RM50 ribu dalam tangan, ke mana destinasi?

Dalam sebuah pertemuan dengan salah seorang pimpinan Parti Amanah Negara, beliau menceritakan pada saya:

Saya bertanya kepada 5 orang anak muda, “Bayangkan saya beri kamu setiap orang RM50 ribu. Beritahu saya negara mana yang kamu mahu lawati?”
Antara jawapan yang diberikan adalah Jepun, Australia, England, New Zealand dan Korea.

Saya bertanya pada mereka, “Kenapa tidak memilih negara-negara Islam atau Muslim majoriti seperti Pakistan, Afghanistan, Sudan dll?”
Mereka menjawab, “Tidak selamat dan merbahaya.”

Satu rumusan mewakili imej negara-negara pilihan anak-anak muda tersebut: BERSIH dan SELAMAT.

Ukuran Kebersihan

Sesebuah negara diukur tahap kebersihannya menurut Indeks Prestasi Persekitaran (Environmental Performance Index-EPI). Prestasi persekitaran dikira berdasarkan Kesihatan Persekitaran dan Daya Saing Ekosistem. Laman ini mencatatkan EPI ranking 179 buah negara di dunia. Jom kita teliti!
EPI 2016(Sumber: https://knoema.com/lycuiyf/environmental-performance-index)

Negara pada ranking 20 teratas dimiliki oleh negara-negara majoriti bukan orang Islam dan pemerintahnya juga bukan Islam. Jom cuci mata kejap top image Google paparkan dengan carian pada negara-negara ini.

 

FINLAND

SPAIN

SINGAPORE

Damai bukan? Terasa suci untuk solat di mana-mana juga. Saya tertanya-tanya, apakah nilai yang diyakini oleh pentadbir negara ini dan juga rakyatnya? Siapa tidak suka persekitaran yang bersih, kan? Fitrahnya manusia walau apa anutan agama pun pasti tertarik kepada kebersihan dan keindahan. Nilai bersih adalah nilai universal tetapi mengapa, oh mengapa, penganut agama yang menyatakan “Kebersihan adalah sebahagian daripada iman” tidak menganggap komitmen menjaga kebersihan alam sekitar sebagai satu manifestasi iman dan juga ibadah?

Mari kita lihat pula ranking 20 terbawah dalam EPI ranking yang sama tadi.

EPI 2016 bottom 20.png

Adakah negara majoriti Muslim ini sebenarnya memegang nilai yang sama tetapi budaya bangsa turun temurun menjadikan nama Islam terpalit sebagai memiliki negara-negara yang terendah tahap kebersihan persekitarannya?

Commonless Common Sense

Bagaimanakah ulamak yang mengajar ilmu Al Quran, Hadith dan pelbagai bidang syariah di negara-negara ini mendidik penuntut-penuntutnya menterjemahkan ilmu-ilmu tersebut dalam tata urus persekitaran negara mereka? Kehebatan Islam terletak pada ketinggian dan kehebatan ilmu wahyu DAN juga pada kecerdasan kita mengaplikasi dalam kehidupan. Religiosity (keberagamaan) seseorang hilang apabila ilmu wahyu yang difahaminya tidak dihayati dalam hubungan sesama manusia dan alam.

Dr Maszlee Malik dalam pembentangannya di Seminar NUNJI Kota Raya anjuran Parti Amanah Negara Wilayah Persekutuan pada 13 Mei 2017 berkata, “kelemahan sikap ini menandakan hilangnya common sense.” Commonless Common Sense…

Usah salahkan agama. Agama mengajar nilai-nilai fitrah. Yang gagal adalah kita, penganutnya, untuk menterjemah dalam aplikasi kehidupan. Hidup seorang Mukmin bukan hanya tentang hubungan manusia dengan Tuhan, tetapi juga manusia dengan seluruh makhluk ciptaan Tuhan.

The Guardian - cleanliness.png

Undang-undang Pembentuk Sikap?

Adakah kita perlu mengambil langkah penguatkuasaan undang-undang yang ketat, seperti Singapura yang mengenakan denda atas salah laku pada kebersihan awam? (Sumber: https://www.theguardian.com/cities/2015/jun/15/cleanest-city-world-calgary-singapore)

Singapore also fines people for putting spent chewing gum anywhere other than a bin ($100), for urinating in lifts ($500), and for failing to flush a public lavatory ($100).

Sikap vs Kepercayaan agama. Yang mana penentu nilai kebersihan sesebuah negara? Saya tinggalkan persoalan ini pada semua.

Malaysia Bersih dan Sihat Menjelang Tahun 2020?

Rahmah bermula di negara sendiri. Mahu tahu apa yang diusahakan di negara kita? Rupanya negara kita sudah memiliki Pelan Tindakan Kebersihan Kebangsaan 2015-2020. Antara objektif khusus yang ingin dicapai di dalam Pelan Tindakan ini adalah:

Meningkatkan amalan pengurusan sisa pepejal yang sistematik dalam kalangan masyarakat

Saya sangat menyokong usaha murni ini! Sebagai seorang ibu yang masih memiliki anak kecil yang memakai lampin pakai buang, saya diselimuti rasa bersalah menggunakan lampin pakai buang dan mengetahui bahawa jangka masa untuk pelupusannya mengambil masa beratus tahun. Usaha pengasingan sisa pepejal ini membantu mengurangkan tempoh pelupusan sisa buangan domestik.

Jangan tuding jari pada orang, ayuh kita mulakan dengan diri kita sendiri. Siapkan beberapa tong sampah berasingan di ruang dapur anda:

  • Sisa organik – perut ikan, kulit pisang, kulit bawang dll
  • Plastik – botol plastik, bekas plastik, pembungkus makanan dll
  • Kaca/tin – botol kaca, bekas tin
  • Kertas – kotak, kertas dll.

Hanya dengan usaha yang minima dan sedikit kerajinan agar menjadi satu kebiasaan keluarga, kita sebenarnya menyumbang kepada pengurusan sisa pepejal yang sistematik serta meningkatkan daya saing (vitaliti) ekosistem negara kita. Sikap yang paling penting: Jangan buang sampah merata-rata! Walau secebis kertas kecil.

Yang suka pada kebersihan,
Anfaal Saari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s