhan ini seperti Ramadhan terakhir kita, Ramadhan yang terbaik!

Suami Anfaal,

Ammar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s