14 Tahun Bergelar Ummi

Bagi wanita-wanita di luar sana, anda lebih tahu ‘suis terbaik’ untuk berbincang dengan suami secara demokratik. Tidak perlu membentak. Gunakan kuasa kelembutan untuk mempengaruhi bukan memaksa suami menerima pandangan isteri. Bersuara menyatakan pendapat juga bukan bererti kita adalah pejuang emansipasi wanita. Tetapi kerana Islam meraikan hak kebebasan bersuara. Hatta Khalifah Umar Al-Khattab juga menerima bantahan seorang wanita berkaitan nilai mahar perkahwinan.