Sisi Lain Hidup Seorang Tokoh Politik Wanita

Ketua Operasi Studio Amanah menghantar mesej whatsapp pada saya meminta saya menyusun jadual untuk membuat rakaman wawancara dengan Ketua Wanita Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional, YB Dr Siti Mariah. Setelah berhubung dengan Dr dan menetapkan tarikh mengikut kelapangan jadual dengan pembantu Dr, maka Jumaat lepas saya dan Dr Mariah ke studio Amanah.

Selesai touch up muka sikit dan berbual dengan Dr tentang topik yang akan kami bincangkan, kami pun duduk di sofa studio dan uji suara melalui mikrofon yang disediakan. Studio kami cukup sederhana. Tetapi yang mengagumkan saya adalah semangat pejuang media untuk menjayakan usaha sebaran maklumat dan pandangan parti kami. Terima kasih Abg Shook dan Abg Edy, orang balik tabir di studio. Kalau saya lah yang kena belajar bagaimana kerja-kerja teknikal mesti makan masa berbulan! I am so techie noob! (partner saya mesti terkekek gelak kan saya huhu)

3…2…1…Go!

Ala-ala pengacara Wanita Hari Ini, saya mengacarakan program Citra Minda bersama Dr Mariah dengan topik “Wanita, Ibu dan Pemimpin”. Banyak perkara baru yang saya tahu tentang Dr Mariah yang menggelar dirinya sebagai ‘mak’ dengan anak-anaknya.

Untuk tontonan penuh, sila layari di sini.

Selama ini hubungan kami dalam organisasi lebih berbentuk rasmi, sebagai kepimpinan wanita dalam sayap Parti Amanah Negara. Jika berpeluang bermusafir bersama untuk menghadiri program, saya ambil peluang untuk lebih berkenalan dengan peribadi qudwah ini. Namun tidak disangka soalan-soalan saya sekitar perihal wanita dan keibuan menyingkap sisi lain hidup Dr Mariah sebelum terlibat dalam dunia politik.

IMG_20170512_123426

[Sebelum sesi wawancara bermula]

Moms being mothers… Ibu menjadi ibu…

Keutamaan sudah pasti pada kegembiraan suami dan anak-anak. Belajar memasak makanan yang disukai suami dan anak-anak. Ibadah khusus, solat dan tilawah, juga dalam keadaan terkejar-kejar. Menemani suami, sebagai ‘companion’ dalam apa jua keadaan, baik untuk makan, berbincang dan berbual (take note: bincang perihal serius, berbual perkara santai dan mungkin tidak begitu penting bagi kita), semuanya adalah fitrah wanita.

Tetapi, kata Dr Mariah lagi, apa yang wanita mahu sebenarnya mungkin bukan yang terbaik untuk wanita itu. Sometimes we are blurry of what we ‘want’. Sebagai wanita dan ibu, kita lakukan rutin dan tugas kerana tanda kasih sayang kita pada keluarga. Namun apa sebenarnya yang kita mahu dalam hidup ini?

Wanita perlu ‘space’ untuk dirinya. Me-time. Masa untuk membina keupayaan dirinya, menyerlahkan potensi dirinya dan menyumbang aset dirinya (idea, bakat, masa) untuk menjadi seorang yang bermanfaat dalam komuniti dan negara secara amnya.

Saya sering melihat kes-kes ibu yang berkorban rasa dan jiwa demi melihat kebahagiaan ahli keluarganya. Memendam rasa. ‘Makan dalam’ orang kata. Saya berulang kali menegaskan, seumpama penumpang pesawat di saat kecemasan perlu dan wajib memakai topeng oksigen untuk dirinya dahulu sebelum memakaikan topeng oksigen buat anaknya di sebelah. Selamatkan diri dan sayangi diri tetapi ingat, bukan pentingkan diri sendiri.

Melalui bual bicara ini saya mengetahui Dr Mariah minat berkebun. Membaca itu sudah pasti. Malah, sebelum ini beliau meminati seni mengait (crochet) dan baking. Rupanya ahli politik wanita tetap berjiwa wanita. Dan tak salah untuk mengisi masa untuk nyah-tekanan (destress) dengan aktiviti yang diminati. Saya sendiri, memilih untuk membaca buku sebagai ruang untuk diri sendiri. Tenggelam dalam dunia ilmu tetapi otak ligat berfikir bagaimana sewajarnya kita terjemahkan dalam kehidupan. Buku apa yang anda sedang baca sekarang (ehem..selain mukabuku).

Sahabat wanita dan juga ibu-ibu pembaca, ayuh pilih ‘space’ untuk diri sendiri. Lebih positif kita terhadap kehidupan, lebih ceria dan gembira seluruh ahli keluarga kita.

Selamat Hari Ibu!

IMG_20170515_212617

[Partner yang excited tonton di rumah dan jadi tukang kritis program saya]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s