Kenapa Kita Ingin Kembara?

Hujung minggu lepas saya berpergian ke bumi kenyalang. Perbualan saya dengan rakan-rakan tempatan berlegar di sekitar topik kerjaya mereka sebagai guru di kawasan pedalaman, jarak yang jauh antara satu daerah ke daerah lain (kerana negeri Sarawak sendiri saiznya lebih besar dari Semenanjung Malaysia) dan juga kekayaan budaya serta sumber alam bumi bertuah ini.

Antara yang menarik adalah saya berkenalan dengan seorang wanita berkerjaya sebagai jurutera tetapi sangat meminati travelling. Masih solo. Beliau memilih travel ala backpacker. Hanya satu beg galas dan memilih hostel dan kediaman kenalan baru sebagai tempat penginapannya. “Saya tak boleh lama dalam Malaysia. Saya mesti rasa nak keluar. Tengok negara luar.”¬†Menurut rakannya, apabila saya bertanya negara manakah yang telah dikunjungi, lalu rakannya berseloroh, “Akak tanya negara mana yang dia belum pergi.”

Jawabnya: “Alhamdulillah dah 40 buah negara.”

Perghhh!! EMPAT PULUH! Hebaaaat MasyaAllah.

Kenapa ke luar negara?

Seorang wanita.
Warga Malaysia.
Berani.
Mengembara.

Membuatkan saya tertanya-tanya, kenapa ke luar negara? (*facepalm* ada ke orang tak nak keluar/ ke luar negara ni?) Adik saya – 3 orang ke luar negara. 2 orang ke United Kingdom untuk menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana. Seorang lagi bekerja di New Zealand (South Island tepatnya – lokasi penggambaran Lords of The Ring). Pengalaman peribadi adik-adik saya sendiri menggambarkan mengembara itu membuka ufuk pemikiran baru dalam kehidupan. Ada pelbagai sebab warga Malaysia ingin mengembara; baik untuk menyambung perjalanan, mencari peluang pekerjaan yang lebih baik, sebagai pelancong dan tidak kurang juga berhijrah untuk bermukim terus di negara asing.

Al Quran juga menganjurkan kita untuk berjalan melihat bumi Allah yang luas ini:

Awalam

“Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-Rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.” (Surah Ar-Rum: 9)

Walau apa pun niat dan hasratnya, saya hormati pilihan warga Malaysia untuk ke luar negara. Jauh di dalam hati kecil saya, terasa cemburu juga tetapi tidak kunjung putus berdoa agar impian satu hari mengembara bersama suami dan anak-anak saya tercapai. My Bucket list: tempat-tempat kegemilangan Islam dan lokasi indah dokumentari Earth BBC (sebab suami selalu ulang tanya saya: “Boleh tak kita sampai tempat tu?”)

Letters to Home

LTHBuku ini adalah terbitan sulung Matahari Books, sebuah syarikat imprint Fixi. Penyusunnya adalah anak-anak muda bangsa Malaysia: Aish Kumar, Nik Mohamed Rashid Nik Zurin dan Ooi Kok Hin.

Saya meminati apa sahaja karya anak muda kerana saya suka meraikan kreativiti dan keberanian dalam membuat sesuatu. Buku ini mengandungi surat-surat dari anak-anak muda. 24 universiti, 7 negara dengan 1 harapan.

Menarik kan? Ingin tahu lebih lanjut boleh dapatkan senaskhah di sini.

Tidak perlu bersetuju dengan semua pandangan mereka tetapi bacalah dengan jiwa sebagai seorang anak Malaysia. Hayati suara hati mereka.

Saya tertarik dengan surat Ooi Kok Hin dalam mukasurat 79 buku ini yang bertajuk “To All Malaysians, Welcome Home”. Saya berkongsi suara hati yang sama;

“..My identity falls apart without attachment to my country. Without me, my country will still go on as usual. Without my country, I’m nothing….It is not enough to air our grievances as keyboard warriors. It is not enough to vote once every five years. We are called to defend our rights and perform our duties as citizens every day. If something is not right, make it right. Fix the house, don’t burn it down.

Kok Hin dan saya, punya aspirasi yang sama kerana kami anak Malaysia. Tanah air ini bukan milik satu bangsa sahaja. Ia dibangunkan oleh ramai bangsa. Langkah ke hadapan, mahu terus mengembara dan ada warga lain yang terus menunaikan tanggungjawabnya atau setia berganding bahu membina negara ini bersama? Tepuk dada, tanya semangat patriotik anda. Let’s fix our home, shall we?

It Feels Good to be Back Home

SBUSaya garap filem genre fantasi/sains fiksyen ‘The Space Between Us’ dengan satu mesej mudah. (Filem ini memaparkan kisah hubungan cinta anak kelahiran bumi Marikh, Gardner Elliot dan Tulsa, yang menetap di Bumi. Saya mengharapkan filem ini lebih saintifik ala-ala Interstellar dan The Arrival, malangnya agak meleset.)

Mesej Gardner pada akhir filem ini; Walaupun penduduk Marikh berkeinginan tinggi untuk keluar dan tinggal di Bumi, sebagaimana mungkin penduduk Bumi ingin keluar dan pergi ke Marikh, hakikatnya kita sangat bahagia apabila pulang ke kediaman kita. It feels good to be back home!

Jom kita tanya diri kita dan rakan-rakan, seperti soalan Gardner pada penduduk Bumi: “What’s your favourite thing on Earth?”

“Apakah perkara yang anda gemari di Malaysia?”

Salam Perubahan!
Anfaal Saari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s